Tahun 2017 sudah berlalu dan pastinya banyak perkara berlaku pada diri kita sama ada yang kita rancang atau tidak. Takwim, Jadual dan Kalendar 2018 yang akan admin kongsikan ini ialah satu susunan yang paling lengkap dan terbaik setakat ini bagi membantu rakyat Malaysia membuat perancangan terbaik.
Sebelum kita pergi jauh, sebetulnya admin nak tanya adakah anda semua tahu apa perbezaan antara Takwim, Jadual dan Kalendar ini? Adakah semuanya sama sahaja atau penggunaannya adalah berbeza?
Definisi Takwim, Jadual dan Kalendar
Mengikut carian di Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Takwim dan Kalendar memberikan maksud atau definisi yang hampir sama sahaja. Malah, 2 perkataan ini dikatakan sinonim. Apa yang berbeza ialah takwim dikatakan berasal dari bahasa arab manakala kalendar berasal dari bahasa inggeris.
Definisi | Bahasa Asal | Sinonim | |
---|---|---|---|
Takwim | Daftar hari bulan | Arab | kalendar, penanggalan, almanak., |
Kalendar | Senarai atau daftar hari bulan | Inggeris | takwim, almanak, penanggalan, daftar hari bulan., |
Jadi, boleh dikatakan penggunaan takwim atau kalendar adalah sama sahaja dari segi maksud. Tetapi ini jauh berbeza dengan Jadual. Mengikut PRPM, jadual bermaksud :
1 susunan acara mengikut masa yang ditentukan: Mengikut ~nya, perbarisan itu akan dimulakan pada pukul 8.00 pagi. ~ waktu susunan perkara (pelajaran di sekolah dll) mengikut waktunya. 2 senarai nama (orang, barang dll) yang ditulis bersusun satu-satu; daftar. menjadualkan 1 menentukan waktu untuk membuat sesuatu: Lawatan Perdana Menteri Thai itu dijadualkan berlangsung pada hari Khamis. 2 menjadikan sesuatu dalam bentuk jadual; membuat jadual tentang sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Jadi, diharap kita tahu perkataan mana yang kita nak guna selepas ini. Tidak lagu rasa keliru dan tidak yakin bila nak guna perkataan jadual, bila nak guna takwim dan bila nak guna kalendar. Kemudian, apa kata kita lihat sedikit mengenai jenis-jenis kalendar, takwim dan jadual ini.
Jenis-jenis Takwim, Kalendar dan Jadual di Malaysia yang Masih digunakan
Sebenarnya ada banyak jenis kalendar di dunia ini yang pernah digunakan, masih digunakan dan ada yang sudah tidak digunakan lagi. Namun, biasanya asas pengiraan kalendar ialah berdasarkan ilmu pengetahuan yang tinggi tentang astronomi atau lebih tepat mengenai bulan dan matahari. Mari saya jelaskan secara ringkasannya.
3 Jenis Takwim atau Kalendar Utama di Dunia
- Kalendar Suria ( Matahari)
- Kalendar Qamari (Bulan)
- Kalendar Lunisolar (Gabungan Matahari + Bulan)
Fahami Kalendar Suria (Solar / Matahari)
Seperti yang kita tahu, Kalendar Suria ialah berpandukan matahari semata-mata. Konsep ini sebenarnya mengikut atau berdasarkan perubahan musim. Contohnya kalendar yang menggunakan Kalendar Suria ini ialah :
- Kalendar Gregorian
Kalendar Gregorian ialah takwim yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Sebenarnya, kalendar Gregorian ialah hasil penambahbaikkan dari Kalendar Julian.Â
- Takwim Julius @ Julian
Kalendar ini mula diperkenalkan pada tahun 46 SM oleh Julius Caesar. Ia dipilih selepas perundingan dengan ahli astronomi Sosigenes dari Iskandariah dan mungkin direka bentuk lebih kurang menyamai tahun tropika yang telah diketahui sekurang-kurang sejak zaman Hipparchus lagi. Tahun Julius terdiri daripada 365 hari yang dibahagikan kepada 12 bulan dengan satu hari lompat ditambahkan pada bulan Februari setiap empat tahun. Oleh itu, tahun Julius mempunyai 365.25 hari setiap tahun pada puratanya.
Apa itu Kalendar Qamari (Bulan)
Kalendar Qamari atau juga dikenali sebagai Kalendar Bulan dan Kalendar Lunar merupakan satu sistem kalendar yang berdasarkan kepada fasa bulan. Kalendar jenis ini sangat terkenal dan diguna pakai oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Contoh kalendar Qamari ialah :
- Takwim Hijrah
Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah ialah hasil daripada ilham Khulafa Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Sayidina Umar Al-Khattab r.a. Sayidina Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasulullah SAW untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / takwim Islam.
Peristiwa tersebut ialah peristiwa hijrah Rasullullah SAW dari Makkah ke Madinah. Ini kerana hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada Rasul-Nya dan agama Islam ditegakkan. Hasil daripada itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil daripada pilihan Umar itu.
Kenali Kalendar Lunisolar (Matahari + Bulan)
Kalendar Lunisolar pula sedikit berbeza dimana ianya adalah hasil gabungan antara kedua-dua bulan dan matahari. Contohnya ialah :
- Kalendar Cina
Di negara China sekarang, kalendar Gregorian digunakan untuk kebanyakan kegiatan harian, namun kalendar Cina masih digunakan untuk menanda perayaan orang Cina tradisi seperti Tahun Baru Cina, perayaan Duan Wu, dan Perayaan Kuih Bulan, serta dalam bidang astrologi, seperti memilih tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinan atau merasmikan pembukaan bangunan baru. Oleh sebab setiap bulan mengikuti satu kitaran bulan, kalendar ini juga digunakan untuk menentukan fasa kitaran bulan.
Penjelasan Ringkas Beza Pengiraan Tahun Kalendar Masihi dan Kalendar Islam
Perbezaan jarak antara tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah 622 tahun, tetapi jarak perbezaan ini semakin berkurangan sedikit demi sedikit. Ini kerana setahun Hijrah qamariyah mengandungi 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat, sedangkan setahun Masihi shamsiyah mengandungi 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat dan perbezaan keduanya ialah 10, 11 atau 12 hari dalam setahun, iaitu terpulang sama ada salah satu atau kedua-duanya merupakan tahun kabisah.
Dengan kiraan ini jelaslah bahawa setiap 33 tahun Hijriyah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi. Oleh itu tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertemu atau sama harinya pada setiap lebih kurang 33 tahun sekali. Untuk mengetahui tahun Hijrah pada tarikh tahun Masihi yang diketahui, kita hendaklah menolak 622 daripada tahun Masihi itu kerana tahun Hijrah bermula pada tahun 622 Masihi, iaitu pada hari Jumaat 16 Julai.
Fakta Menarik Perbezaan Umur Kita Antara Kalendar Masihi dengan Kalendar Islam
Baiklah, penerangan ringkas diatas mungkin ada juga yang belum faham. Bagi memudahkan lagi apa yang telah diterangkan, mari kita lihat contoh dibawah.
Nota ringkas beza tahun masihi dan hijrah ialah :
- 1 Tahun Masihi :Â 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat
- 1 Tahun Hijrah :Â 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat
Maka, beza setahun antara tahun masihi dan tahun hijrah ialah 10hari 21jam 20minit dan 33.5saat. Jika dilihat perbezaannya mungkin sedikit, tetapi juba kita kira bagi tempoh 32 tahun masihi, maka bezanya boleh mencapai setahun!
Ini bermakna, setiap kali 32 tahun masihi, umur hirjah kita meningkat 1 tahun lebih dari umur masihi iaitu 33 tahun. Contohnya ialah seperti dibawah :
- Cikgu Mohd Afizi dilahirkan pada tahun 1980. Maka umurnya pada tahun 2018 ialah 38 tahun. Tetapi pada kiraan umur kalendar islam kalendar hijrah, umurnya ialah 38 + 1 tahun (kerana sudah lebih 32tahun) = 39 tahun.
- Cikgu Ahmad pula dilahirkan pada tahun 1950. Maka umurnya pada tahun 2018 ialah 68 tahun. Tetapi mengikur kiraan umur kalendar islam, umur Cikgu Ahmad ialah 68 + 2 tahun (kerana sudah lebih 2 kali 32 tahun) = 70 tahun.
Menarik bukan? Jadi cuba kira umur anda dalam kalendar islam. Mudah sahaja, jika anda masih belum capai usia 32 tahun, maka umur kalendar islam anda adalah sama sahaja dengan kalendar masihi. Tetapi jika anda sudah lebih 32 tahun, tambah 1 tahun bagi setiap 32 tahun masihi itu.
Kalendar 2018 Lengkap 12 Bulan untuk Malaysia
Kalendar 2018Â yang ini adalah sangat berguna dan terperinci. Anda boleh jadikan panduan bagi membuat perancangan atau persediaan untuk thaun 2018 nanti.
Ya, di dalam kalendar diatas juga diselitkan tanda nota berwarna untuk cuti-cuti persekutuan, cuti negeri dan cuti sekolah. Semoga ianya membantu anda semua.
Kalendar Kuda 2018 Malaysia
Untuk pengetahuan semua, Kalendar Kuda sebenarnya juga lebih tepat dikenali sebagai Kalendar Cina. Seperti yang diterangkan sebelum ini, Kalendar Kuda ini merupakan takwim lunisolar, iaitu kalendar yang menggabungkan unsur takwim qamari dengan kalendar solar.
Antara hukum kalendar yang diguna pakai oleh Kalendar Cina ini juga adalah melibatkan lambang zodiak dimana ada 12 zodiak kesemuanya. Zodiak tersebut ialah Capricorn, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio dan Sagittarius.
Penerangan Mengenai Tahun-tahun Mengikut Kalendar Cina
Perlu diingatkan, untuk orang islam adalah haram untuk mempercayai dan mengamalkan perkara ini. Namun sebagai ilmu, ianya boleh digunakan untuk bahan membaca sahaja.
Dalam astrologi Cina, terdapat satu zodiak Cina, iaitu kitaran 12 tahun yang terdiri daripada dua belas ekor haiwan yang melambangkan dua belas jenis personaliti berbeza. Secara tradisi, zodiak ini sentiasa bermula dengan bintang Tikus, dan terdapat juga banyak cerita mengenai asal-usul zodiak ini yang menerangkan sebab tikus menerajui zodiak.
Berikut ialah kesemua dua belas haiwan zodiak dalam urutan betul serta sifat-sifatnya yang admin ambil dari wikipedia.
Bintang | Yin/Yang & Unsur | Sifat baik |
---|---|---|
Tikus | Yang & Air | Terus terang, berdisiplin, sistematik, cermat, berkarisma, rajin, menawan, petah, suka bergaul, pintar |
Lembu | Yin & Tanah | Boleh diharapkan, tenteram, berperaturan, sabar, rajin, bercita-cita, konvensional, tenang, sopan, lojik, tegas, kuat |
Harimau | Yang & Kayu | Sukar diduga, suka melawan, berwarna-warni, sangat berkuasa, berkobar-kobar, berani, mengikut gerak hati, penuh bersemangat, merangsang, ikhlas, pengasih, berperikemanusiaan, murah hati |
Arnab | Yin & Kayu | Baik budi, baik hati, peka, lemah lembut, ramah, berbudi bahasa, berat mulut, berwaspada, berjiwa seni, teliti, manis, yakin pada diri sendiri, panjang akal, belas kasihan, fleksibel |
Naga | Yang & Tanah | Baik hati, penuh bersemangat, kuat, yakin pada diri sendiri, megah, terus terang, penuh hasrat, bersemangat, berapi-api, berkobar-kobar, tegas, perintis, bercita-cita, murah hati, setia |
Ular | Yin & Api | Berfikir panjang, bijaksana, mistik, lemah lembut, lemah lembut, sensual, kreatif, cermat, pintar, bercita-cita, berbudi bahasa, berwaspada, bertanggungjawab, tenteram, kuat, setia, tekad |
Kuda | Yang & Api | Periang, popular, tajam akal, bertukar-tukar, biasa dan berterus terang, perseptif, suka bercakap, lincah, cerdas, kuat daya penariknya, cerdik, panjang akal, fleksibel, berfikiran terbuka |
Kambing | Yin & Tanah | Soleh, ikhlas, bersimpati, lemah lembut, pemalu, berjiwa seni, kreatif, lembut, belas kasihan, bertimbang rasa, keibuan, tekad, mencintai kedamaian, murah hati, mencari perlindungan |
Monyet | Yang & Logam | Pencipta, pendorong, suka mengimprovisasi, tajam akal, suka ingin tahu, fleksibel, inovatif, penyelesai masalah, yakin pada diri sendiri, suka bergaul, sopan, menimbulkan rasa hormat, suka bersaing, objektif, faktual, intelektual |
Ayam | Yin & Logam | Tajam, kemas, cermat, terurus, yakin pada diri sendiri, tegas, konservatif, kritis, mementingkan kesempurnaan, berjaga-jaga, bersemangat, praktis, saintifik, bertanggungjawab |
Anjing | Yang & Tanah | Jujur, cerdik, terus-terang, setia, penegak keadilan, menarik, ramah, tidak menunjuk-nunjuk, suka bergaul, berfikiran terbuka, idealistik, moralistik, praktis, pengasih, gigih |
Khinzir | Yin & Air | Jujur, sederhana, gagah berani, tegap, suka bergaul, mencintai kedamaian, sabar, setia, rajin, mudah percaya, ikhlas, tenteram, bertimbang rasa, prihatin, berkobar-kobar, cerdik |
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi orang islam, jadikan ia sebagai satu bahan bacaan sahaja dan bukan untuk dipercayai dan dijadikan satu pedoman hidup. Selesai disini dan kita nak bergerak ke satu lagi kalendar dan takwim yang paling penting setakat ini di Malaysia iaitu Takwim Persekolahan 2018.
Kalendar & Takwim Persekolahan Tahun 2018 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
Alhamdulillah nampaknya surat siaran dari Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10 Tahun 2017 telah dikeluarkan. Berikut ialah antara isi surat tersebut.
Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2018
Sukacita dimaklumkan bahawa penggal persekolahan bagi sesi tahun 2018 akan bermula pada 1 Januari 2018 dan tamat pada 22 November 2018 bagi sekolah-sekolah di negeri Kumpulan A. Manakala sekolah-sekolah di negeri Kumpulan B akan bermula pada 2 Januari 2018 dan tamat pada 23 November 2018. Perincian takwim penggal dan cuti persekolahan tahun 2018 bagi negeri-negeri Kumpulan A adalah seperti di Lampiran A dan bagi negeri-negeri Kumpulan B adalah seperti di Lampiran B.
Untuk makluman YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan, KPM telah menyelaraskan tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan tahun 2018 yang melibatkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri, Deepavali, Hari Kaamatan, Hari Gawai Dayak dan Hari Krismas.
Bagi tahun 2018, Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Perseketuan Labuan diperuntukkan dua hari cuti perayaan bagi sambutan Hari Kaamatan dan Hari Gawai Dayak. Maklumat terperinci berhubung cuti perayaan bagi sesi persekolahan tahun 2018 adalan seperti di Lampiran C. Semua sekolah hendaklah mematuhu cuti perayaan yang diperuntukkan oleh Kementerian dan cuti ini tidak perlu diganti.
YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan hendaklah mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah dibawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan.

Takwim Cuti Perayaan 2018 oleh KPM Bagi Cuti Sekolah 2018

Secara ringkasnya, berikut admin nak simpulkan mengenai cuti sekolah bagi hari perayaan pada Tahun 2018 nanti.
Tahun Baru Cina (16/2/2018 & 17/2/2018)
- Kumpulan A : 15/2/2018 hingga 19/2/2018
- Kumpulan B : 15/2/2018 hingga 19/2/2018
Hari Deepavali (6/11/2018)
- Kumpulan A : 4/11/2018 hingga 5/11/2018
- Kumpulan B : 5/11/2018 hingga 7/11/2018
Hari Kaamatan (30/5/2018 & 31/5/2018)
- Kumpulan B : 28/5/2018 hingga 1/6/2018
Hari Gawai Dayak (1/6/2018 hingga 2/6/2018)
- Kumpulan B : 30/5/2018 hingga 31/5/2018
Senarai Lengkap Cuti Sekolah yang Panjang Tahun 2018
Di dalam artikel sebelum ini, admin sudah kongsikan senarai cuti panjang di Malaysia bagi tahun 2018 ini. Kali ini admin akan cuba ringkaskan lagi supaya mudah untuk anda semua lihat, faham dan ingat.
Senarai yang disediakan ini ialah di dalam bentuk gambar. Jika anda ingin jadikan rujukan, anda boleh tekan pada gambar dan download gambar tersebut didalam komputer atau telefon anda.
Sudah semestinya banyak perkara yang ingin dirancang pada tahun 2018 ini, jadi semoga dengan adanya beberapa cuti panjang ini nanti diharap dapat memudahkan kita merancang perjalanan kita nanti.
Rancang Percutian dan Dapatkan Tiket Flight Air Asia yang Murah Pada Harga Promosi
Tahun 2018 pastinya menjadi tahun yang berbeza bagi kita dari segi ekonomi, matlamat dan perancangan. Namun, jika anda merancang untuk pergi berbulan madu atau bercuti ke luar negara bersama orang yang tersayang maka disini ada sedikit talian hayat untuk anda dapatkan segera.
Untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya selain beberapa jenis promosi dari pihak Air asia seperti tempat duduk percuma, beli tiket menggunakan point dan banyak lagi, Air Asia juga menyediakan 1 page khas untuk memberikan senarai harga promosi penerbangan yang ada untuk tahun 2018. Promosi ini melibatkan penerbangan di dalam negara dan juga penerbangan ke luar negara.
Tips Rancang Percutian anda ialah :
- Lihat senarai tempat best untuk bercuti di Malaysia atau luar negara.
- Tempah segera tiket promosi (jika ada) di Promosi Air Asia.
- Dapatkan tempat penginapan yang berbaloi murah di trivago atau booking.com.
- Selidik dan dapatkan ilmu serba sedikit tentang tempat yang anda bakal pergi itu Cuba cari dimana tempat untuk solat, makanan halal dan sebagainya.
- Lagi mudah jika anda hanya terus mencari tour guide yang persendirian kerana ianya lebih murah berbanding mencari tour guide dari mana-mana syarikat perlancongan. Lagi murah kalau anda ada ahli keluarga di temapt tersebut.
Baiklah itu sahaja perkongsian kali ini. Diharap ianya akan sangat membantu anda semua terutama yang merancang sesuatu yang besar pada tahun 2018 nanti. Selamat bercuti!
Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan & Negeri Bagi Tahun 2018
Cuti umum, cuti kebangsaan, hari kelepasan am atau cuti undang-undang ialah cuti umumnya ditetapkan oleh undang-undang dan biasanya hari tidak bekerja dalam setahun tahun.
Negara dan wilayah berdaulat perhatikan mempunyai cuti berdasarkan peristiwa penting untuk sejarah mereka, seperti Hari Kebangsaan. Sebagai contoh, orang Australia merayakan Hari Australia manakala orang Malaysia merainkan kedua-dua Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2018
Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2018 ini telah dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
Jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2018
Takwim dan Jadual Peperiksaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia
Malaysia merupakan antara negara yang sangat pesat pembangunan pendidikan dimana usaha yang dijalankan oleh KPM sangat berstruktur dan dilakukan di peringkat akar umbi lagi. Setakat ini sahaja, terdapat 6 jenis peperiksaan utama yang sudah kita biasa dengar. Antaranya ialah :
- Peperiksaan UPSR 2018
- Peperiksaan PT3 2018
- Peperiksaan SPM 2018
- Peperiksaan STPM 2018
- Peperiksaan STAM 2018
- Peperiksaan MUET 2018
Mari kita perincikan satu persatu jadual peperiksaan bagi setiap jenis peperiksaan yang disenaraikan diatas.
Jadual Peperiksaan UPSR 2018
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan satu penilaian penanda aras bagi tahap pendidikan anak-anak kita yang berada di sekolah rendah. Melalui UPSR ini, ianya menentukan sama ada murid ini boleh ke MRSM, SBP, dan sebagainya.
Peperiksaan UPSR ini biasanya berlangsung selama 1 minggu sahaja dimana ianya melibatkan subjek teras iaitu :
- Bahasa Melayu Pemahaman
- Bahasa Melayu Penulisan
- Bahasa Inggeris Pemahaman
- Bahasa Inggeris Penulisan
- Matematik
- Sains
Ya, kesemuanya ialah 6 kertas peperiksaan yang membawa kepada pencapaian 6A untuk murid yang cemerlang semua mata pelajaran. Beberapa tahun kebelakangan ini, format baru UPSR telah mengangkat peperiksaan ini ke satu tahap yang jauh lebih tinggi dari sebelum ini. Terutamanya dengan adanya soalan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Berikut ialah jadual peperiksaan UPSR Tahun 2018.
Kepada semua, dapatkan juga pelbagai bahan seperti soalan latihan, nota peperiksaan dan sebagainya di Bank Soalan UPSR.
Jadual Peperiksaan PT3 2018
Penilaian Tingkatan 3 (PT3) ialah satu penilaian untuk pelajar tingkatan 3. Penilaian ini merupakan satu penilain penting dimana keputusan penilaian ini dapat menentukan sama ada pelajaar tersebut dapat menyambung atau masuk ke MRSM atau SBP semasa mereka tingkatan 4 nanti atau tidak.
Seperti UPSR, PT3 ini mempunyai soalan-soalan berbentuk KBAT yang dikatakan benar-benar mampu menguji tahap pemikiran murid dalam penyelesaian masalah bagi sesuatu topik. Namun begitu, PT3 ini mempunyai senarai subjek yang lebih banyak dengan kepelbagaian kertas peperiksaan.
Antara subjek peperiksaan PT3 ialah :
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sains
- Matematik
- Sejarah
- Geografi
- Pendidikan Islam
- Kemahiran Hidup
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bahasa Arab
- Bahasa Iban
- Bahasa Kadazandusun
Untuk subjek bahasa cina, tamil, arab, iban dan kadazandusun hanya beberapa buah sekolah sahaja yang mengambilnya. Selain itu, pengredan markah dalam PT3 juga sedikit berbeza. Pengredan tersebut ialah :
- Gred A = Cemerlang ( Markah 85 – 100)
- Gred B = Kepujian ( Markah 70 – 84)
- Gred C = Baik ( Markah 60 – 69)
- Gred D = Memuaskan ( Markah 50 – 59)
- Gred E = Mencapai tahap minimum ( Markah 40 – 49)
- Gred F = Belum mencapai tahap minimum ( Markah 1 – 39)
Baiklah, jadi berikut ialah jadual peperiksaan PT3 Tahun 2018.
Kepada semua, dapatkan juga pelbagai bahan seperti soalan latihan, nota peperiksaan dan sebagainya di Bank Soalan PT3.
Jadual Peperiksaan SPM 2018
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah satu penilaian atau peperiksaan yang diambil oleh pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia semasa berada di Tingkatan 5. SPM merupakan ujian terakhir pendidikan menengah atas dan menjadi syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Selepas tamat SPM, pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM, Matrikulasi atau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level. Di Malaysia, rata-rata tahap pendidikan paling rendah semasa sekarang ialah SPM. Namun begitu, seiring peningkatan tahap pendidikan di Malaysia, lebih ramai atau boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia sudah mampu menyambung pendidikan mereka ke tahap yang jauh lebih tinggi sama ada Diploma, Ijazah, Master dan PhD.
SPM ini mempunyai senarai subjek yang lebih banyak pilihannya kerana ianya lebih details dan tertumpu terus untuk pelajar menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi mengikut bidang yang mereka telah pilih semasa SPM. Antara senarai subjek ialah seperti berikut :
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Moral
- Sejarah
- Matematik
- Sains
- Literature in English
- Kesusasteraan Melayu
- Bahasa Arab Tinggi
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- English for Science and Technology
- Bahasa Iban
- Bahasa Arab Komunikasi
- Kesusasteraan Cina
- Kesusasteraan Tamil
- Bahasa Perancis
- Bahasa Punjabi
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Geografi
- Pengajian Keusahawan
- Perdagangan
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi Asas
- Tasawwur Islam
- Pendidikan Al Quran dan As Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Perakaunan Perniagaan
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Muzik
- Pengetahuan Sains Sukan
- Lukisan Kejuruteraan
- Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
- Pengajian Kejuruteraan Awam
- Rekacipta
- Teknologi Kejuruteraan
Selain jumlah subjek pilihan yang banyak, mulai 2015 juga, satu gred baru untuk SPM telah digunakan. Gred SPM adalah seperti berikut :
Gred | Pencapaian | Purata | Markah |
---|---|---|---|
A+ | Cemerlang Tertinggi | 0 | 90 – 100 |
A | Cemerlang Tinggi | 1 | 80 -89 |
A- | Cemerlang | 2 | 70 – 79 |
B+ | Kepujian Tertinggi | 3 | 65 – 69 |
B | Kepujian Tinggi | 4 | 60 – 64 |
C+ | Kepujian Atas | 5 | 55 – 59 |
C | Kepujian | 6 | 50 – 54 |
D | Lulus Atas | 7 | 45 – 49 |
E | Lulus | 8 | 40 – 44 |
G | Gagal | 9 | 0 – 39 |
Baiklah, jadi mari kita lihat bagaimana jadual Peperiksaan SPM 2018 kali ini. Ianya seperti berikut :
Akhir kata, kepada semua guru, ibubapa dan murid semua anda boleh dapatkan pelbagai bahan seperti soalan latihan, nota peperiksaan SPM dan sebagainya di Bank Soalan SPM.
Jadual Peperiksaan STPM 2018
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau lebih dikenali sebagai STPM merupakan salah satu dari dua jalan untuk pelajar menyambung pelajaran dalam Ijazah di Universiti. Ianya seperti laluan pelajar yang masuk ke Matrikulasi namun banyak universiti yang menganggap STPM ini setaraf seperti A-Level.
Seperti yang kita tahu, STPM ini dikelola oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang turut mengelola Malaysian University English Test (MUET). Sedikit berlainan dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Walau bagaimanapun, kedua-dua LPM dan MPM adalah terletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pelajar yang mahu menduduki STPM wajib memasuki persekolahan Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas di mana-mana sekolah menengah yang menyediakan sesi pengajian ini.
STPM menggunakan sistem penilaian dan penggredan mengikut Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) seperti jadual gred dibawah.
Gred kertas | Nilai gred subjek (SGP) | Markah | Status |
---|---|---|---|
A | 4.00 | 80 – 100 | Lulus penuh |
A- | 3.67 | 73 – 79 | Lulus penuh |
B+ | 3.33 | 67 – 72 | Lulus penuh |
B | 3.00 | 60 – 66 | Lulus penuh |
B- | 2.67 | 53 – 59 | Lulus penuh |
C+ | 2.33 | 47 – 52 | Lulus penuh |
C | 2.00 | 40 – 46 | Lulus penuh |
C- | 1.67 | 37 – 39 | Lulus sebahagian |
D+ | 1.33 | 33 – 36 | Lulus sebahagian |
D | 1.00 | 30 – 32 | Lulus sebahagian |
F | 0.00 | 0 – 29 | Gagal |
Jadi, mari kita lihat pula bagaimana dengan Jadual Peperiksaan STPM 2018 yang dikeluarkan oleh pihak berwajib ini.
* InsyaAllah jika ada jadual baru yang dikeluarkan, pihak kami akan kemaskini segera nanti.
Semoga bermanfaat. Mari kita lihat penerangan tentang Peperiksaan STAM pula.
Jadual Peperiksaan STAM 2018
Sijil Tinggi Agama Malaysia atau lebih dikenali sebagai STAM ialah satu penilaian peperiksaan yang dikelola oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dan yang setaraf dengannya.
Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau semasa di Tingkatan Enam. Terdapat 10 subjek STAM iaitu :
- Hifz Al-Qur’an dan Tajwid
- Fiqh
- Tauhid dan Mantiq (ilmu akal logik)
- Tafsir dan Ulumuhu (Ilmu Ulum Al-Quran)
- Hadith dan Mustolah
- Nahu (tatabahasa) dan Sarf
- Insya’ dan Mutalaah
- Adab (Sastera Arab) dan Nusus (Nas-Nas Syair Arab)
- ‘Arudh dan Qafiyah
- Balaghah (kesusateraan)
Pangkat bagi setiap mata pelajaran dan sijil dilaporkan adalah seperti berikut :
- Mumtaz – Cemerlang
- Jayyid Jiddan – Sangat Baik
- Jayyid – Baik
- Maqbul – Lulus
- Rasib – Gagal
Jadual Peperiksaan STAM Tahun 2018 adalah seperti yang berikut :
* InsyaAllah jika ada jadual baru yang dikeluarkan, pihak kami akan kemaskini segera nanti.
Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang lulus sekurang-kurangnya peringkat Maqbul dalam semua mata pelajaran. Sijil akan dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Calon yang gagal satu mata pelajaran atau lebih hanya akan diberi Penyataan Keputusan.
Namun, jika ada Calon yang ingin mengulang peperiksaan tersebut, mereka boleh memilih untuk mendaftar dan menduduki mana-mana mata pelajaran yang ingin diperbaiki dalam tempoh 3 tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki.
Jadual Peperiksaan MUET 2018
Malaysian University English Test atau lebih dikenali sebagai MUET mula diperkenalkan pada tahun 1999. MUET dikelola oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Jika ditanya kenapa MUET diperkenalkan kepada program pendidikan negara, maka jawapannya ialah MUET digunakan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.
Seperti yang dinyatakan oleh MPM, ujian penilaian MUET ini dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan April/Mei dan Oktober/November. Kenapa MUET ini mampu mengukur tahap penguasan bahasa inggeris pelajar di Malaysia ini yang sebenar berbanding pencapaian mereka dalam subjek bahasa inggeris SPM atau STPM?
Hal ini kerana MUET mempunyai 4 penilaian komponen utama bahasa iaitu :
- Listening (45 markah)
- Speaking (45 markah)
- Reading (120 markah)
- Writing (90 markah)
Jadi, mengikut pengiraanya maka markah maksima yang boleh dicapai oleh calon MUET ialah 300 markah. Selepas itu, jumlah markah yang diperolehi dalam kesemua empat komponen itu akan digredkan kepada enam Band iaitu Band 1 sebagai tahap terendah dan Band 6 tahap yang paling tinggi.
Berikut ialah penerangan mengenai tahap atau Band MUET :
Band 6 – Pengguna yang sangat Bagus (Jumlah markah: 260-300) Penguasaan bahasa yang amat bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai :hampir-hampir tiada kesilapan. Pemahaman yang amat bangus tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan amat baik dalam bahasa.
Band 5 – Pengguna yang Bagus (Jumlah markah: 220-259) Penguasaan yang bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada sedikit kesilapan. Pemahaman yang baik tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa.
Band 4 – Pengguna yang Kompeten (Jumlah markah: 180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan. Pemahaman yang memuaskan tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan kompeten dalam bahasa.
Band 3 – Pengguna yang Sederhana (Jumlah markah: 140-179) Penguasaan yang sederhana. Sederhana dari segi ekspresi, kefasihan dan penggunaan bahasa Inggeris yang sesuai tetapi ada kesilapan yang ketara. Pemahaman yang sederhana tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.
Band 2 – Pengguna yang terhad (Jumlah markah: 101-139) Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang terhad tentang bahasa dan konteks. Keupayaan yang terhad dalam bahasa.
Band 1 – Pengguna yang amat terhad (Jumlah markah: bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.
Baiklah, seterusnya mari kita lihat senarai jadual peperiksaan MUET bagi tahun 2018 ini nanti.
* InsyaAllah jika ada jadual baru yang dikeluarkan, pihak kami akan kemaskini segera nanti.
Jadi, admin harap segala jadual peperiksaan yang admin kongsikan ini memberikan manfaat kepada semua pembaca.
Jadual Hari Penting dalam Islam Tahun 2018
Bismillahirrahmanirrahim. Seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak admin akan kongsikan juga satu lagi jadual penting iaitu berkaitan dengan tarikh-tarikh yang sangat penting untuk orang islam seluruh dunia umumnya dan di Malaysia khususnya. Jadual hari penting ini merangkumi :
- Puasa Ramadhan (17 Mei hingga 15 Jun 2018)
- Hari Raya Aidilfitri (15 Jun 2018)
- Hari Wukuf (21 Ogos 2018)
- Hari Raya Aidiladha (22 Ogos 2018)
- Hari-hari Tasyrik (23,24,25 Ogos 2018)
- Awal Muharram (11 September 2018)
- Serta hari-hari lain yang disunatkan puasa.
Berikut sedikit penerangan mengenai tarikh-tarikh tersebut. Juga insyaAllah kalau sudah ada versi bergambar nanti akan admin kongsikan disini.
Peristiwa | Tarikh Hijrah | Hari | Tarikh Masihi |
---|---|---|---|
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 13 Rabiul Akhir 1439H | Isnin | 01 Jan 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 14 Rabiul Akhir 1439H | Selasa | 02 Jan 2018 |
Puasa Sunath Ayyamul Bidh | 15 Rabiul Akhir 1439H | Rabu | 03 Jan 2018 |
Awal Bulan Jumadil-Awwal | 1 Jamadil Awal 1439H | Kamis | 18 Jan 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 13 Jamadil Awal 1439H | Selasa | 30 Jan 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 14 Jamadil Awal 1439H | Rabu | 31 Jan 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 15 Jamadil Awal 1439H | Khamis | 01 Feb 2018 |
Awal Bulan Jumadil-Akhirah | 1 Jamadil Akhir 1439H | Sabtu | 17 Feb 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 13 Jamadil Akhir 1439H | Khamis | 01 Mac 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 14 Jamadil Akhir 1439H | Jumaat | 02 Mac 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 15 Jamadil Akhir 1439H | Sabtu | 03 Mac 2018 |
Awal Bulan Rajab | 1 Rajab 1439H | Isnin | 19 Mac 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 13 Rajab 1439H | Sabtu | 31 Mac 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 14 Rajab 1439H | Ahad | 01 April 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 15 Rajab 1439H | Isnin | 02 April 2018 |
Isra’ Mi’raj | 27 Rajab 1439H | Sabtu | 14 April 2018 |
Awal Bulan Sya’ban | 1 Sya’ban 1439H | Selasa | 17 April 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 13 Sya’ban 1439H | Ahad | 29 April 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 14 Sya’ban 1439H | Isnin | 30 April 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 15 Sya’ban 1439H | Selasa | 01 Mei 2018 |
Nishfu Sya’ban | 15 Sya’ban 1439H | Selasa | 01 Mei 2018 |
Awal Bulan Ramadhan | 1 Ramadhan 1439H | Khamis | 17 Mei 2018 |
Awal Puasa Ramadhan | 1 Ramadhan 1439H | Khamis | 17 Mei 2018 |
Nuzulul Qur’an | 17 Ramadhan 1439H | Sabtu | 02 Jun 2018 |
10 Hari Terakhir Ramadhan | 21 Ramadhan 1439H | Rabu | 06 Jun 2018 |
10 Hari Terakhir Ramadhan | 22 Ramadhan 1439H | Khamis | 07 Jun 2018 |
10 Hari Terakhir Ramadhan | 23 Ramadhan 1439H | Jumaat | 08 Jun 2018 |
10 Hari Terakhir Ramadhan | 24 Ramadhan 1439H | Sabtu | 09 Jun 2018 |
10 Hari Terakhir Ramadhan | 25 Ramadhan 1439H | Ahad | 10 Jun 2018 |
10 Hari Terakhir Ramadhan | 26 Ramadhan 1439H | Isnin | 11 Jun 2018 |
10 Hari Terakhir Ramadhan | 27 Ramadhan 1439H | Selasa | 12 Jun 2018 |
10 Hari Terakhir Ramadhan | 28 Ramadhan 1439H | Rabu | 13 Jun 2018 |
10 Hari Terakhir Ramadhan | 29 Ramadhan 1439H | Kamis | 14 Jun 2018 |
Awal Bulan Syawwal | 1Syawal 1439H | Jumaat | 15 Jun 2018 |
Hari Raya Idul Fitri | 1 Syawal 1439H | Jumaat | 15 Jun 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 13 Syawal 1439H | Rabu | 27 Jun 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 14 Syawal 1439H | Khamis | 28 Jun 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 15 Syawal 1439H | Jumaat | 29 Jun 2018 |
Awal Bulan Dzul-Qa’idah | 1 Dzul Kaedah 1439H | Sabtu | 14 Julai 2018 |
Puasa Sunnah Ayyamul Bidh | 13 Dzul Kaedah 1439H | Khamis | 26 Julai 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 14 Dzul Kaedah 1439H | Jumaat | 27 Julai 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 15 Dzul Kaedah 1439H | Sabtu | 28 Julai 2018 |
Awal Bulan Dzul-Hijjah | 1 DzulHijjah 1439H | Isnin | 13 Ogos 2018 |
10 Hari Awal Dzulhijjah | 1 DzulHijjah 1439H | Isnin | 13 Ogos 2018 |
10 Hari Awal Dzulhijjah | 2 DzulHijjah 1439H | Selasa | 14 Ogos 2018 |
10 Hari Awal Dzulhijjah | 3 DzulHijjah 1439H | Rabu | 15 Ogos 2018 |
10 Hari Awal Dzulhijjah | 4 DzulHijjah 1439H | Khamis | 16 Ogos 2018 |
10 Hari Awal Dzulhijjah | 5 DzulHijjah 1439H | Jumaat | 17 Ogos 2018 |
10 Hari Awal Dzulhijjah | 6 DzulHijjah 1439H | Sabtu | 18 Ogos 2018 |
10 Hari Awal Dzulhijjah | 7 DzulHijjah 1439H | Ahad | 19 Ogos 2018 |
10 Hari Awal Dzulhijjah | 8 DzulHijjah 1439H | Isnin | 20 Ogos 2018 |
10 Hari Awal Dzulhijjah | 9 DzulHijjah 1439H | Selasa | 21 Ogos 2018 |
Wuquf (Puasa Arafah) | 9 DzulHijjah 1439H | Selasa | 21 Ogos 2018 |
Hari Raya Idul Adha | 10 DzulHijjah 1439H | Rabu | 22 Ogos 2018 |
Hari-hari Tasyriq | 11, 12, 13 DzulHijjah 1439H | Khamis | 23 Ogos 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 14 DzulHijjah 1439H | Ahad | 26 Ogos 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 15 DzulHijjah 1439H | Isnin | 27 Ogos 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 16 DzulHijjah 1439H | Selasa | 28 Ogos 2018 |
Awal Bulan Muharram | 1 Muharram 1440H | Selasa | 11 Sep 2018 |
Tahun Baru Islam | 1 Muharram 1440H | Selasa | 11 Sep 2018 |
Puasa Tasu’a | 9 Muharram 1440H | Rabu | 19 Sep 2018 |
Puasa ‘Asyura | 10 Muharram 1440H | Khamis | 20 Sep 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 13 Muharram 1440H | Ahad | 23 Sep 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 14 Muharram 1440H | Isnin | 24 Sep 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 15 Muharram 1440H | Selasa | 25 Sep 2018 |
Awal Bulan Shafar | 1 Shafar 1440H | Rabu | 10 Okt 2018 |
Puasa Sunnah Ayyamul Bidh | 13 Shafar 1440H | Isnin | 22 Okt 2018 |
Puasa Sunnah Ayyamul Bidh | 14 Shafar 1440H | Selasa | 23 Okt 2018 |
Puasa Sunnah Ayyamul Bidh | 15 Shafar 1440H | Rabu | 24 Okt 2018 |
Awal Bulan Rabi’ul-Awwal | 1 Rabiul Awwal 1440H | Jumaat | 09 Nov 2018 |
Maulid Nabi saw. | 12 Rabiul Awwal 1440H | Selasa | 20 Nov 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 13 Rabiul Awwal 1440H | Rabu | 21 Nov 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 14 Rabiul Awwal 1440H | Khamis | 22 Nov 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 15 Rabiul Awwal 1440H | Jumaat | 23 Nov 2018 |
Awal Bulan Rabi’ul-Akhir | 1 Rabiul Akhir 1440H | Ahad | 09 Dis 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 13 Rabiul Akhir 1440H | Jumaat | 21 Dis 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 14 Rabiul Akhir 1440H | Sabtu | 22 Dis 2018 |
Puasa Sunat Ayyamul Bidh | 15 Rabiul Akhir 1440H | Ahad | 23 Dis 2018 |
Penerangan Ringkas Hari-hari Penting dalam Kalendar Hijrah 1439H dan 1440H
Diatas ada kami sebutkan beberapa hari yang sudah sedia maklum adalah hari–hari penting didalam islam. Namun begitu, walaupun kita sudah sedia maklum tetapi mungkin ramai rakan-rakan kita dinegara Malaysia masih kurang faham atau belum tahun tentang hari-hari tersebut dan berminat ingin tahu.
Oleh sebab itu, kami dengan iniseatif sendiri cuba untuk rungkaikan maksud penerangan bagi hari-hari penting tersebut.
- Puasa Bulan Ramadhan
- Puasa pada bulan ramadhan ialah rukun yang ke 3 dari 5 rukun islam yang diletakkan atas setiap muslim.
- Pada tahun ini, umat islam akan berpuasa bulan Ramadhan pada 17 Mei hingga 15 Jun 2018.
- Orang islam wajib berpuasa selama 1 bulan dari tarikh mengikut kalendar Hijrah iaitu 1 Ramadhan hingga 29 atau 30 Ramadhan. Jika uzur, perlu digantikan pada tahun semasa mengikut kemampuan bila hari sihat.
Di dalam bulan Ramadhan, seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa. Ini diterangkan dengan jelas dalam firman Allah SWT :
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 183)
Selain itu Allah SWT juga berfirman :
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 185)
- Penerangan ringkas ini diambil dari Jasa.Gov.my
2. Hari Raya Aidilfitri
- Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal bagi setiap tahun Hijrah. Selain nama hari raya aidilfitri, perayaan ini juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa.
- Perayaan ini adalah untuk menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun serta mengharungi banyak ujian.
- Hari Raya Aidilfitri ini bermula melalui dua cara iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
- Semasa pagi raya aidilfitri iaitu sebelum solat sunat hari raya, disunatkan umat islam untuk membaca takbir raya bagi memanjatkan rasa syukur dengan segala nikmat Allah kurniakan.
3. Hari Wukuf di Arafah
- Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali! Di mana mereka bertemu?
- Tidak lain dari Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Maka, Padang Arafah ini menjadi tempat kita menyesali segala dosa yang pernah kita lakukan dan di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah semoga permintaan kita diterima.
- Dilaksanakan pada 9 Zulhijjah dan pada tahun ini, hari wukuf jatuh pada 21 Ogos 2018.
4. Hari Raya Aidiladha dan Hari-hari Tasyrik
- Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji yang merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia.
- Perayaan Aidiladha disambut pada hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua waktu ini dipanggil Hari Tasyrik.
- Aidiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
- Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan pada empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.
- Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam kerana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Baiklah rasanya itu sahaja untuk setakat ini, insyaAllah jika ada perkembangan terbaru akan dikemaskini disini bahagian kalendar dan tarikh penting umat islam 2018.
Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2018
Jadual pembayaran gaji bulanan bagi penjawat awam 2018 dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara ialah merupakan tarikh pembayaran yang selaras untuk semua negeri di Malaysia.
Update Terbaru 30/11/2017
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2017
Alhamdulillah. Update terbaru ini kita sudah dapat senarai tarikh pembayaran gaji penjawat awam pada tahun 2018 yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
Tamat Update
Buat masa ini, Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2018 ini masih belum dikeluarkan. Namun biasanya pembayaran gaji kerajaan dibuat pada 25 haribulan bagi setiap bulan kecuali jika tarikh tersebut jatuh pada hari cuti sabtu dan ahad atau faktor-faktor lain seperti perayaan besar Malaysia.
Antara tarikh perayaan besar di Malaysia ialah seperti berikut :
- Tahun Baru Cina (16 Februari 2018)
- Hari Kaamatan (30 Mei 2018)
- Hari Gawai Dayak (1 Jun 2018)
- Hari Raya Aidilfitri (15 Jun 2018)
- Hari Raya Aidiladha (22 Ogos 2018)
- Hari Deepavali (6 November 2018)
- Hari Krismas (25 Disember 2018)
Mungkin tidak semua mempengaruhi tarikh pembayaran, tetapi admin hanya kongsikan sahaja tarikh-tarikh yang mungkin kerana itu adalah hari perayaan besar di Malaysia.
Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2018
* Setakat ini, masih belum ada tarikh yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan. InsyaAllah akan dikemaskini segera tarikh-tarikh gaji kerajaan 2018 nanti. Namun secara awalnya, tarikh-tarikh perayaan telah dikeluarkan seperti dalam jadual diatas.
Untuk pengetahuan semua yang mungkin ada belum tahu, anda boleh login dan dapatkan juga slip gaji online pendapatan anda di e-Penyata Gaji. Selain itu, ingatlah gaji yang anda dapat itu gunakan sebaik mungkin dan rancang perbelanjaan anda sebaik mungkin. Jangan boros dalam berbelanja kelak merana anda dan keluarga. Setakat ini sahaja perkongsian jadual tarikh pembayaran gaji, kita pergi ke kalendar seterusnya yang pasti lebih ramai digemari iaitu kalendar khas untuk kaki pancing!
Kalendar Memancing Mengikut Pasang Surut Air dan Bulan Mengambang
Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor lain yang mempengaruhi masa terbaik untuk memancing. Sudah semestinya faktor lubuk atau koordinat memancin memainkan peranan. Tetapi kali ini kita cuba ketengahkan dan berkongsi ilmu tentang faktor lain yang membantu para pemancing untuk memancing, antaranya ialah :
- Keadaan bulan sama ada mengambang, separuh atau gelap.
- Pergerakan arus sama ada deras, perlahan atau arus mati.
- Keadaan air surut atau pasang yang mana lebih pendek yang mana lebih panjang.
- Keadaan air keruh atau air jernih.
Ya, nampak bukan sekarang banyak faktor lain yang mempengaruhi keadaan memancing. Jadi kali ini admin ingin kongsikan masa atau jadual bulan mengambang (bulan penuh) bulan separuh dan anak bulan. Berikut ialah jadualnya.
![]() |
|
Video Penerangan Faktor Fasa Bulan dengan Waktu Sesuai Memancing
Didalam video ini ada berkongsi penerangan yang agak penjang dan menarik untuk anda tonton. Video yang bertajuk “Moon phases and how to fish them” ini telah mendapat lebih 38 ribu tontonan dimana ianya telah dimuat naik oleh akaun InformativeFisherman.
Kalau anda berminat, dapatkan juga info berguna dunia memancing di Facebook Kaki Pancing Malaysia ini. Yang penting, bukan sahaja dapat ilmu, malah boleh tambah kenalan dan bertukar-tukar info tentang port memancing yang menarik disekitar kawasan anda.
Jadual Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2018 Rusia
Demam Piala Dunia nampaknya semakin hebat. Oleh sebab itu, adalah tidak lengkap jika Kalendar 2018 ini tidak mempunyai info berguna untuk peminat bola sepak di seluruh dunia. Jadi, admin cuba dapatkan seberapa banyak info bagi berkongsi tarikh dan jadual perlawanan bola sepak piala dunia 2018 yang akan berlangsung di Rusia tidak lama lagi.
Seperti yang kita sudah sedia maklum, Perlawanan Piala Dunia FIFA 2018 ini adalah edisi Piala Dunia FIFA yang ke 21. Apa yang lebih menarik juga, perlawanan bola sepak yang sangat hebat dan bernilai tinggi ini merupakan Piala Dunia yang pertama di adakan di negara Rusia.
Rusia telah merancang dan mencadangkan sebagai tuan rumah untuk menggunakan stadium di kota berikut sebagai tempat perlawanan bolah sepak Piala Dunia 2018. Antaranya ialah :
- Kaliningrad
- Kazan
- Krasnodar
- Moscow
- Nizhny Novgorod
- Rostov na Donu,
- Sankt-Peterburg
- Samara
- Sochi
- Volgograd
- Yaroslavl
- Yekaterinburg.
Untuk pengetahuan semua juga, Tawaran Rusia yang telah mencadangkan 13 bandar tuan rumah lengkap dengan 16 stadium untuk perlawanan bola sepak ini adalah melebihi keperluan minimum FIFA. Ini menjadikan Rusia sangat layak menjadi tuan rumah Piala Dunia Bola Sepak 2018.

Jadual Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2018
Seperti yang sudah sedia maklum, perlawanan bola sepak piala dunia ini dimulakan dengan perlawanan peringkat kumpulan. Untuk memastikan mereka dapat masuk ke peringkat kumpulan ini, mereka perlulah menang bagi perlawanan peringkat kelayakan piala dunia yang diadakan awal sebelum piala dunia ini bermula.
Perlawanan peringkat kelayakan ini adalah berlangsung mengikut zon tersendiri. Wakil setiap zon yang menang kemudian akan diundi dan masuk kedalam salah satu slot di dalam 8 kumpulan yang bertanding iaitu kumpulan A, B, C, D, E, F, G dan H.
Secara kesimpulannya, ini bermakna ada 32 buah negara yang akan bertanding didalam Perlawanan Bola Speak Piala Dunia 2018 di Rusia ini dimana setiap kumpulan akan ada liga antara 4 buah negara. Perlawanan pertama bola speak piala dunia peringkat kumpulan bermula pada 14 Jun 2018 melibatkan perlawanan kumpulan A.
Berikut admin kongsikan jadual perlawanan, lokasi stadium perlawanan dan tarikh perlawanan pusingan kalah mati piala dunia 2018.
Jadi anda rasa siapa yang akan menjuarai piala dunia 2018 tahun ini? Jangan sampai bertaruh kerana haram hukumnya seorang muslim berjudi.
Penerangan Maksud Berjudi dan Hukum Bertaruh Bola Sepak
Sudah semestinya bila sudah tiba musim perlawanan penting seperti Piala Dunia Bola Sepak 2018 ini pasti akan ramai dan banyak pertaruhan yang berlaku. Tidak kira sama ada sekecil RM1, belanja minum, belanja makan atausebesar-besar pertaruhan RM1juta, menang rumah, menang perempuan semuanya ada hukum dan nilaian disisi Allah.
Mari kita ikuti penerangan ringkas dari Ustaz Azhar Idrus mengenai isu hebat ini.
Akhir kata, berhati-hati semasa bercakap. Jangan kerana terlalu leka dan seronok menonton perlawanan bola sepak anda terlanjur mengajak rakan-rakan atau keluarga untuk bertaruh. Sekecil-kecil pertaruhan tetap dianggap judi jika ada pihak yang rugi dan ada pihak yang untung. Jadi, jagalah hati dan iman kita insyaAllah selamat.
Download dan Dapatkan Planner 2018 Versi Boleh Edit Microsoft Word
Planner 2018 ini adalah hasil tangan dan perkongsian dari pihak admin SGO. Bagi admin, planner b2018 yang boleh diedit ini sangat penting kerana dari sini admin boleh buat 1 perancangan yang lebih terperinci. Segala tarikh penting seperti hari lahir, tarikh gaji, hari ulang tahun perkahwinan, dan sebagaiya semua boleh kita conteng dan tuliskan disini.
Kepada sesiapa yang ingin dapatkan dalam format microsoft words, anda boleh download bahan ini dibawah :
Download :Â Planner 2018 Sistem Guru Online