Himpunan Soalan Akhir Tahun 2017 Bagi Tahun 6

soalan akhir tahun 6 2017

Bank Soalan Tahun 6 Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tahun 2017 ini merupakan himpunan soalan-soalan yang admin perolehi dari pelbagai sumber. Ya, SGO sedaya upaya berusaha untuk membantu meringankan beban guru dalam menyediakan soalan kepada guru. Peringatan, SGO bukan memiliki soalan-soalan ini semua tetapi semua bahan ini diperolehi dari pelbagai sumber seperti Facebook, Website, Telegram dan sebagainya.

Kepada semua guru, anda jangan risau insyaAllah semua soalan-soalan yang disediakan disini telah mengikut format KSSR yang terbaharu. Guru boleh muat turun secara percuma dengan menekan link di bawah.

Buat pengetahuan semua sekarang prestasi sekolah ditentukan daripada Gred Purata Sekolah (GPS) bukan lagi daripada peratus sekolah. GPS lebih kepada kualiti murid iaitu jumlah gred yang diperolehi oleh murid.

Cara Tentukan GPS (Gred Purata Sekolah)

Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang baru digunapakai dalam Peperiksaan Pertengahan tahun ini menggunakan skala gred kebangsaan. Kedudukan pelajar dalam kelas atau tingkatan dikira mengikut gred pencapaian pelajar, bukannya lagi dikira mengikut jumlah peratusan pencapaian pelajar seperti amalan selalu.

12 1
Cara Pengiraan GPS

Dapatkan Bank Soalan Tahun 6

Perhatian. Nampaknya masih ada beberapa lagi set soalan yang belum cukup. Kepada guru yang mempunyai soalan tersebut bolehlah kongsikan kepada kami di sistemguruonline@gmail.com. Selain itu, sedikit perkongsian ialah Himpunan Soalan Percubaan UPSR 2017 yang mungkin boleh digunakan sebagai kertas soalan peperiksaan akhir tahun.

Kepada semua guru, silaah kongsikan soalan ini kepada rakan-rakan anda di luar sana dengan menggunakan link website ini. Untuk lebih mudah, tekan sahaja butang share yang disediakan.

Jom Download Set Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bagi Tahun 1,2,3,4,5

Sekali lagi, kami ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan guru yang telah menyiapkan set soalan peperiksaan akhir tahun ini seawal bulan 9 ini lagi. Ianya sangat-sangat memudahkan rakan-rakan guru lain. Terima kasih diucapkan dan semoga anda peroleh balasan yang setimpal insyaAllah.