Peperiksaan UPSR di Kedah Berjalan Mengikut Jadual Sedia Ada Esok Walaupun Kedah Cuti

Peperiksaan UPSR di Kedah Berjalan Mengikut Jadual Sedia Ada Esok Walaupun Kedah Cuti

Kenyataan Media: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017 (11 September 2017)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merafak sembah takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Kedah di atas kemangkatan DYMM Al Marhum Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah.

KPM ingin memaklumkan bahawa Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR yang dijadualkan pada 11, 12, 13, 14 dan 18 September 2017 melibatkan 8085 pusat peperiksaan, 51363 petugas peperiksaan dan 443794 calon di seluruh negara diteruskan mengikut jadual sedia ada.

Semua petugas peperiksaan dan calon yang berdaftar termasuk calon UPSR di negeri Kedah dikehendaki hadir ke pusat peperiksaan bagi menduduki peperiksaan UPSR walaupun pada hari Selasa iaitu 12 September 2017 diisytiharkan sebagai hari cuti kelepasan negeri.

Sekian, terima kasih.

Kementerian Pendidikan Malaysia
11 September 2017