Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif (PPI) Murid Berkeperluan Khas (MBK). Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online (SGO) mengongsikan informasi berkaitan Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) sebagai panduan anda khususnya kepada guru-guru yang terlibat dalam program ini.
Umum sedia maklum, Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah satu wahana bagi menyediakan akses dan peluang pendidikan kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK). Pada peringkat permulaan, PPI ini dilaksanakan mengikut acuan sendiri di sekolah-sekolah tertentu sahaja yang melibatkan murid kurang upaya fizikal dan murid bermasalah penglihatan.
Walau bagaimanapun, pada masa kini, PPI ini diperluas kepada semua kategori MBK yang mampu mengikuti kurikulum kebangsaan. Pelaksanaan PPI mengambil kira dasar dalam dan luar negara, konsep PPI, definisi operasi yang digunakan, matlamat, objektif dan pelaksanaan PPI secara menyeluruh.
Program Pendidikan Inklusif (PPI) ini bermatlamatkan meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimumkan jika diberi peluang yang sama.
Manakala, objektif Program Pendidikan Inklusif ini adalah seperti berikut :
- Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan.
- Membina keyakinan diri MBK bagi mencapai potensi yang optimum
- Memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka.
- Meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK.
Sehubungan dengan itu, Sistem Guru Online telah menyediakan Buku Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif (PPI) Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang telah disediakan oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dimuat turun.
Dapatkan “Buku Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif (PPI) Murid Berkeperluan Khas (MBK)” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Buku Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif (PPI) Murid Berkeperluan Khas (MBK)
Garis Panduan Pogram Pendidikan Inklusif MBK ini diharap dapat dijadikan bahan rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan PPI di sekolah. Semua pihak perlu sedar bahawa kewujudan PPI adalah satu peluang pendidikan yang disediakan bagi MBK belajar dalam kelas arus perdana dan menjalankan aktiviti bersama-sama murid di arus perdana. Keikhlasan, dedikasi dan komitmen semua pihak adalah penting bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan PPI.
Semoga perkongsian berkaitan Garis Panduan Pogram Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas ini dapat membantu anda dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif ini dengan lebih baik.
Sekian, terima kasih.