Pelajar Autisme Muhammad Amsyar Anas Ramlee Buat Netizen Terlopong Lihat Lukisan Ultraman

Pelajar Autisme buka mata netizen. Semalam sempat juga admin SGO kongsikan di dalam facebook kami mengenai pelajar autisme ini. Memang sangat hebat! Lihat berapa ramai yang komen positif dan share. Semuanya rata-rata kagum dengan lukisan adik ini.

PETALING JAYA: Ibarat mempunyai ‘kuasa’ luar biasa, seorang pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran berjaya ‘menterjemahkan’ salasilah keluarga adiwira Ultraman dari dunia imaginasinya ke dalam sebuah buku latihan.

Muhammad Amsyar Anas Ramlee, 18, membuatkan netizen terlopong seketika apabila mereka melihat lukisan keluarga besar Ultraman yang dilukisnya tular di media sosial.

Rata-rata memuji lukisan tersebut yang dilihat kemas dan dihasilkan dengan cukup teliti.

Hasil karya pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok, Sungai Petani, Kedah itu telah dimuat naik di Facebook oleh gurunya, Nurul Izani Ainun Ahmad Zani, 30, pagi Isnin, yang turut kagum dengan bakat anak didiknya itu.

Ketika dihubungi mStar Online, Nurul Izani Ainun berkata beliau sudah lama mengesan minat dan bakat pelajar autistiknya itu tetapi tidak menyangka anak didiknya itu mempunyai koleksi lukisan adiwira yang sangat banyak dan bermacam saiz.

“Dari awal tahun saya perasan dia suka melukis tapi tak sangka pula dia ada banyak koleksi.

“Selalunya saya nampak dia lukis adiwira bersaiz besar saja, tapi bila saya ternampak dia lukis yang kecil-kecil tu dan jumlahnya banyak, saya terus minta untuk ambil gambar dan kongsi di Facebook,” katanya.

Menurut guru subjek Literasi Komputer ini, pelajar tingkatan empat berkenaan telah mengumpulkan watak-watak adiwira kegemarannya seperti Ultraman dan Power Rangers yang dilukisanya di dalam buku latihan khas.

“Pertama kali saya nampak lukisan kecil-kecil tu tu, saya terus kata ‘wow banyaknya awak lukis’.

“Saya sedar dia minat melukis bila dia selalu jadi pelajar paling awal masuk kelas saya dan keluar paling lambat semata-mata nak guna komputer buat rujukan gambar adiwira sebelum mula melukis,” katanya.

Sumber berita dari : http://www.mstar.com.my/

Gambar : siakapkeli dan mstar.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook

Tuliskan Sesuatu. Tinggalkan Komen Anda.