Buku Panduan Kem Bestari Solat (KBS) Semakan 2017. Umum sedia maklum, Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah yang melibatkan semua murid beragama Islam Tahap Satu (Tahun 1, 2 dan 3).
Model Bestari Solat adalah sebahagian daripada Program j-QAFyang wajib dilaksanakan. Walaupun ia satu bentuk aktiviti kokurikulum, semua sekolah perlu melaksanakannya seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pentadbir sekolah bertanggungjawab untuk menggerakkan pelaksanaan kem ini. Aspek solat ditekankan dalam sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Islam.
Kem ini hendaklah dilaksanakan dua kali setahun. Setiap kem diperuntukkan masa 5 jam seperti yang telah ditetapkan iaitu seperti berikut :
- Kem Bestari Solat Pertama : Mac hingga Mei
- Kem Bestari Solat Kedua : Julai hingga Oktober
Terdapat 4 objektif Kem Bestari Solat ini dilaksanakan iaitu :
- Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
- Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi perlakuan.
- Murid dapat melafazkan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
- Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah dengan sempurna.
Sehubungan dengan itu, guru-guru khususnya guru Pendidikan Islam boleh memuat turun buku panduan ini pada pautan muat turun yang telah disediakan.
Dapatkan “Buku Panduan Kem Bestari Solat (KBS) Semakan 2017” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Buku Panduan Kem Bestari Solat (KBS) Semakan 2017
Sehubungan dengan itu, diharapkan pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada pembentukan sahsiah murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab melaksanakan Fardhu Ain yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.
Semoga entri Buku Panduan Kem Bestari Solat (KBS) Semakan 2017 ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam melaksanakan Kem Bestari Solat ini.
Sekian, terima kasih.