Kenali Lebih Dekat Tentang Sekolah Henry Gurney dan Ketahui Murid disana Buat

apa itu sekolah henry gurney
apa itu sekolah henry gurney

Isu mengenai pesalah Juvana dan Sekolah Henry Gurney kadang-kala menyebabkan pelbagai tanggapan buruk terhadap sekolah ini semakin kuat. Hinggakan ada yang melabelkan murid Sekolah Henry Gurney ini adalah murid yang gagal akademik dan gagal sahsiah. Ibaratnya gagal dalam hidup.

Tapi, jangan lupa bahawa mereka sebenarnya manusia biasa yang boleh insaf dan berubah. Banyak sudah kejayaan pelajar Sekolah Henry Gurney ini yang perlu kita lihat dan sedar. Jadi diharap selepas ini mungkin masyarakat pelru lebih positif terhadap mereka.

Kenali Sekolah Henry Gurney dengan Lebih Dekat

Pada masa kini, terdapat hanya lima buah Sekolah Henry Gurney (SHG) iaitu,

  • SHG Telok Mas, Melaka
  • SHG Kota Kinabalu, Sabah
  • SHG Keningau, Sabah
  • SHG Puncak Borneo, Sarawak
  • SHG Wanita Batu Gajah, Perak

Dasar Am Sekolah Henry Gurney pada awal penubuhannya adalah berdasarkan (Borstal Institution – England) 1900 iaitu untuk membentuk sikap keperibadian dan sikap bertanggungjawab penghuni-penghuni ke arah kesempurnaan kehidupan bermasyarakat yang sejahtera dan produktif kepada negara.

Antara ciri-cirinya ialah :-

  1. Pelatihnya mempunyai watak dan bakat yang tersendiri dan boleh memperkembengkan kreativiti dan suka kepada kehidupan yang baik.
  2. Layanan sama rata dan mengikut peraturan
  3. Pegawai dan sistem Borstal saling bersatu dan saling mempercayai antara satu sama lain.

resurgamMottonya ialah RESURGAM yang bermaksud We Shall Rise Again. Manakala logo Sekolah Henry Gurney (Wanita) ialah burung helang yang terbang dari api yang sedang marak. Ini bermaksud penghuni sedia untuk menerima pemulihan di sini dan menuju ke tempat yang lebih baik sebagai rakyat yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. 

SEJARAH UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN DI SEKOLAH HENRY GURNEY

A. Pada awal penubuhannya penahanan penghuni adalah berdasarkan

  1. Akta Mahkamah Juvana

a) Akta Mahkamah Juvana 1947 Seksyen 38, iaitu, jika seseorang budak didapati bersalah atas sesuatu kesalah yang boleh dihukum dengan penjara dan pada hemat mahkamah juvana:

i) Pesalah itu berumur tidak kurang daripada 14 tahun dan dibawah 18 tahun : danii) Oleh sebab jenis kesalahan itu atau oleh tabiat atau kecenderungan jenayah pesalah itu, atau pergaulan nya dengan orang yang berwatak tidak baik, adalah sesuai atau manfaat bahawa pesalah itu ditahan selama suatu tempoh dan diletakkan di bawah suatu arahan dan tatatertib yang difikirkan paling berfaedah untuk memulihkan akhlaknya dan untuk membenteras jenayah. Maka adalah sah disisi undang-undang bagi Mahkamah manghantar pesalah itu ke Sekolah Henry Gurney .

b) Akta Mahkamah Juvana 1947 Seksyen 40 iaitu,

Tidak apa-apa jua dalam akta ini selain seksyen 15 dan 16, boleh menyentuh kuasa-kuasa mahkamah tinggi dan segala kuasa yang boleh dijalankan di bawah akta ini oleh sesuatu Mahkamah Juvana mengenai seseorang pesalah juvana boleh dengan cara yang sama dijalankan oleh mahkamah tinggi dan sebagai tambahan mahkamah tinggi , mahkamah seksyen dan mahkamah majistret kelas pertama adalah berkuasa memerintahkan supaya seseorang yang telah mencapai umur 18 tahun tetapi belum mencapai umur 21 tahun pada tarikh dibuat perintah itu ditahan di Sekolah Henry Gurney sehingga orang itu mencapai umur 21 tahun tetapi tidak selepasnya

Selain itu, antara undang-undang dan peraturan yang dijadikan panduan ialah,

  1. Undang-Undang Penjara 1952,
  2. Peraturan – Peraturan Penjara 1953,
  3. Peraturan Sekolah Henry Gurney 1949,
  4. Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara dan
  5. Arahan Ketua Institusi.

Namun, pada masa sekarang Akta Mahkamah Juvana 1947, Undang Undang Penjara 1952, dan Peraturan – Peraturan Penjara 1953 telah terbatal.

B. Undang-undang dan peraturan yang digunapakai kini adalah

  1. Undang-Undang Penjara 1995
  2. Peraturan-Peraturan Penjara Tahun 2000
  3. Akta Kanak-Kanak 2001
  4. Peraturan – Peraturan SHG 1949
  5. Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara
  6. Arahan Ketua Institusi

FASA 1 – PROGRAM ORIENTASI

Program ini merupakan program pertama yang melibatkan kepada pengukuhan disiplin, Program ini adalah selama 3 bulan. Program ini adalah diwujudkan bagi memberi pemahaman dan penyesuaian diri terhadap objektif Jabatan Penjara, peraturan yang perlu dipatuhi dan hak-hak mereka sebagai penghuni dan aktiviti pemulihan yang perlu dilalui oleh mereka.

Dalam program orientasi ini,

a) Induksi – 7 hari

  • penerimaan
  • pendaftaran orientasi
  • sesi temuduga
  • sesitaklimat
  • sesi pemeriksaan kesihatan
  • kebersihan
  • sukan & rekreasi

b) Orientasi – 75 hari

  • latihan fizikal
  • aktiviti kenegaraan
  • aktiviti kemahiran sosial
  • kerohanian
  • kaunseling
  • ujian air kencing
  • ujian HIV/ AIDS
  • kebersihan
  • sukan & rekreasi

c) Penilaian – 7 hari

  • modul fizikal
  • modul ketata negaraan
  • modul kemahiran sosial
  • modul kerohanian
  • modul kaunseling
  • kebersihan
  • modul sukan dan rekreasi
  • disiplin diri

FASA 2 – PENGUKUHAN SAHSIAH ( 6 BULAN – 1 TAHUN)

  1. Modul kerohanian

Penghuni yang majoriti beragama Islam akan dibimbing oleh pegawai Penjara yang telah dilantik. Pegawai yang berkebolehan akan ditugaskan secara rutin untuk mengajar penghuni yang berkenaan.

Selain itu, penghuni juga akan diajar di kelas agama seperti Kelas Iqra’, Kelas Tahsin, Kelas Taranum, dan Kelas Tafsir Al- Quran.

Penghuni akan dibimbing oleh Pembantu Pengajar Agama mengikuti kelas yang dibahagikan kepada 3 peringkat pengetahuan agama iaitu, peringkat rendah, peringkat menengah, dan peringkat tinggi. Pendekatan agama yang diberikan adalah pendidikan agama berdasarkan kepada Kurikulum Pendidikan Islam Jabatan Penjara Malaysia meliputi Fekah, Aqidah, Syariah, Akhlak, Al-Quran, Hadith, dan Sirah Nabawiyah dan aktiviti tambanhan sepertio Zikir , tahlil dan doa.

Penghuni yang beragama lain seperti Buddha, Hindu atau Kristian akan mengikuti kelas atau ceramah keagamaan oleh penceramah sukarela. Jadual kelas atau ceramah adalah sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Program-program agama adalah secara intensif meliputi sepanjang tempoh tahanan penghuni di sini. Program yang dianjurkan di bawah seliaan Pegawai Penjara adalah seperti Kelas Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, Sembahyang berjemaah, bacaan surah Yasin, Doa diwaktu pagi dan malam, Kelas membaca Al Quran, kelas tajwid dan Tayangan Video (kaunseling agama).

*Kelas Fardu Ain

Kelas ini diadakan 5 kali seminggu. Sasaran utama ialah penghuni baru yang menjalani program orientasi. Kelas ini bermula jam 2.30 petang – 3.30 petang.

*Tayangan Video

Melibatkan semua penghuni Islam. Diadakan 2 kali sebulan.

*Sembahyang Berjemaah.

Sembahyang berjemaah melibatkan (5) waktu solat iaitu Subuh hingga solat Isyak. Imam-imam dipilih oleh guru agama dari kalangan penghuni, yang layak dan betul sebutan/ bacaannya dalam solat. Mereka dilatih dan digilirkan setiap hari supaya mereka dapat membawa makmum dengan cara yang betul. Amalan yang dilakukan pada setiap bulan Ramadhan ialah berpuasa dan solat terawih dan witir selepas solat Isyak dan berpuasa.

*Bacaan Surah Yasin

Dibuat selepas solat Maghrib dilakukan oleh semua penghuni bagi meningkatkan keimanan dan sebagai amalan mingguan.

*Doa Pagi/Malam & zikir harian

Doa pagi /malam akan dilakukan oleh penghuni setiap hari mengikut rutin yang ditetapkan seperti waktu beratur pagi, makan, selepas solat jemaah, dan lain-lain. Zikir harian dibaca pada setiap waktu solat

*Solat Sunat Mengiring Solat Fardu (Qabliah dan Baqdiah).

  • Solat Sunat Taubat dan Hajat
  • Solat Sunat Dzuha

*Kelas membaca Al-Quran.

Kelas membaca al Quran diadakan 5 kali seminggu. Kelas ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi. Tadarus Al Quran pula diadakan sepanjang Bulan Ramadhan. Kelas Bimbingan Tajwid pula diadakan seminggu sekali pada hari Rabu dari Jam 2.30 – 3.30 petang oleh Ustaz Mohd Asri Bin Ibrahim dari Unit Agama dan Ustaz Abu Samah Bin Abd Wahab (Pusat Pemulihan Akhlak).

*Majlis mengingati Hari-Hari Kebesaran Islam

Majlis diadakan mengikut hari – hari yang dirai seperti awal Muharrram, Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun, Sambutan Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Ehya’ Rejab, Syaaba, & Ramadhan, Nuzul Quran, Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha.

2. Modul Kaunseling

Penghuni-penghuni akan dibimbing oleh seorang pegawai kaunseling terlatih berpangkat Inspektor Penjara. Pegawai ini adalah bertugas khas untuk memberi bantuan kaunseling kepada penghuni dalam sesi kaunseling individu, kaunseling kumpulan atau kelompok , motivasi dan kanseling keluarga.

3. Modul Akademik

Penghuni-penghuni digalakkkan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM). SHGW juga telah menerima 4 orang guru kader DG 29 pada tahun 2005. Kelas diadakan seperti sekolah biasa iaitu, setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.00 pagi – 1.45 tengahari. Bagi tahun 2007 seramai (8) penghuni menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan (2) penghuni menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.

4. Modul Sukan & Rekreasi

Penghuni akan diberi peluang mengikuti aktiviti sukan dan rekreasi sejam setiap hari bekerja manakala enam jam pada hari cuti dan kelepasan am. Antara aktiviti yang dibenarkan ialah indoor game dan out door game seperti bola jaring, ping pong dan bola tampar.

FASA 3 – KEMAHIRAN ( 6 BULAN – 1 TAHUN)

  1. LATIHAN VOKASIONAL DI SEKOLAH HENRY GURNEY (W) BATU GAJAH PERAK.
  2. Latihan Vokasional di Sekolah Henry Gurney Wanita meliputi (4) buah bengkel. Selain itu, terdapat sebuah kantin dan dapur penghuni. Butir-butir dibawah adalah berdasarkan maklumat pada Januari 2005.
  3. Jenis-jenis Bengkel:
  • Bengkel Jahit
  • Bengkel Kraftangan
  • Bengkel Batik
  • Bengkel Bakeri
  • Kantin
  • Dapur
  1. Latihan atau Kemahiran yang disediakan dalam setiap bengkel adalah seperti berikut :

4.1 Bengkel Jahit

Kakitangan terlibat merupakan seorang Sarjan Penjara dan seorang Pembantu Latihan Vokasional J 22 Puan Rokiah binti Deraman. Bagi tahun 2007 terdapat (4) penghuni yang didaftarkan dalam persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pengkhususan dalam bidang Pembuat Pakaian Wanita tahap satu. Penghuni di dalam bengkel ini akan diberikan latihan teori dan praktikal seperti menjahit dan mengunting pelbagai polar pakaian wanita, uniform kakitangan, pakaian penghuni, cadar, langsir dan lain-lain. Penghuni juga diajar cara menjahit sama ada menggunakan mesin jahit atau pun jahitan tangan. Disini juga terdapat kemahiran mempelajari jahitan sulaman daripada mesin sulaman.

4.2 Bengkel Kraftangan

Bengkel ini menempatkan penghuni yang baru masuk iaitu, seramai (01) orang. Kebanyakan penghuni baru masuk akan ditempatkan di sini. Bengkel ini menyediakan kemahiran asas seperti mengait, menjahit crostich, membuat alas kaki dan membuat kain selimut jahitan tangan daripada perca kain, dan kemahiran lain yang mudah dipelajari. Selain itu, bengkel ini menghasilkan hasil kraf daripada kertas. Kakitangan bertugas merupakan seorang Wader Penjara.

4.3 Bengkel Batik

Secara rasminya Bengkel ini telah mula beroperasi pada Mac 2002. Bengkel ini melibatkan (2) orang penghuni. Penghuni dipilih, dilatih dan dibimbing oleh kakitangan yang bertugas teknik membuat batik. Penghuni diajar semua proses membuat batik dari mencanting hingga ke proses memasak dan menjahit. Antara produk dari bengkel ini ialah kaftan, baju kurung, kemeja dan frem batik.

4.4 Bengkel Bakeri dan Kantin Sekolah

Kantin Sekolah Henry Gurney Wanita melibatkan (1) orang penghuni sahaja. Ianya menerima tempahan masakan serta menyediakan latihan kemahiran memasak kepada penghuni. Di sini, penghuni akan diberi latihan seperti penyediaan kuih-muih, biskut, memasak lauk-pauk serta penyediakan hidangan. Kakitangan terlibat merupakan seorang Wader Penjara. Pada 14. 09. 2005, Kelab Sahabat Penjara telah memberi sumbangan sebanyak RM 5 000.00 kepada Sekolah Henry Gurney Wanita untuk mewujudkan Bengkel Bakeri. Peruntukan tersebut telah digunakan sebagai permulaan untuk membeli sebuah ketuhar dan sebuah alat pengadun untuk membuat roti.

4.5 Dapur

Terdapat (1) orang penghuni yang bertugas harian di sini. Menyediakan makanan untuk semua penghuni mengikut diet yang ditetapkan. Kakitangan terlibat adalah (2) pegawai yang bergilir iaitu seorang Kopral Penjara dan seorang Warder Penjara.

FASA 4 – PRA BEBAS ( 6 BULAN HINGGA 1 TAHUN SEBELUM BEBAS )

1) Pada peringkat Fasa 4, kemudahan akan diberi kepada penghuni yang berada di SHGW setelah selama dua tahun dalam tahanan. Mereka akan dipertimbangkan untuk diberi Cuti Sementara (Parole Leave). Penghuni yang berpeluang untuk Bercuti Sementara akan berpeluang untuk di bebaskan awal daripada tarikh bebas sebenar. Antara tujuan diberi cuti selama (7) hari itu adalah untuk :

i) Memberi peluang pelajar merapatkan hubungan dengan ibu/ bapa /keluarga/ penjaga setelah lama terpisah.

ii) Melatih mereka bergaul dengan masyarakat luar

iii) Menggalakkan mereka berkelakuan baik dan rajin bekerja.

iv) Melatih mereka mempercayai diri sendiri.

v) Memberi peluang mereka mencari pekerjaan apabila dibebaskan kelak.

2) Penghuni juga diberikan beberapa sesi ceramah yang bersesuaian seperti ceramah motivasi, ceramah kerjaya, dan ceramah kemahiran sosial seperti ceramah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan sebagainya.

sumber : http://www.prison.gov.my

telegram sistem guru online