Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

8 Resepi Air Balang Viral di Bazar Ramadhan

BAALNG
8 Resepi Air Balang Viral di Bazar Ramadhan 10

Apakah resepi air balang yang dijual di bazar Ramadhan? Dalam bulan puasa ini, antara gerai paling banyak kita lihat di bazar Ramadhan adalah gerai jual air balang. Ini kerana semua orang berpuasa pastinya dahaga dan kering tekak. Makanan yang paling awal dibeli adalah air minuman. Oleh itu, jika anda menjual air balang di bazar Ramadhan, pastinya perniagaan anda akan laku dan orang ramai berebut-rebut datang ke gerai anda. Artikel kali ini menerangkan 8 resepi air balang viral yang kebiasaannya dijual di bazar Ramadhan yang boleh anda jadikan panduan jika anda ingin memulakan business air balang.

Resepi Air Balang Viral

Berikut merupakan senarai resepi air balang viral yang anda boleh rujuk. Antaranya resepi air balang viral adalah jus tembikai, jus nenas madu, air katira, Dragon Fruits Mix Coctail, air keladi aiskrim, air jagung aiskrim, green tea dan teh ais cincau.

Resepi Jus Tembikai

Antara bahan-bahan dan cara-cara penyediaan air jus tembikai:

  • Tembikai
  • Air
  1. Blend 2 biji tembikai dengan sedikit air
  2. Ais 1 beg
  3. Kemudian tuangkan kesemua tembikai yang sudah di blend ke dalam balang yang besar
  4. Sedia untuk dijual
Slide4 2
8 Resepi Air Balang Viral di Bazar Ramadhan 11

Resepi Air Katira

Antara bahan-bahan dan cara-cara penyediaan air katira:

  1. Masukkan 1 tin susu cair dalam bekas berisi ais
  2. Kemudian masukkan 1 tin susu pekat manis
  3. 1/2 botol besar air soda F&N
  4. 2 sudu kecil esen perasa pisang
  5. 1 sudu kecil pewarna hijau
  6. Semangkuk kecil kurma cincang
  7. Semangkuk cincau
  8. Semangkuk biji selesih yang telah direndam
  9. Kacau hingga sebati
  10. Tambah segelas besar air ais
rr
8 Resepi Air Balang Viral di Bazar Ramadhan 12

Resepi Jus Nenas Madu

Antara bahan-bahan dan cara-cara penyediaan air jus nenas madu:

  • 10 biji Nenas Madu
  • 2 kg Gula Pasir
  • Air Bertapis secukupnya
  • Ais batu 2 beg besar
  1. Masukkankn kesemua nenas yang telah dipotong halus ke dalam blender.
  2. Blend sehingga hancur.
  3. Sedia ditapis untuk membuang hampasnya.
  4. Masukkan ais batu dan sedia dijual dan diminum
Slide5 2
8 Resepi Air Balang Viral di Bazar Ramadhan 13

Resepi Dragon Fruits Mix Coctail

Antara bahan-bahan dan cara-cara penyediaan air Dragon Fruits Mix Coctail:

  1. Buah naga 1 kg
  2. Cocktail-tin 2 tin
  3. Lychee 1 tin
  4. Mangga 1 kg
  5. Susu pekat 6 tin
  6. Susu Cair 2 tin 
  7. Garam 1 sudu kecil
  8. Air 4 liter
  9. Campurkan kesemua bahan tersebut dan kacau.
Slide2 2
8 Resepi Air Balang Viral di Bazar Ramadhan 14

Resepi Green Tea

Antara bahan-bahan dan cara-cara penyediaan air green tea:

  1. Air 5 liter
  2. Green tea 350-400 gram
  3. Susu pekat 2 tin
  4. Susu cair 2 tin
  5. Garam 1 Sudu kecil
  6. Sedikit pewarna hijau (ikut suka)
  7. Campurkan kesemua bahan tersebut dan kacau.
Slide1 3
8 Resepi Air Balang Viral di Bazar Ramadhan 15

Resepi Air Keladi Aiskrim Vanilla

Antara bahan-bahan dan cara-cara penyediaan air keladi aiskrim vanilla:

  • 3 tin susu pekat
  • 3 tin susu cair
  • Perisa keladi double lion (wajib ada)
  • 6 liter air masak
  • 1 bekas besar aiskrim vanilla
  1. Tuangkan 3 tin susu pekat ke dalam balang.
  2. Kemudian masukkan pula 3 tin susu cair dan perisa keladi.
  3. Seterusnya tuangkan air masak.
  4. Masukkan kiub ais.
  5. Akhir sekali masukkan aiskrim vanilla.
338107391 2234861903364426 7614915294839173818 n 1
8 Resepi Air Balang Viral di Bazar Ramadhan 16

Resepi Air Jagung Aiskrim Vanilla

Antara bahan-bahan dan cara-cara penyediaan air jagung aiskrim vanilla:

  • Air Masak atau bertapis 3-4 Liter.
  • ½ botol pati jagung 495ml.
  • 3 tin susu pekat.
  • 3 tin susu cair.
  • 1 sudu kecil pewarna merah.
  • 1 sudu kecil perisa jagung.
  • 1 tin sweet corn.
  • 1 beg ais kiub.
  • 2 sudu garam halus.
  • ais krim
  1. Masukkan air ke dalam balang air yang berkapasiti 30 liter.
  2. Masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau sekejap.
  3. Masukkan pati jagung.
  4. Masukkan pewarna dan perisa jagung. Kacau sekejap.
  5. Masukkan sweet corn.
  6. Masukkan garam dan kacau.
  7. Masukkan ais kiub 1 beg.
  8. Masukkan aiskrim
  9. Selesai.
338022139 772149854196693 3500453556303027638 n 1
8 Resepi Air Balang Viral di Bazar Ramadhan 17

Resepi Teh Ais Cincau

Antara bahan-bahan dan cara-cara penyediaan air teh ais cincau:

  • Teh serbuk
  • Susu full cream ikut sukatan balang.
  • Gula (ikut sukatan yang korang nak buat)
  • Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
  • Cincau
  1. Panaskan air dalam periuk.
  2. Masukkan semua bahan. Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah.
  3. Sukatan susu ikut nak rasa macam mana. Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula dan sedap, bolehlah tutup api.
  4. Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.
Resepi Teh Ais Cincau
8 Resepi Air Balang Viral di Bazar Ramadhan 18

Kredit: Nadz

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Air Balang Viral

Apakah antara resepi air balang viral?

Teh ais cincau, jus tembikai, jus nenas madu, air katira, Dragon Fruits Mix Coctail, air keladi aiskrim, air jagung aiskrim dan green tea.

Berapa bilangan tin susu untuk siapkan 1 balang air balang jagung?

3 tin susu pekat

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati