Garis Panduan Pelaksanaan Penetapan Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat

Penetapan Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat
Penetapan Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat

Tujuan Pindaan Bagi Penetapan Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat

Untuk pengetahuan semua, tujuan garis panduan ini dibuat ialah untuk menjelaskan kaedah penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat berikutan berkuatkuasanya Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) (Pindaan) 2017 [P.U.(A)163/2017].

Defini yang diguna Pakai dalam Huraian Ini

Bagi maksud garis panduan ini :

“Gred terdahulu” bermaksud gred hakiki terakhir pegawai sebelum dinaikkan pangkat, dan

“Gred akhir” bermaksud gaji yang diterima di gred terdahulu yang akan digunakan untuk tujuan penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat. Gaji akhir ini adalah gaji yang telah mengambil kira Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) pada tahun kenaikan pangkat (meliputi PGT yang telah diawalkan berikutan daripada kenaikan pangkat).

Dasar Baharu

Penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat telah ditambah baik mengikut kaedah baharu iaitu gaji akhir di gred terdahulu hendaklah ditambah dengan :

i) Kadar kenaikan gaji tahunan di gred kenaikan pangkat: atau
ii) Kadar kenaikan gaji tahunan terakhir diterima di gred terdahulu mengikut mana yang lebih tinggi, mulai tarikh kenaikan pangkatnya.

Untuk pengetahuan semua, pelaksanaan penetapa gaji permulaan ini melibatkan pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya berkuat kuasa mulai 1 Mei 2017.

Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat

Selaras dengan dasar baharu ini, gaji permulaan bagi seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah ditetapkan pada amaun gaji yang lebih tinggi daripada amaun gaji akhir di gred terdahulu seperti berikut:

i) Gaji akhir di gred terdahulu hendaklah ditambah dengan :
– kadar kenaikan gaji tahunan di gred kenaikan pangkat: atau
– kadar kenaikan gaji tahunan terakhir diterima di gred terdahulu, mengikut mana yang lebih tinggi, mulai tarikh kenaikan pangkatnya.

ii) Selepas penambahan gaji akhir di gred terdahulu di atas, sekiranya amaun gaji adalah lebih rendah daripada gaji minimun di gred kenaikan pangkat, maka gaji permulaan kenaikan pangkat pegawai hendaklah ditetapkan pada gaji minimum di gred kenaikan pangkat.

ii) Jika seseorang pegawai dinaikkan pangkat sebelum atau sama dengan tarikh pergerakan gaji pegawai dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulunya, jika ada, hendaklah diberik terlebih dahulu sebelum menentukan gaji permulaan dalam jawatan kenaikan pangkat.

Sekiranya selepas ditetapkan gaji kenaikan pangkat seperti di atas, gaji permulaan kenaikan pangkat lebih tinggi daripada gaji maksimum di gred kenaikan pangkat, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan kepada JPA (Bahagian Saraan) untuk diwujudkan gaji secara Khas Untuk Penyandang (KUP).

Bagi pegawai yang gaji akhirnya di gred terdahulu telah melepasi gaji maksimum, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat kepada JPA (Bahagian Perkhidmatan).

Contoh kaedah penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat adalah seperti berikut :

Contoh 1

Garis Panduan Pelaksanaan Penetapan Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat
sumber dari http://www.jpa.gov.my

Contoh 2

Garis Panduan Pelaksanaan Penetapan Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat
Sumber http://www.jpa.gov.my

Pelarasan Gaji Kenaikan Pangkat Dengan Elaun Pemangkuan

Pemakluman mengenai kelulusan kenaikan pangkat adalah dibuat melalui surat penyiaran kenaikan pangkat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan. Oleh itu, bayaran elaun pemangkuan bagi pegawai yang memangku hendaklah dihentikan mulai daripada tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat.

Kaedah pelarasan gaji kenaikan pangkat dnegan elaun pemangkuan adalah seperti di Lampiran A. Elain pemangkuan yang dibayar kepada pegawai selepas daripada tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat hendaklah dikutip balik.

Bagi apa-apa pelarasan gaji kenaikan pangkat dengan elaun pemangkuan, jika terdapat perbezaan negatif iaitu jumlah pelarasan gaji kenaikan pangkat kurang daripada jumlah elain pemangkuan yang telah dibayar bagi tempoh mulai tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat sehingga tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat, perbezaan tersebut jika ada, tidak perlu dikutip balik daripada pegawai berkenaan. Manakala jika ada perbezaan yang positif, iaitu jumlah pelarasan gaji kenaikan pangkat melebihi daripada jumlah elaun pemangkuan, Jabatan hendaklah membayar perbezaan tersebut kepada pegawai.

Tarikh Kuat Kuasa

Peraturan ini berkuat kuasa mulai 1 Mei 2017.

Pembatalan

Dengan berkuatkuasanya peraturan ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 tahun 2017 – Kaedah Penetapan Gaji Permulaan dan Pelarasan Gaji Kenaikan Pangkat dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2008 – Kaedah Pelarasan Gaji Kenaikan Pangkat Dengan Elaun Pemangkuan adalah dibatalkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan peraturan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dna Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Sumber asal : http://www.jpa.gov.my

Download Surat Edaran : Garis Panduan Pelaksanaan Penetapan Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat