Kes Cuti Sakit MC Guru dan Hak Ketua Jabatan Meluluskan Cuti

cikgu-kena-tahan-wad-sekolah-panggil-mengajar-sebab-tak-ada-cikgu

Kes Cuti Sakit MC Guru dan Hak Ketua Jabatan Meluluskan Cuti ini sebenarnya ramai diantara kita yang mungkin tidak faham, keliru, atau mungkin tidak ambil tahu. Kes seperti ini sangat rumit juga sebenarnya kerana ianya melibatkan undang-undang iaitu pekeliling dan melibatkan atas budi bahasa. Ya, perkataan budi bahasa inilah yang kadang kala menjerat guru mahupun ketua jabatan.

Hari ini kita dikejutkan dengan satu kisah yang disebarkan di facebook. Ianya berbau seperti luahan kesedihan guru yang dipanggil untuk bekerja walhal dikatakan dia sudah diwadkan kerana sakit iaitu jangkitan kuman selepas mengalami kemalangan sebelum ini. Untuk lebih lanjut berikut penerangan tersebut.

Kena warded sebab jangkitan kuman di luka kemalangan 5 hari lepas tapi sekolah suruh datang juga esok sebab cikgu ramai tak ada. Aku berdoa aku pengsan di sekolah baru semua sedar yang aku tak sihat.

Penerangan yang admin faham ialah guru tersebut telah dimasukkan kedalam wad sebab jangkita kuman. Namun pihak sekolah minta guru ini tetap datang ke sekolah sebab ramai guru yang tidak ada di sekolah.

Jadi semua sudah faham? Admin sendiri agak keliru mulanya maka admin mulalah mencari sumber-sumber untuk admin faham kenapa pihak sekolah boleh panggil guru yang bercuti sakit ke sekolah. Bunyi agak “kejam” seperti luahan kawan kepada guru tersebut tetapi timbul pula perasaan ingin tahu adakah pihak sekolah boleh berbuat demikian. Jom admin kongsikan.

Peraturan Penerimaan Sijil Sakit Guru Selaku Penjawat Awam

 

Cuti Sakit diberi oleh Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu apabila disahkan sakit oleh Pegawai Perubatan berdaftar, Lembaga Perubatan atau Panel Doktor kerana tidak sihat untuk menjalankan tugas jawatannya.

1. Disokong dengan Sijil Sakit.

2. Kelulusan Cuti Sakit bukan hak doktor tetapi hak ketua jabatan atau perkhidmatan.

3. Tempoh pegawai perlukan cuti kerana sakit :
– 90 hari setahun termasuk 15 hari cuti sakit swasta dengan kelulusan Ketua Jabatan;
– Jika 90 hari pertama masih tidak sihat, 90 hari berikut boleh diluluskan oleh Ketua Tertentu;
– Jika masih tidak sihat selepas 180 hari cuti sakit, gunakan Cuti Rehat yang ada;
– Jika masih tidak sihat, pegawai dirujuk kepada Lembaga Perubatan untuk Cuti Sakit Lanjutan.
– Sementara menunggu keputusan Lembaga Perubatan, diberi Cuti Separuh Gaji sehingga 90 hari yang diperakui oleh Lembaga Perubatan atau Cuti Tanpa Gaji jika tidak kemukakan Sijil Sakit.
– Elaun bantuan bersamaan separuh gaji dengan kebenaran Kuasa Tertentu boleh diberi kepada pegawai Cuti Tanpa Gaji tidak melebihi 90 hari.
– Jika masih tidak sihat, Lembaga Perubatan boleh syorkan sambungan masa berehat atau perakuan pegawai disarakan.
– Pegawai mengambil Cuti Sakit 45 hari atau lebih bagi tiga tahun berturut-turut boleh dirujuk kepada Lembaga Perubatan.

4. Pegawai yang mendapat Sijil Sakit semasa Cuti Rehat:
– Dalam negara – akan ditolak tempoh Cuti Rehat untuk diganti selepas ia sihat atau dikembalikan sebagai baki Cuti Rehat.
– Luar negara – tidak layak mendapat Cuti Sakit kecuali bagi tempoh sakit berlanjutan hingga ia patut balik ke Malaysia.
– Pegawai yang mendapat Sijil Sakit semasa Cuti Separuh Gaji (CSG) atau Cuti Tanpa Gaji (CTG):
– Dalam negara – tidak layak Cuti Sakit.
– Luar negara – layak Cuti Sakit selepas tamat tempoh CSG atau CTG jika berlanjutan hingga ia patut balik.

5. Peraturan Sijil Sakit Swasta
Kerajaan telah meminda peraturan penerimaan Sijil Cuti Sakit hospital/klinik swasta iaitu :-
– Pesakit luar tidak lebih 15 hari.
– Pesakit dalam tidak melebihi 180 hari.
– Walaubagaimana pun cuti sakit swasta + kerajaan tidak lebih 180 hari (90 hari pertama ketua jabatan & 90 hari berikutnya kuasa tertentu)
– Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan 2/2006 –Pindaan Peraturan Penerimaan Sijil Sakit Swasta Untuk Tujuan Kemudahan CutiSakit.

6. Cuti Sakit Lanjutan
-Lembaga perubatan boleh mencadangkan Cuti Sakit Lanjutan kepada pegawai yang telah menghabis Cuti Sakit bergaji penuh 180 hari.
– Tidak lebih 180 hari.
– Terlebih dahulu menggunakan baki Cuti Rehat yang ada.
– Dibayar separuh gaji bagi tempoh 90 hari dengan kelulusan Kuasa Tertentu atau Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji jika tiada Sijil Sakit
– Pegawai dirujuk sekali lagi diakhir tempoh Cuti Sakit Lanjutan untuk syor dibersarakan atau sambungan masa berehat.
– Boleh diulangi tahun berikutnya dan dibersarakan jika masih tidak sihat.

Sumber dari SK PANJI.

Kesimpulan Kes dari Pandangan Dhaif Admin

Pihak sekolah boleh memanggil guru yang cuti sakit untuk datang ke sekolah (tidak kira sama ada untuk mengajar atau rehat di sekolah) tetapi mungkin tindakan pihak sekolah untuk memanggil guru yang telah diwadkan dengan alasan kekurangan guru adalah kurang wajar. Kita semua rasanya pasti pernah sakit, dan ketika sakit hanya Allah sahaja yang tahu macam mana keadaan badan kita yang penat dan lelah. Berehat di sekolah pastinya tidak sama dengan menerima rawatan di hospital.

Hal ini kerana kesihatan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit semata-mata. Sebaiknya berbincanglah dan pihak pentadbir perlu ada sifat empati kepada guru. Namun, mungkin juga dek kerana ada kes penipuan cuti sakit (kes beli MC dan seumpamanya) menyebabkan pihak pentadbir lebih berhati-hati. Buat guru tersebut, bersabarlah kerana Allah sentiasa ada bersama orang yang sabar.

A. Jenis Cuti Guru-Guru Layak Mohon Tidak Menjejaskan Pencen / Ganjaran

Alang-alang sudah sebut mengenai cuti ini mari admin kongsikan sedikit info bermanfaat mengenai jenis cuti yang layak dimohon oleh guru yang tidak menjejaskan pencen.

Jenis Cuti Guru-Guru Layak Mohon Tidak Menjejaskan Pencen / Ganjaran

Jelas bukan? Rasanya penjelasan berbentuk jadual ini benar-benar dapat membantu kita untuk cepat faham.

B. Jenis Cuti Guru-Guru Layak Mohon Yang Menjejaskan Pencen/ Ganjaran

Kalau tadi cuti yang tidak menjejaskan pencen sekarang ini admin nak kongsikan pula jadual mengenai cuti guru yang layak di mohon tetapi akan menjejaskan pencen atau ganjaran.

B. CUTI YANG MENJEJASKAN PENCEN / GANJARAN

Baiklah itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat. Tinggalkan komen anda di bawah ya.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook