Himpunan Soalan Akhir Tahun 2017 Bagi Tahun 2

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2017 Darjah 2

Bank Soalan Tahun 2 Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tahun 2017 ini admin rasa terpanggil untuk dikongsikan bersama. Kali ini admin cuba untuk kumpulkan pula kertas-kertas ujian akhiir tahun ini dan satukan di bawah post Bank Soalan Tahun 2 disini.

Diharap perkongsian admin kali ini dapat membantu para guru untuk menyediakan kertas soalan peperiksaan. Oh ya, sebelum itu mari admin kongsikan sedikit info atau ilmu berguna mengenai penilaian sumatif dan formatif

Beza Penilaian Formatif dan Sumatif

Sebenarnya mungkin ramai guru atau ibubapa yang tidak faham apa itu penilaian atau ujian sumatif dan apa pula ujian formatif. Pada kesempatan ini admin akan rungkaikan sedikit perbezaannya.

Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian.

 Ciri-ciri Penilaian Formatif Penilaian Sumatif
Pengertian Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tap persekolahan.
Tujuan Mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kada segera. Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas.
Aktiviti Menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran  sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh. Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan jadual secara individu mengikut kelas.
Masa Semasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap hujung bulan. Semasa semester pertama (pertengahan tahun) dan semester kedua (akhir tahun).
Bentuk Ujian tidak formal (pemerhatian dan sesi soaljawab), atau formal (ujian bulan) melibatkan ujian kertas pensel dam masa yang singkat. Ujian formal adalah ujian kertas pensel atau ujian, lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut kesesuaiannya.
Sasaran Secara individu, secara kumpulan atau kelas. Secara kelas
Liputan Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal) Meliputi beberapa unit pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan
Rekod Tiada (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak atau rekod prestasi (bagi ujian formal) Penggunaan rekod profil atau pensijilan.
Tindakan Membetulkan kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan di dalam kelas. ·   Menempatkan murid kumpulan atau kelas yang sesuai.

·   Merancan g dan mengubahsuai pelajaran atau kurikulum.

·   Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.

Jadi diharap selepas ini lebih jelas. Sekaligus diharap semua faham kenapa ujian bulanan kita panggil sebagai ujian sumatif dan bukan ujian formatif.

Download Bank Soalan Tahun 2

Alhamdulillah. Semoga perkongsian ini lebih bermakna buat semua. Mari kita sama-sama ucapkan terima kasih kepada para guru yang telah berkongsi soalan-soalan ini di dalam telegram, group facebook, dan blog.

Semoga urusan kalian dipermudahkan Allah. InsyaAllah

Jom Download Set Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bagi Tahun 1,3,4,5,6

Untuk perhatian juga, SGO tidak memiliki semua set soalan ini. Semua soalan ini adalah diperolehi dari pelbagai sumber internet seperti group telegram, website, facebook dan sebagainya. Terima kasih.