4 Langkah Mengubah Fail PDF kepada Word

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

4 Langkah Mengubah Fail PDF kepada Word. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online berkongsi 4 Langkah Mengubah Fail PDF kepada Word hanya dengan menggunakan Microsoft Word versi 2013 atau 2016.

Anda tidak perlu memasang (install) perisian lain dalam laptop anda atau menukarnya secara dalam talian (online) hanya untuk menukar format fail PDF kepada WORD. Sudah memadai anda mempunyai Microsoft Word 2013 atau 2016.

Baiklah, berikut merupakan 4 Langkah Mengubah Format Fail PDF kepada Word Menggunakan Microsoft Word 2013 atau 2016 👇

LANGKAH 1

Buka atau ‘run’ Microsoft Word 2013/2016 anda. Kemudian, klik pada ‘Open Other Documents’ seperti gambar di bawah.

LANGKAH 2

Klik pada ‘Computer’ (no. 2). Kemudian klik ‘Browse’ (no.3) seperti gambar di bawah :

LANGKAH 3

Cari dan pilih dokumen PDF yang anda ingin (tukar) convert kepada “word”. Kemudian, klik padanya dan klik ‘Open’.

LANGKAH 4

Apabila dialog box seperti berikut terpapar pada skrin ‘laptop’ anda, klik OK. Proses menukar format fail tersebut akan bermula dan SILA TUNGGU (Sabar ya, maybe take time sikit, depends on saiz fail anda).

Proses “convert’ bermula.

 

Proses “convert’ bermula.

Alhamdulillah. Format fail/dokumen PDF tadi telah berjaya ditukar kepada ‘word’ dan anda boleh menyunting/mengedit sekarang. Setelah anda selesai mengedit dokumen tersebut, anda klik ‘save’ (buat macam biasa anda menyimpan fail menggunakan Microsoft Word 2013/2016).

MOHON PERHATIAN, kadangkala, terdapat ‘font’ atau jenis tulisan daripada dokumen PDF anda yang tidak dapat dikenal pasti oleh Microsoft Word 2013 dan ianya akan terpapar dalam bentuk simbol atau aksara.

Selamat mencuba dan semoga berjaya dalam mengikuti 4 Langkah Mengubah Fail PDF kepada Word Menggunakan Microsoft Word 2013/2016 ini. Jom sertai kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan perkongsian seperti ini dari semasa ke semasa.

SISTEM GURU ONLINE (SGO)
“SGO Web Pendidkan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu bapa”

 

telegram sistem guru online