Berita hMetro : Sampai Hati Hentak Guru
GURU wanita sekolah rendah di Lahad Datu menerima 17 jahitan di kepala selepas dihentak dengan batu oleh pelajar sekolah menengah di surau sekolah guru itu, kelmarin.
Pada kejadian 1.50 tengah hari itu, suspek, pelajar lelaki, 13, dikatakan bertindak demikian ketika mahu mencuri duit milik guru wanita, 23, itu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, ketika kejadian, guru terbabit sedang solat Zohor di surau sekolah tempatnya mengajar.
“Ketika tahiyat akhir… suspek (pelajar) menghentak guru terbabit dengan batu kerana bimbang mangsa menyedari duitnya dicuri.
“Berikutan itu, guru terbabit menjerit sebelum pengawal keselamatan serta guru lain yang terdengar jeritan itu segera menangkap suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ramli berkata, siasatan mendapati suspek ponteng sekolah dan datang ke surau sekolah tempat mangsa mengajar dipercayai untuk mencuri.
“Suspek kini direman mengikut Seksyen 393/324 Kanun Keseksaan.
“Guru wanita yang menerima 17 jahitan bagaimanapun dilaporkan stabil,” katanya.
Difahamkan, sekolah rendah itu terletak berhampiran dengan sekolah menengah.
Sumber : Harian Metro
Masalah Disiplin dan Sosial Makin Parah!
Saban hari makin banyak kes jenayah yang berlaku tidak kira di dalam atau luar kawasan sekolah yang melibatkan murid kita. Siapa sangka mereka yang kita anggap masih kecil ini sudah mampu bertindak diluar batas.
Persoalan yang timbul, adakah mereka sedar tentang wujudnya “batas” perlakuan ini. Adakah mereka dididik dengan sempurna. Tepuk dada tanya iman. Kami mahu respon dari anda semua. Sila komen.