Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

KWAPM

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenal pasti bahawa antara faktor keciciran dalam kalangan murid sekolah adalah disebabkan kemiskinan. Untuk mengatasi masalah ini, KPM telah melaksanakan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah mulai Darjah Satu (1).

Selaras dengan pelaksanaan dasar ini, satu Tabung yang dinamakan “Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin” ditubuhkan untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah. Berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan Kementerian Kewangan pada 10 April 2003, sumber kewangan Tabung KWAPM diperolehi daripada peruntukan kerajaan dan sumbangan pihak luar.

Objektif utama Bantuan KWAPM ini adalah untuk memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan dari semua bangsa dan agama dengan harapan dapat mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh.

JENIS DAN KADAR BANTUAN KWAPM

111 1

* Bantuan Am Persekolahan meliputi pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan murid.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN KWAPM

  1. Pelajar warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1).
  2. Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau eDAMAK dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.
  3. Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti berikut:22 1
  4. Pelajar BUKAN penerima apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak luar.

Berdasarkan Surat Ikatan Amanah KWAPM yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 10 April 2003, sumber kewangan tabung KWAPM diperolehi daripada peruntukan kerajaan dan juga sumbangan daripada orang ramai.

Dapatkan “Dokumen yang Berkaitan dengan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) ” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  1. Carta aliran proses permohonan bantuan KWAPM (permohonan sekolah)
  2. Borang permohonan bantuan KWAPM (permohonan sekolah)
  3. Borang kebenaran potongan gaji bulanan untuk sumbangan kepada tabung KWAPM
  4. Brosur Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
  5. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2017 – Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
  6. Manual Pengguna Permohonan KWAPM Melalui APB (Pengguna – Guru KWAPM)

 

Semoga perkongsian berkaitan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada anda semua.

SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA