Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2018

 

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2018. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online (SGO) mengongsikan salah satu bantuan yang akan diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada murid Tahun 1 sehingga pelajar Tingkatan 5 pada tahun ini (2018) yang dinamakan sebagai Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Pada 27 Oktober 2017, Kerajaan Malaysia semasa pembentangan Bajet Tahun 2018 telah meluluskan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM100.00 seorang kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000.00 dan ke bawah.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid.

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  1. Murid warganegara Malaysia.
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun semasa dalam kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah.
  3. Bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).

Tempoh pelaksanaan BAP 2018 adalah mulai Januari sehingga Jun 2018 bagi sesi persekolahan tahun 2018.

Senarai semak proses penyaluran Bantuan Am Persekolahan 2018 adalah seperti berikut:

  1. Lampiran A1 – Bahagian/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
  2. Lampiran A2 – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
  3. Lampiran A3 – Sekolah

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan dokumen yang berkaitan dengan BAP 2018 untuk dimuat turun.

 

Dapatkan “Dokumen yang Berkaitan dengan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2018” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

  1. GARIS PANDUAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2018 KEPADA MURID DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN
  2. GARIS PANDUAN BKAP1M 2017

 

 

Semoga Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2018 ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa atau penjaga dalam menanggung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak.