Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Panduan Bacaan Tahlil Arwah Ringkas berserta Doa Penutup

bacaan tahlil
Panduan Bacaan Tahlil Arwah Ringkas berserta Doa Penutup 15

Adakah anda mempunyai sanak saudara yang telah pergi meninggalkan anda? Jika ada, pasti anda pernah menghadiri kenduri tahlil arwah yang dikenalikan imam masjid atau surau. Tahlil arwah sebenarnya boleh dikendalikan sendiri di rumah bersama ahli keluarga. Kebiasaannya tahlil arwah dibaca bersama bacaan surah yassin pada malam Jumaat. Jika anda ingin tahu bagaimana untuk mengetuai sendiri tahlil arwah di rumah anda, anda boleh rujuk maklumat pada artikel berikut.

Apakah itu Bacaan Tahlil Arwah?

Tahlil bererti menyebut kalimah “syahadah” iaitu “La ilaha illa Allah“ dalam bahasa Arab. Dalam kitab Arab, az-Zuhri menyatakan bahawa maksud tahlil adalah meninggikan suara ketika menyebut kalimah thayyibah. Tahlil arwah adalah bacaan doa atau dan wirid zikir yang dilakukan bagi tujuan menghadiahkan pahalanya kepada orang yang meninggal dunia.

Tahlil arwah merupakan gabungan antara bacaan ayat dan surah daripada al-Quran, zikir kepada Allah SWT yang merangkumi tasbih, tahmid, takbir dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan memberi makanan atau sedekah kepada orang ramai.

Dalam satu hadith sahih disebutkan:

عَنْ أبِى هُرَيْرَة أنَّ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: إذَا مَاتَ الإنسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أو عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أووَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ

Maksudnya: “Apabila seorang manusia meninggal, maka putuslah amalnya kecuali tiga hal, sedekah jariyah atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya atau anak yang soleh yang mendoakan untuknya.” (Riwayat Muslim, Abu Dawud, at-Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

Doa anak yang soleh akan sampai kepada ibubapanya. Maka sebab itu berkewajipan ke atas muslim mendidik anak-anaknya supaya menjadi soleh, mudah-mudahan mereka akan mendoakan kebajikan untuk orang tuanya setelah mati kelak. Namun apa-apa doa yang ikhlas yang datang dari orang lain juga sampai kepada si mati kalau doa itu makbul. Ini berdasarkan hadith:

استغفروا لأخيكم واسألوا له التثبيت، فإنه الآن يسأل

Maksudnya: “Minta ampunlah bagi saudara kamu dan pohonlah supaya ia tetap pendirian kerana sekarang ia sedang disoal (dalam kubur).” (Riwayat Abu Dawud)
123120676 2795887897407309 7015787853382193095 n
Panduan Bacaan Tahlil Arwah Ringkas berserta Doa Penutup 16

Bacaan Tahlil Arwah Ringkas

Bacaan tahlil arwah boleh dibaca dengan turutan daripada nombor 1 hingga 7, diikuti doa tahlil dan doa penutup berikut;

  1. Tahlil arwah dimulakan dengan bacaan ayat pembukaan.
rrrrt

Terjemahannya: Kehadrat penghulu kami, kekasih kami dan penolong kami nabi Muhammad S.A.W. dan kepada semua roh ibubapa, para sahabat dari kalangan nabi-nabi dan rasul-rasul, rahmat Allah ke atas Nabi Muhammad dan mereka semuanya dan ke atas keluarga setiap sahabat dan sanak saudara dan pengikut-pengikut semuanya beroleh kebaikan hingga hari akhirat. Kepada roh ibubapa kami, guru-guru kami dan orang yang mempunyai hak ke atas diri kami sekalian.

2. Baca surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali dan Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali diselangi dengan bacaan Tahlil dan Takbir.

Slide1 3

3. Selanjutnya baca Surah Al-Falaq sebanyak 1 kali dan Surah An-Nas sebanyak 1 kali diselangi tahlil dan takbir.

Slide2 2

4. Selanjutnya lagi baca Surah Al Fatihah sebanyak 1 kali dan surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5.

Slide3 1

5. Seterusnya, baca Al-Baqarah ayat 163, ayat Kursi, dan al-Baqarah ayat 284 hingga 286.

Slide4
Slide5

6. Seterusnya baca Selawat Nabi, istighfar, tahlil sebanyak 33 kali, 70 kali atau 100 kali dan ayat-ayat Quran seperti dalam gambar yang disertakan.

Slide6
Slide7
Slide8

7. Diakhiri dengan bacaan surah al-Fatihah sebelum doa tahlil dan doa penutup.

    Bacaan Doa Selepas Tahlil

    Untuk doa tahlil dan doa penutup, baca dari turutan nombor 1 hingga 6 seperti dalam rajah. Bacaan doa tahlil ini adalah bacaan tahlil umum. Bacaan doa tahlil diakhiri dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

    Slide1 2
    Panduan Bacaan Tahlil Arwah Ringkas berserta Doa Penutup 17
    Slide2 1
    Panduan Bacaan Tahlil Arwah Ringkas berserta Doa Penutup 18
    Slide3
    Panduan Bacaan Tahlil Arwah Ringkas berserta Doa Penutup 19

    Kredit: Unisza

    Hukum menjalankan bacaan tahlil arwah adalah harus. Rujuk klip video daripada Ustaz Azhar Idrus seperti berikut.

    Soalan FAQs Berkenaan Bacaan Tahlil Arwah

    Apakah maksud tahlil arwah?

    Tahlil bererti menyebut kalimah “syahadah” iaitu “La ilaha illa Allah“. Bacaan tahlil arwah dibaca untuk didoakan atau dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia.

    Adakah ayat kursi dibaca semasa tahlil arwah?

    Ya, ayat kursi perlu dibaca dalam tahlil arwah.

    Berapakah zikir ‘Lailahaillallah’ perlu disebut semasa tahlil arwah?

    Boleh disebut sebanyak 33 kali, 70 kali atau 100 kali.

    TINGGALKAN KOMEN

    Sila masukkan komen anda!
    Sila masukkan nama anda di sini

    Anda Mungkin Meminati