Sukatan Mata Pelajaran Pendidikan Alam Sekitar Bakal di Laksana 2 Tahun Lagi

subjek pendidikan alam sekitar

Sukatan Mata Pelajaran Pendidikan Alam Sekitar sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi admin jika ianya di perkenalkan 2 tahun lagi. Kenapa? Akan admin kongsikan pada bahagian akhir artikel ini.

Baiklah, untuk pengetahuan semua sebenarnya subjek atau Sukatan Mata Pelajaran Pendidikan Alam Sekitar dijangka diperkenalkan sebagai subjek di sekolah dan universiti menjelang tahun 2019. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, deraf cadangan berhubung perkara itu akan dibentang kepada Kabinet, tahun depan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kanan) ketika sesi Dialog Asean pada Dialog Pangkor (PIDD) 2017. - Foto BERNAMA
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kanan) ketika sesi Dialog Asean pada Dialog Pangkor (PIDD) 2017. – Foto BERNAMA

IPOH: Sukatan mata pelajaran Alam Sekitar dijangka dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lagi, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut beliau, kertas cadangan itu sedang dibincangkan di peringkat Kementerian Pendidikan sebelum dibawa ke Kabinet, awal tahun depan.

Tambah Wan Junaidi, Kementerian Pendidikan menerima positif cadangan tersebut dalam mempelopori idea supaya subjek tersebut diperkenalkan di peringkat sekolah dan universiti.

“Sebenarnya kita rancang dari peringkat tadika lagi, kita mungkin buat buku pamplet untuk kanak-kanak melihat binatang-binatang umpamanya, bagaimana menyintai binatang, alam sekitar, jadi kita perkenalkan dari awal lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panel dalam sesi Dialog ASEAN sempena Dialog Pangkor 2017 di Amanjaya Convention Centre di sini pada Selasa.

Wan Junaidi berkata, persoalan untuk menjadikan subjek alam sekitar sebagai matapelajaran wajib juga akan diputuskan setelah pihaknya membuat perbincangan secara berterusan.

Sukatan pelajaran itu diperkenalkan bertujuan meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai kepentingan menjaga alam sekitar serta peranan yang boleh dimainkan setiap individu, termasuk kanak-kanak. sumber : astroawani.com

Pendidikan Alam Sekitar Satu Usaha Kerajaan Yang Mapan Mendidik Jiwa Rakyat

Percaya atau tidak isu mengenai Pendidikan Alam Sekitar ini ialah satu isu yang serius. Oleh kerana itu, kita dapat lihat pihak kerajaan benar-benar berusaha untuk menangani masalah ini dari pihak akar umbi lagi. Ya, kitalah yang dimaksudkan akar umbi itu. Minda kita perlu dididik!

Dari sini, admin lihat pelbagai usaha telah dijalankan. Usaha yang jelas seperti kempen kebersihan, melaksanakan pelbagai akta kebersihan atau undang-udang dan sebagainya adalah perkara yang biasa semua orang tahu. Namun, usaha dan gabungan luar yang tidak dapat disedari oleh orang ramai adalah sangat hebat dipergiatkan sebenarnya.

Pendidikan Alam Sekitar Satu Usaha Kerajaan Yang Mapan Mendidik Jiwa Rakyat

Kenapa tidak? Lihat sahaja usaha kerajaan terutama dalam salah satu event yang terbesar tahun ini iaitu Sukan Sea ke 27 yang menerapkan konsep hijau atau Satu Pingat, Satu Pokok (One Medal, One Tree). Selain mahu meraih kejayaan, pihak kerajaan mahu konsep ini menjadi inspirasi dan ikutan semua pihak pada masa akan datang. Bagi menyokong usaha konsep hijau ini, berikut ialah langkah yang digunakan semasa penganjuran sukan SEA ke 27 ini :

  • Galakkan penggunaan pengankuatan awam. (Car pooling).
  • Penunjuk arah buat pejalan kaki dan penunggang basikal.
  • Penjimatan tenaga elektrik diutamakan semasa sukan sea berlangsung.
  • Pembungkusan makanan yang mudah dihapus (biodegrable).
  • Program kitar semula di lokasi utama dengan penyediaan tong sampah kitar semula dan sukarelawan bertugas yang membimbing dan memberi penerangan mengenai kitar semula.
  • Kempen penanaman pokok.
  • Pelan perjalanan yang optima untuk atlet dan delegasi.
  • Pengkomposas sisa makanan yang efektif.

Menarik bukan? Ianya masih panas lagi jadi rasanya semua ini mudah untuk kita imbau dan ingat kembali. Tetapi timbul pula pertaanya, soalnya adakah baru sekarang kerajaan sedar akan kepentingan alam sekitar? Pastinya tidak! Baiklah sebelum admin kongsikan info mengenai Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum ini mari kita ikuti perkongsian ini.

‘Mentaliti Sampah Sarap’ Rakyat Kita

Berita utama semalam, gara-gara Pusat Pemindahan Sampah di Taman Beringin ditutup kerana kerosakan mesin pemampat, kira-kira 2,000 tan sampah dilonggok di bahu Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2) berhampiran Kepong.

Mentaliti sampah sarapLonggokan sampah itu menyebabkan kesesakan jalan yang agak teruk di kawasan berkenaan selain penduduk dan pengguna jalan raya terpaksa menghidu bau tidak menyenangkan.

Cerita suka-suka buang sampah ini berlaku di semua tempat. Budaya membuang sampah daripada kenderaan sebagai contohnya. Selain daripada mengotorkan alam sekitar, perbuatan ini boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Kisah ditimpa objek dari ‘langit’ cukup menakutkan sesetengah penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang gemar membuang objek dari tingkat atas membawa musibah kepada penduduk sebuah flat berhampiran apabila saban hari banyak kenderaan dilaporkan terjejas akibat insiden tidak bertanggungjawab itu.

Begitu juga kisah dalam pawagam yang hebat, akan terlihat segelintir masyarakat yang kurang bijak meninggalkan kotak-kotak popcorn dan bekas air minuman sesudah selesai tayangan sedangkan terdapat bekas sampah besar yang disediakan khas di pintu keluar panggung bagi memudahkan para pelanggan yang bijak menggunakannya.

Kebanyakan yang menonton adalah dikalangan anak muda yang bakal menerajui tampuk pimpinan negara di dalam pelbagai bidang di masa hadapan. Mentaliti sampah seperti ini harus diperbetulkan.

Sebagai sebuah negara membangun menuju ke arah Wawasan 2020, rakyat harus peka dengan masalah kebersihan secara umumnya. Tabiat suka membiar atau membuang sampah merata-rata harus dihapuskan dengan segera. Kempen-kempen menjaga kebersihan harus diperhebatkan. Iklan-iklan yang memaparkan kepentingan kebersihan perlu dipelbagaikan.

Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang lebih hebat adalah kemestian bagi pihak yang berwajib. Tentu sahabat juga ada cerita mentaliti sampah seperti ini. Sila kongsikan. Ingat, mentaliti sampah sarap ini harus diperangi habis-habisan! Penulisan : Datuk Wira Dr Maznah Hamid

Macam mana, sudah rasa dan faham kenapa isu ini perlu dipandang serius. Baiklah, admin nak kongsikan beberapa info mengenai Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum ini.

Apa itu Pendidikan Alam Sekitar Merentasi Kurikulum

Matlamat dan objektif Pendidikan Alam Sekitar

  • Matlamat Pendidikan Alam Sekitar Di Sekolah Membentuk pelajar yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar.
  • Memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.

Objektif Pendidikan Alam Sekitar Di Sekolah

Objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar:

  • Mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalahnya.
  • Lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya.
  • Memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  • Memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang.
  • Menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya.
  • Berpeluang melibatkan diri secara aktif dan penyelesaian masalah alam sekitar.

Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh

  • Merujuk kepada penglibatan warga sekolah termasuk pihak pentadbir, staf sokongan, guru- guru dan para pelajar sekolah.
  • Proses membudayakan Pendidikan Alam Sekitar kepada warga sekolah dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.
  • Merupakan payung kepada aktiviti Pendidikan Alam Sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan di sekolah.

Tunggu dan Lihat

Jika kita rasakan 2 tahun itu lama, rasanya mungkin kita silap kerana 2 tahun itu sebenarnya sekejap sahaja dan jika diluluskan maka Pendidikan Alam Sekitar akan menjadi satu lagi subjek atau mata pelajaran tambahan di dalam sistem pendidikan di sekolah.

Isu “campak kepada guru” mungkin akan kedengaran seketika. Ya, tidak dinafikan begitulah sistem pendidikan di negara kita yang pernah admin huraikan di dalam post bertajuk “Luahan Hati Guru yang Semua Rakyat dan Pemimpin Tahu“. Kita sebagai pendidik tidak boleh lari dari menjalankan tugas kita mendidik anak murid agar menjadi insan yang lebih baik.

Jika ianya sesuatu yang baik, maka mari kita laksanakan dengan sepenuh hati. Namun, diharap jika ada respon yang diberikan oleh guru selepas ini maka diharap pihak KPM akan lebih prihati dan menyiasat hal ini. Sama-sama kita bergabung mencari penyelesaian kepada masalah yang guru telah jumpa jika Pendidikan Alam Sekitar ini benar-benar di jadikan sebagai 1 subjek atau mata pelajaran di sekolah.

 

telegram sistem guru online