Murid Letak Cacing Tanah dalam Nasi Milik Kawan di Sekolah

cacing-dalam-nasi

Letak Cacing dalam nasi! Memang suatu perkara yang memang tidak boleh diterima akal namun itulah yang berlaku di sekolah hari ini. Satu perbuatan yang bagi admin sangat tidak wajar dan ianya bukan gurauan.

Kes Letak Cacing Dalam Nasi

cacing dalam nasi
Kredit : Hafizul H

Nasi yang di makan adalah rezeki dan bukan untuk bermain. Meletakkan benda kotor di dalam rezeki adalah suatu tindakan yang memang sangat tidak patut.

Mari kita lihat apa yang berlaku disini. Dikatakan murid ini telah bergurau dengan meletakkan cacing di dalam pinggan nasi ayam kawannya. Cacing ini ialah cacing tanah yang seperti di dalam gambar berukuran besar. Berikut chat guru terbabit mengenai hal ini.

cacing dalam nasi
Kredit : Hafizul H

Kes sebegini dilihat seperti telah tular. Bergurau tidak kena pada tempat. Ianya satu perbuatan yang sangat zalim dan salah. Sebelum ini kes murid yang dikatakan telah meletakkan racun lipas di dalam mee juga telah tular.

Kes Murid Tingkatan 1 Beri Mee Goreng Campur Racun Lipas

Gara-gara gurauan keterlaluan, seorang pelajar lelaki dari sebuah sekolah menengah di Sri Aman menerima padah apabila ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai telah meletak racun lipas dalam mi goreng sebelum diberikan kepada rakannya, lapor Harian Metro.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, pelajar berkenaan yang berumur 13 tahun telah memberikan mee goreng berkenaan kepada rakan sekelasnya pada 9.30 pagi.

Rakannya yang tidak tahu dalam mee goreng tersebut mengandungai racun lipas telah memakan makanan itu tanpa curiga mengakibatkan dia tiba-tiba rasa mual dan muntah beberapa minit kemudian yang membuatkan suspek ketakutan.

“Suspek yang cemas kemudiannya menyerahkan racun berkenaan kepada rakan sekelasnya kerana bimbang tindakannya diketahui namun rakan sekelasnya terus memaklumkan kejadian kepada guru.

“Melihat mangsa yang lemah menyebabkan sekolah bergegas menghantarnya ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut sebelum memaklumkan kejadian kepada bapanya,” katanya.


Menurut beliau, selepas mengetahui kejadian itu menimpa anaknya, bapa pelajar itu telah bertindak membuat satu laporan polis di Balai Polis Sri Aman, pada 2.30 petang semalam.

Tidak lama selepas itu sepasukan polis telah bertindak menahan pelajar itu di rumahnya di Taman Sri Jaya tidak lama selepas itu.

Beliau juga mengesahkan hanya seorang mangsa terlibat dalam kejadian itu dan polis merampas sebungkus racun lipas daripada suspek untuk siasatan lanjut.

“Mangsa kini masih dirawat di Hospital Sri Aman manakala suspek sudah dibebaskan dengan jaminan selepas polis selesai mengambil keterangan daripadanya.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera menggunakan racun yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Sumber : http://www.siakapkeli.my

Kenapa Hal ini Berlaku! Bergurau Tidak Kena Tempat

Kes seperti ini sepertinya mungkin ada 3 faktor utama, ianya hanyalah pandangan umum iaitu :

  1. Murid bergurau tanpa berfikir panjang akan kesan akibat yang membahayakan diri mangsa juga tindakan undang-undang kepada yang melakukannya.
  2. Murid berniat untuk membuli mangsa. Kes buli yang mungkin berlaku tanpa sedar mungkin sahaja berlaku sehingga tahap ini. Ya, hal ini perlu dipandang serius kerana kes buli perlu kita perangi.
  3. Murid berniat membalas dendam kerana menjadi mangsa buli. Jika kita letak diri kita pada kedudukan mangsa buli, pasti sahaja pelbagai cara digunakan untuk melarikan diri atau membalas dendam. Jika cara betul gagal, mungkin mangsa buli akan gunakan cara yang salah. Namun, itu semua tidak menghalalkan apa yang salah. Oleh sebab itu, bimbingan yang betul dan berterus diperlukan di peringkat sekolah bagi mengatasi masalah ini.

Apa Respon Anda Sebagai Guru atau Masyarakat?

Kes sebegini sebenarnya jauh menyimpang dari ajaran agama islam terutamanya yang mengajar kebersihan dan keperluan kita untuk menjaga hubungan sesama manusia (hablun minannas).

Jadi, secara jujurnya cuba kongsikan pengalaman dan respond anda kepada kami.

telegram sistem guru online