Cara Pelaksanaan PBD Pentaksiran Bilik Darjah Secara Sumatif

Cara Pelaksanaan PBD Pentaksiran Bilik Darjah Secara Sumatif

PPSR sebenarnya secara ringkas boleh dikatakan sebagai laporan terkahir untuk memberi maklumat tentang kemenjadian murid di akhir persekolahan rendah mereka. Untuk lebih details lagi, Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah atau singkatannya PPSR ialah suatu pelaporan pentaksiran baru hasil daripada pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang akan digunakan mulai Tahun 2018. (Sumber SGO)

Langkah-langkah Pelaksanaan PBD Pentaksiran Bilik Darjah secara Sumatif

  1. Menentukan SK, SP dan SPi yang hendak ditaksir dalam DSKP mata pelajaran.
  2. Membina item pentaksiran.
  3. Mentadbir pentaksiran sumatif pada akhir unit pembelajaran, penggal atau tahun yang telah ditentukan.
  4. Memeriksa respon murid merekod pencapaian.
  5. Membuat analisis data.
  6. Melapor prestasi murid.

Langkah-langkah pelaksanaan PBD Pentaksiran Bilik Darjah

Bagaimana Penjaminan Kualiti PBS di Laksanakan?

Selarasn dengan PAK 21, Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan oleh personel di peringkat Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daeran dan Sekolah.

Penjaminan Kualiti PBS dilaksanakan secara formal mengikut jadual yang ditetapkan atau secara informal mengikut keperluan Bahagian/JPN/PPD/ Sekolah.

Bagaimana Penjaminan Kualiti PBS di Laksanakan?

Download Surat Pelaksnaan PBD Pentaksiran Bilik Darjah dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS

Dapatkan Surat Pelaksanaan PBD dan PBS :


Kepada semua guru, semoga surat ini dapat membantu anda menjalankan tugas dengan lebih baik. Sekiranya ada sebarang pertanyaan sila hubungi pihak pentadbir anda.

Format dokumen ini ialah PDF.

Download : SURAT PELAKSANAAN PBD OLEH PENGARAH

Semoga memberi manfaat kepada semua. Sila sebarkan kepada semua guru tentang Surat Pelaksanaan PBD dan PBS.

REVIEW OVERVIEW
Penerangan PBD
Previous articleRancangan Pengajaran Tahunan RPT 2018 Tingkatan 5
Next article11 Cara Mudah Tukar Format PDF kepada Word Tanpa Perisian dengan Cepat
cara-pelaksanaan-pbd-pentaksiran-bilik-darjah-secara-sumatifRingkas tetapi boleh dibaiki lagi. Pentaksiran Bilik Darjah menjadi antara perkara utama dalam sistem pendidikan negara selepas pembaharuan dalam sistem penilaian di sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah.