Bapa Ikat Leher Anak dengan Rantai Besi Pada Tong Gas Hingga Pengsan Ialah Tentera

Nak Mendidik atau Menyeksa?

BERANG anaknya tidak mahu ke sekolah, seorang bapa bertindak melampau dengan mengikat anak lelakinya berusia 10 tahun itu pada tong gas menggunakan rantai besi di Indera Mahkota, Kuantan, semalam.

Tindakan lelaki berusia 35 tahun itu terbongkar selepas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan menyerbu rumah berkenaan selepas menerima aduan orang awam.

Difahamkan, suspek bertugas sebagai anggota tentera di Kem Batu 10, Jalan Gambang, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika serbuan dilakukan polis mengetuk pintu depan rumah itu namun tiada jawapan sebelum meninjau bahagian dapur menerusi tingkap.

“Polis menemui seorang kanak-kanak lelaki hanya memakai seluar berada dalam keadaan leher diikat pada tong gas dengan rantai.

“Polis memecahkan pintu dan masuk ke dalam rumah sebelum mendapati kanak-kanak itu pengsan,” katanya.

Abdul Aziz berkata, polis menghubungi ambulans Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan di leher akibat dirantai.

“Siasatan awal mendapati, kelmarin mangsa tidak ke sekolah menyebabkan bapanya bertindak di luar dugaan.

“Kita sudah menahan bapa serta ibu mangsa yang berusia 30 tahun untuk bantu siasatan,” katanya.

telegram sistem guru online