Soalan Akhir Tahun 2019

Guru Tawar Hati Murid Kurang Ajar

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

murid-kurang-ajar

Assalamualaikum. Tiada perkataan yang tepat yang mampu admin SGO kongsikan kali ini. Perasaan marah, sedih, keliru semuanya datang pada masa sama. Kenapa teruk benar generasi anak kita? Dimana silapnya?

Sebelum lebih panjang admin bercerita mari kita baca perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Salleh ini yang diharap dapat membuka mata masyarakat.

Bila Guru Tawar Hati, Tunggulah Saat Kehancuran. Percayalah!

Kami para guru disekolah seluruh negara tidak pernah membuat tayangan cerita ‘blue’ kat murid-murid. Apatah lagi kat murid sekolah rendah. Jadi dari mana mereka belajar tentang hal ini? Sehingga melukis gambar lucah cikgu sendiri dan berkongsi pula dengan rakan-rakan.

murid nak rogol cikgu

Amat menyedihkan akhlak anak-anak sekarang, berani mengugut untuk merogol guru mereka sendiri. Ugutan ROGOL tuan puan. Bukan ugutan mencalar kereta atau sekadar melawan dengan kata-kata.

Lebih menyedihkan, ugutan ini keluar dari murid sekolah rendah. Yang usianya belum pun mencapai 13 tahun lagi. Apa hal ini kita masih boleh menutup mata? Semalam saya berkongsi gambar pelajar lelaki yang mengacungkan jari tengah (simbol fuck) kepada guru mereka.

murid tunjuk jari fuck
Gambar dari fb cikgu Mohd Fadli Salleh

Hari ini guru tersebut bercerita..

” Murid-murid ini tidur di atas meja kat belakang kelas. Maka aku tutup kipas nak bagi mereka sedar. Murid itu dengan berang berkata,

‘ Pantat mana yang tutup kipas ni.'”

Hati guru mana yang mampu bersabar kalau dipanggil ‘pantat’? Satu gelaran lucah yang amat biadab terhadap seorang guru.

Sangat kurang ajar!

Maka guru itu bertindak balas. Dia ambil gulungan kain dan pukul murid itu. Gulungan kain tuan puan, bukan pukul pakai kayu baseball. Tiada luka, tiada lebam.

Namun murid itu mengadu guru itu memukulnya dengan besi. Sehingga guru itu dipanggil pentadbir dan dikenakan tindakan.

Alangkah peliknya dunia pendidikan zaman sekarang. Murid biadab, guru cuba mendidik. Namun guru pula yang kena tindakan.

Apa itu tidak pelik?

Dan begitulah selalunya. Apa jua tindakan guru, anak-anak pulang melapor kepada ibubapa dengan kisah yang diputar belit. Ibu bapa datang menyerang, datang membuat aduan malah ada yang memfailkan saman.

Maka akhirnya, guru juga yang bersalah. Guru juga yang dikenakan tindakan. Dan sahabat saya itu, kini hatinya sudah tawar. Tawar sudah hendak menegur dan mendidik.

” Aku buat kerja aku saja. Malas dah nak ambil tahu dan didik lebih-lebih. Aku serik.”

Bilamana sang guru mulai tawar hati dan tidak lagi mempedulikan anak-anak kita, maka tunggulah saat kehancuran. Percayalah!

Masalah Disiplin Pelajar Makin..?

Rasanya setiap orang ada pegangan, pandangan dan harapan masing-masing. Bagi admin, pegangan admin ialah jika didikan dari ibubapa terlalu manjakan anak, jika ibubapa tidak hormati guru, jika ibubapa tidak didik anak dengan agama, maka nantikan sahaja generasi ini akan semakin teruk.

Kenapa? Kerana pandangan admin mudah sahaja, anak-anak adalah ibarat kain putih yang mana kita sebagai ibubapa yang akan mencorakkan peribadi mereka. Jika kita merokok, adakah mampu kita halang anak-anak kita merokok? Jika kita bangun lewat dan tidak solat, adakah mampu kita didik anak kita untuk bangun awal pagi dan solat? Jadi sifirnya mudah bukan?

Akhir sekali, harapan admin ialah sebaiknya ibubapa didik anak dengan penuh ketegasan dan hikmah. Didikan yang baik pastinya bermula dari rumah. Ibubapa pula perlu hormat pada guru barulah anak-anak akan turut hormat pada guru.

Apa pandangan anda semua pula. Komen!

telegram sistemguruonline