Surat Cinta Murid Si Fatimah Kepada Cikgu Hanafi yang Hensem

surat-cinta-murid

Surat Cinta Fatimah kepada Cikgu Hanafi. Termenung sekejap admin kali ini bila baca post yang tular di facebook. Tak habis-habis nampaknya kes cinta atau anak murid suka pada cikgu ini.

Mungkin secara lumrah alam setiap orang ada minat yang tersendiri dan murid ini yang bernama Fatimah nampaknya minat pada cikgunya. Cikgu Hanafi yang memang sangat “smart” dan “handsome” ini nampaknya mempunyai daya tarikan yang hebat kepada anak murid. Tahniah cikgu kerana pastinya banyak kesan positif kepada pembelajaran murid hendaknya.

Berbalik kepada kisah Fatimah ini. Mari kita baca sedikit mengenai kisah surat ini.

Surat Fatimah Kepada Cikgu Hanafi

surat cinta cikgu hanafi dari fatimah
Sampul surat ke ini?

 

” Assalamualaikum cikgu hensem, semalam cikgu senyum pada Shila, saya cemburu tau. Cikgu minggu lepas dan senyum pada saya. Saya dah terima cinta cikgu. Cikgu jangan mainkan cinta saya boleh? Boleh tak? Cakap lah? Saya menangis ni cikgu. Saya cuti hari ini sebab sakit hati, mak saya belum tahu. ”

Nampaknya ini seperti kes cemburu! Aduhai kes cemburu ini tak kira lelaki atau perempuan, pastinya semua ada sifat cemburu mungkin. Tetapi itulah, baru sekolah rendah dah pandai nak bercinta dan suka pada cikgu ya.

Kepada adik Fatimah, belajar dahulu kerana masih jauh lagi perjalanan adik sebenarnya. Jangan kata adik yang belum UPSR, kakak dan abang yang sudah ada Ijazah pun belum tentu cerah masa depannya zaman sekarang ini.

Jadi belajarlah dahulu. Masih banyak perkara yang adik perlu tahu. Kesian ibubapa dirumah yang mencari rezeki untuk menyara adik ke sekolah. Betul tak?

Sudut Positif Cikgu “Smart, Handsome, Cantik” Kepada Murid

Sebelum ini admin pernah berkongsi tentang 5 Ciri Guru Idaman Murid. Masih ingat? Disana admin ada berkongsi ciri-ciri yang dapat membantu menarik hati dan minat murid untuk belajar. Sudah semestinya jika hati mereka tertambat pasti mudah untuk mereka menerima pembelajaran dari cikgu.

Disini, sebagai guru yang mempunyai penambilan yang sangat hebat maka pastinya ianya mempunyai kelebihan yang besar. Kita secara fitrah suka dan tertarik dengan benda atau sesuatu yang cantik jadi adalah satu pakej istimewa jika guru mempunyai ciri-ciri menawan dan segak.

Contoh mudahnya jika dahulu murid ini kerap tidur atau suka bermain di dalam kelas kerana tidak berminat dengan proses P&P. Kemudian guru yang cantik, handsome dan segak ini mengajar mereka. Mungkin selepas itu mereka tidak tidur dan tidak bermain di dalam kelas seperti sebelum ini. Mungkin selepas itu mereka akan suka melihat cikgu, mendengar cikgu bercakap, melihat aksi telatah cikgu hinggakan apa yang dilafazkan cikgu terus melekat di dalam kepada mereka. Betul tak?

Sebagai penutup, belajar lah dahulu sebelum mengejar cinta. Dahulu sangat terkenal istilah atau kata-kata ini.

“Kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta”

Sumber : Viral D Viral

 

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook

telegram sistem guru online