Keputusan Egtukar Oktober 2017 kali ini akan diumumkan pada 18 September 2017 ini. Tarikh tersebut adalah seperti yang di nyatakan di dalam jadual rangka kerja pertukaran antara negeri bagi tahun 2017 (sesi oktober 2017).
Bagi memudahkan cikgu semua untuk mendapatkan info lebih jelas, berikut admin kongsikan di dalam bentuk penulisan berjadual dibawah. Hal ini kerana gambar yang dilampirkan dibawah adalah kurang jelas dan kabur.
Rangka Kerja Pertukaran Antara Negeri Sesi Oktober 2017
Baiklah ini versi lebih jelas. Admin tulis balik apa yang di nyatakan seperti di dalam gambar diatas kecuali pada bahagian tempoh admin tidak masukan.
Bil. | Perkara | Tarikh |
1. | PPD/JPN Pelulus Keluar (PPD Keluar) | 21.8 – 27.8.2017 |
2. | PPD/JPN Pelulus Masuk (PPD Masuk) | 28.8 – 6.9.2017 |
3. | Pemantau/Penyelaras (Monitoring) | 21.8 – 11.9.2017 |
4. | Mesyuarat Berpusat Pertukaran (Antara Negeri) (Pegawai Pengesah KPM 1) | 12.9 – 15.9 2017 |
5. | Keputusan Kelulusan di Modul e-Gtukar | 18.9 2017 |
6. | Urusan Penempatan oleh JPN | 19.9 – 25.9.2017 |
7. | Keputusan Penempatan di Modul e-Gtukar | 26.9.2017 |
8. | Tarikh kuatkuasa dan lapor diri | 2.10.2017 |
Tarikh Penting e-Gtukar Sesi Oktober 2017
Kesimpulannya berikut ialah tarikh yang perlu kita semua ambil tahu.
- Keputusan Pertukaran : 18.9.2017 ( Isnin )
- Keputusan Penempatan : 26.9.2017 ( Selasa )
- Tarikh Lapor Diri : 2.10.2017 ( Isnin)
Perhatian Semua Guru Update Mengenai Keputusan Egtukar Oktober 2017
Nampaknya hari ini ada yang sudah bertanya bila keputusan kelulusan permohonan pertukaran bagi Oktober 2017 akan keluar kerana tarikh 18.9.2017 sudah sampai. Bagi admin, admin nasihatkan kepada semua untuk bersabar.
Kalau mengikut pengalaman kita semua yang lepas, biasanya keputusan pertukaran akan dapat kita ketahui selepas waktu bekerja. Masih ingat tentang keputusan egtukar yang lepas-lepas? Cuba bandingkan pula dengan Keputusan EG Tukar Mengikut Rangka Jadual Tahun 2017Â ini.Jadi, mari kita tunggu sampai malam nanti. Jika ada rezeki, insyaAllah keputusan akan keluar hari ini seperti yang dinyatakan dalam rangka kerja egtukar yang dilampirkan diatas sekali.
Banyak-banyakkan berdoa semoga dipermudahkan urusan.
Login ke e-Gtukar anda untuk lihat keputusan pertukaran anda pada tarikh tersebut.
Minta perhatian kepada semua, tarikh yang dinyatakan adalah berdasarkan tarikh yang diberikan oleh pihak KPM di dalam rangka kerja mereka. Sebarang perubahan mungkin boleh berlaku dan info semasa perlulah kita dapatkan.
Statistik Pertukaran Antara Negeri Bagi Sekolah Rendah Sesi Oktober 2017
Berikut ialah senarai permohonan masuk dan permohonan keluar yang ada bagi setiap negeri. Jika dilihat secara terperinci, negeri Kelantan masih menjadi negeri yang paling tinggi permohonan masuk dengan mencatatkan seramai 1938 orang guru. Manakala hanya 35 permohonan sahaja yang memohon untuk keluar. Jadi, peratusan untuk berjaya secara mudahnya(tanpa mengambil kira faktor-faktor lain yang kompleks) ialah hanya 1.8% kadar untuk berjaya.
Negeri yang mencatatkan permohonan masuk kedua tertinggi pula ialah negeri Kedah. Sebanyak 1727 permohonan masuk diterima dan hanya 97 permohonan keluar dibuat. Ini menjadikan kadar peratusan untuk berjaya bagi yang memohon masuk ialah hanya sebanyak 5.6%.
Menarik? Pasti ramai terkejut bukan jika kita buat pengiraan seperti ini. Ya, itu pengiraan yang dibuat jika kesemua permohonan keluar dari negeri Kelantan dan Terengganu diterima. Kalau ada yang tidak diluluskan macam mana?
Pendek kata kita jangan fikir panjang sampai mengganggu hidup dan tugasan kita. Jadi, keputusan sudah tidak lama maka jangan lupa untuk teruskan berdoa memohon agar permohonan kita untuk bertukar diluluskan.
Kepada semua guru, admin ucapkan semoga berjaya.