Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

4 Resepi Ketupat Yang Menyelerakan Sempena Hari Raya Aidilfitri

ketupat
4 Resepi Ketupat Yang Menyelerakan Sempena Hari Raya Aidilfitri 10

Suasana hari raya Aidilfitri pada tahun ini adalah tidak lengkap jika tiada makanan yang enak dan lazat untuk dijamu bersama-sama keluarga dan tetamu yang datang. Antara resepi makanan yang paling menjadi tumpuan sudah tentunya resepi ketupat. Hidangan nasi yang dimasak di dalam pucuk daun kelapa yang dianyam menjadi bentuk kiub itu sudah menjadi sebahagian penting budaya makanan dan tradisi di Malaysia.

Apabila tiba hari raya, hidangan lemang, ketupat palas, dan ketupat pulut semestinya antara yang wajib ada. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Antara 4 resepi ketupat yang boleh dicuba untuk menjadi hidangan semasa hari raya Aidilfitri nanti adalah ketupat palas, ketupat sotong, ketupat pulut hitam, dan ketupat daun kelapa. Artikel ini akan menerangkan cara-cara memasak resepi ketupat tersebut.

Resepi Ketupat Hari Raya

Ketupat Palas

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ketupat palas:

  • 1kg beras pulut
  • 1/2kg santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 sudu makan garam kasar
  • 2 sudu makan gula
  • Daun palas secukupnya
Slide6
4 Resepi Ketupat Yang Menyelerakan Sempena Hari Raya Aidilfitri 11

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Beras pulut dibersihkan dan rendam selama 12 jam. Kemudian kukus hingga masak.
  2. Campurkan santan bersama air. Kemudian masak santan tersebut bersama gula dan garam hingga mendidih.
  3. Masukkan pulut yang baru siap dikukus (panas-panas) ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan santan. Gaul hingga sebati dan biarkan seketika.
  4. Bila pulut telah sejuk, bolehlah dibalut dan dibungkus menggunakan daun palas. Lakukan hingga habis.
  5. Setelah siap, ketupat boleh dikukus atau direbus seketika supaya rasanya lebih sedap dan tahan lama.
Slide5
4 Resepi Ketupat Yang Menyelerakan Sempena Hari Raya Aidilfitri 12

Kredit: Rasa

Ketupat Sotong

Ketupat sotong merupakan salah satu manisan yang terkenal berasal dari negeri Pantai Timur. Ketupat sotong versi Kelantan berwarna coklat, pekat dan lebih manis, menggunakan gula melaka manakala berbeza dengan ketupat sotong Terengganu yang lebih bersantan dan kurang manis.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ketupat sotong:

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 kotak santan dan sedikit garam
  • 1 kilo sotong segar
  • 2 keping nise atau gula melaka
  • 1 biji bawang merah yang dihiris
  • Sedikit halia yang dihiris
  • 3 helai daun pandan
  • Sedikit halba
  • Air secukupnya
resipi ketupat sotong kelantan
4 Resepi Ketupat Yang Menyelerakan Sempena Hari Raya Aidilfitri 13

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan sedikit santan dan garam. Biarkan sehingga kembang dalam sejam.
  2. Basuh sotong bersih-bersih. Terpulanglah jika mahu siat kulitnya atau tidak. Kemudian toskan.
  3. Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi. Isikan separuh saja dalam sotong, letak kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk mengelakkan beras pulut terkeluar atau sotong pecah.
  4. Masukkan air santan yang digunakan untuk rendam beras tadi, sedikit santan, nise atau gula melaka, bawang merah, halia, garam, daun pandan, halba, air dan sotong.
  5. Buka api. Biar sehingga sotong masak baru masukkan lebihan santan kotak tadi. Tunggu sehingga mendidih dan boleh ditutup api.
  6. Selamat mencuba!

Kredit: Zurila Ghani

Ketupat Pulut Hitam

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ketupat pulut hitam:

  • 1 kg beras pulut susu
  • 250 g beras pulut hitam (untuk ketupat) – rendam semalaman
  • 600 g santan
  • 250 ml air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar garam (secukup rasa)
  • 1 sudu besar gula (secukup rasa
  • Daun palas
ketupat palas pulut hitam resipi foto utama
4 Resepi Ketupat Yang Menyelerakan Sempena Hari Raya Aidilfitri 14

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Buka daun palas, lap bersih dan buat kelongsong.
  2. Masak santan, air, daun pandan, garam dan gula sampai mendidih (jangan pecah minyak). Masukkan kedua-dua jenis pulut.
  3. Kacau pulut dalam kuali sampai santan kering.
  4. Bila pulut dah suam sedikit boleh la balut dengan daun palas. Buat kelongsong macam dalam gambar. Masukkan pulut secukupnya.
  5. Kemudian lipat daun menjadi tiga segi dan ikat kuat-kuat.
  6. Potong lebihan daun palas. Susun ketupat dalam periuk. Masukkan air sampai tenggelam ketupat. Rebus sampai airnya kering.
  7. Ketupat pulut hitam siap.
Slide3
4 Resepi Ketupat Yang Menyelerakan Sempena Hari Raya Aidilfitri 15
Slide4
4 Resepi Ketupat Yang Menyelerakan Sempena Hari Raya Aidilfitri 16

Ketupat Daun Kelapa

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ketupat daun kelapa:

  • Kelongsong ketupat
  • Beras secukupnya (cuci bersih dan tos)
  • Air secukupnya untuk rebus
  • Daun pandan (pilihan)
  • 1 sudu besar garam
Slide2
4 Resepi Ketupat Yang Menyelerakan Sempena Hari Raya Aidilfitri 17

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Buka sikit bahagian untuk dimasukkan beras
  2. Masukkan beras ½ kelongsong dan tutup balik bahagian tersebut.
  3. Potong sikit bahagian kepala supaya tak terlalu panjang (potong serong)
  4. Selitkan pada lajur yg sebelahnya
  5. Simpulkan 4-5 biji ketupat (ekor ketupat) supaya senang nak rebus.
  6. Masukkan ketupat dalam periuk
  7. Isi air sampai ketupat tenggelam, masukkan garam.
  8. Rebus selama 2 jam
  9. Siap.
Slide1
4 Resepi Ketupat Yang Menyelerakan Sempena Hari Raya Aidilfitri 18

Kredit: Syazrina

Klip video berikut adalah cara menganyam ketupat daun kelapa. Selamat mencuba.

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Ketupat

Apakah perbezaan ketupat sotong dengan ketupat palas?

Ketupat sotong adalah manis dan menggunakan sotong manakala ketupat palas adalah lemak dan tidak menggunakan sotong.

Apakah perbezaan ketupat pulut hitam dengan ketupat daun kelapa?

Ketupat pulut hitam menggunakan beras pulut hitam manakala ketupat daun kelapa menggunakan beras nasi.

Apakah resepi-resepi ketupat yang boleh dimasak pada hari raya Aidilfitri?

Ketupat palas, ketupat sotong,ketupat pulut hitam dan ketupat daun kelapa.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati