Saturday, August 19, 2017

Pelajar di Benar Bawa Peranti Tablet Selain Telefon ke Sekolah

KPM Benar Murid Bawa Peranti Tablet akhirnya menjadi kenyataan apabila ianya diumukan oleh KPM. Hendak percaya atau tidak, maka kita terpaksa percaya dan mungkin menerima apa yang telah dikeluarkan ini. Namun begitu, rasanya buat masa ini masih belum ada lagi satu garis panduan lengkap mengenai penggunaan peranti ini di sekolah.

Persoalan yang timbul, adakah ianya akan membawa lebih banyak kebaikan dari keburukan? Sama ada kepada sekolah, guru atau murid. Mari kita lihat apa yang diumumkan oleh KPM yang terbaru ini.

KPM Umum Memberi Kebenaran Murid Bawa Peranti Table ke Sekolah

BENTONG 8 Ogos – Kementerian Pendidikan akan membenarkan murid dan pelajar sekolah di negara ini membawa alat peranti ke sekolah awal tahun depan selaras perkembangan teknologi dalam bidang berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihak­nya ini sedang merangka peraturan serta pekeliling bagi menetapkan penggunaan serta jenis alat peranti yang dibenarkan dibawa ke sekolah.

“Waktu penggunaannya belum ditetapkan, pada masa ini hanya tablet dibenarkan dan pelajar dilarang membawa telefon bimbit kerana dilihat mampu mengganggu dan menjejaskan tumpuan pelajar dalam kelas.

“Berdasarkan pemerhatian, sesetengah negara membenarkan penggunaan alat ini dalam tempoh dua jam dan ada negara yang menggunakannya mengikut subjek,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pengurusan dan Kepe­mimpinan Pendidikan Nasional Ke-24 di Institut Aminuddin Baki di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad dan Ke­tua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof.

Mahdzir membe­ritahu, pihak­nya melihat penggunaan peranti di sekolah sejajar gelombang teknologi dunia kerana keba­nyakan negara maju sudah membenarkan pelajar mereka membawa alatan tersebut ke sekolah.

Jelasnya, kementerian sedia melakukan transformasi bidang pendidikan justeru akan berusaha memperluaskan capai­an jalur le­bar di setiap sekolah.

“Capaian internet meluas kerana daripada 10,000 buah sekolah di negara ini, lebih 6,000 daripadanya mempunyai capaian internet,” ujarnya.

Mengenai pembelajaran digital, beliau menyatakan, pihaknya belum mewajibkan penggunaannya dalam sesi pembelajaran berikutan terdapat sekolah yang masih kurang berkemampuan untuk melakukannya.

Pada 18 April lalu, Kementerian Pendidikan mengumumkan cadangan membenarkan pelajar di negara ini membawa alat per­anti ke sekolah sebagai usaha membantu proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam kelas mengikut masa dan subjek yang akan ditetapkan.

Sumber : https://www.utusan.com.my/

Kebaikan atau Kelebihan Bawa Peranti Tablet ke Sekolah

Biasanya sesuatu yang dilaksanakan oleh KPM akan melalui satu proses yang panjang dahulu penilaiannya. Mungkin kali ini, penilaian yang dibuat akan lebih rumit kerana ianya melibatkan keputusan yang sangat penting yang akan membawa perubahan besar dalam sistem pendidikan negara. Malah, mampu memberi kesan kepada anak bangsa.

Jadi, apa yang admin dapat dilihat secara positifnya mengenai pelaksanaan ini ialah :

  1. Kementerian sedang melakukan transformasi bidang pendidikan yang besar di negara kita.
  2. Pelaksanaan Pembelajaran Digital mungkin mampu dilaksanakan dalam masa terdekat bagi sekolah yang mampu dari segi capaian internet dan keperluan gadget.
  3. Penggunaan peranti di sekolah sejajar gelombang teknologi dunia kerana keba­nyakan negara maju sudah membenarkan pelajar mereka membawa alatan tersebut ke sekolah.
  4. Murid akan lebih suka belajar kerana mempunyai visual, pergerakan, permainan dan muzik. Gabungan unsur ini sangat penting.

Apa lagi? Cuba anda kongsikan kepada kami.

Komen Netizen Apabila KPM Benarkan Murid Bawa Peranti Tablet ke Sekolah

 

  1. Banyak masalah akan timbul. Jika dibenarkan.

2. Tiada kepentinganpun bawa benda macam ini ke sekolah. Sebagai contoh, kawan jatuh kerusi lepas itu rakannya rakam dan share ke youtube. Tak ke malu dia? Keyakinan diri hilang dan boleh jadi kes bunuh diri pula. Kalau dulu mengejek sahaja, sekarang boleh kongsi 1 dunia tengok. Nak bawa telefon boleh tapi penggunaan bukan di waktu sekolah luar waktu sekolah nak pakai telefon ke terpulang. Lagi satu kalau dah bawa ipad, sah-sah peragut nampak barang baik.

3. Ibubapa minta anak-anak dibenarkan bawa telefon ke sekolah. Bila pelajaran anak-anak merosot, ibubapa marah cikgu pula. Cikgu rotan anak dia, dia datang marah-marah cikgu di sekolah. Bila cikgu tak rotan, anak dia jadi kurang ajarpun dia datang sekolah marah cikgu. Semuanya salahkan cikgu.

4. Maaf bersuara, jika diizinkan membawa tablet, sama ertinya membawa masalah bersama. Harap maklum.

Dan sebenarnya masih banyak lagi respon yang diterima daripada masyarakat mengenai hal ini. Kebanyakkannya rata-rata memberikan feedback yang negatif.

Kebimbangan Perkara Buruk Terjadi dan Tersebar

Pastinya dari komen netizen yang dikongsikan tadi banyak perkara buruk yang bermain di fikiran kita. Antaranya ialah yang turut disampaikan dalam bentuk gambar atau komik ringkas ini.

Sumber : http://buasirotak.blogspot.com/

Ini adalah contoh sahaja dan pastinya ianya sesuatu yang sangat ditakuti. Berikut admin senaraikan antara kebimbangan yang mungkin berlaku jika kebenaran membawa tablet ini diteruskan.

  1. Penyebaran video lucah dikalangan murid.
  2. Kes viral mengenai guru atau murid akan lebih meluas.
  3. Murid leka bermain permainan video.
  4. Kes kecurian meningkat.
  5. Kes ugut rakan untuk menyebarkan video akan meningkat.
  6. Guru hilang privacy mengajar kerana akan ada murid merakam guru mengajar yang boleh membawa kepada salah faham dan tular.
  7. Dll

Jadi, nampaknya pelbagai perkara negatif mungkin berlaku jika hal ini diteruskan pada masa hadapan. Namun begitu, nampaknya masih belum ada garis panduan jelas yang dikeluarkan oleh KPM. Maka sukar untuk diperkatakan dengan jelas mengenai isu ini.

Beringat Sebelum Terjadi

Buat KPM, berinagt sebelum kena. Jangan sampai nasi sudah jadi bubur. Kebimbangan yang ada pastinya berasas. Bukan sekadar bual kosong sahaja. Kita bimbang kerana perkara ini bakal memberikan kesan kepada pendidikan negara dan generasi pelapis pemimpin negara kita.

Sebagai masyarakat, apa respon ada?

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook

Tuliskan Sesuatu. Tinggalkan Komen Anda.