Benarkah Nyanyian Lagu “Aku Negaraku” Naikkan Prestasi Sekolah 5 – 10% Komen Cikgu Lelaki Ini

Seperti yang ramai sudah ketahui, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah mewajibkan satu lagi untuk dinyanyikan di perhimpunan sekolah iatu lagu Aku Negaraku nyanyian  Aizat Amdan dan Suki sempena program Ekspresi Negaraku di Putrajaya.

Lirik Aku Negaraku

Ku sedar Tanah Air Aku Bertuah
Disini Tempatku Berjasa
Ku Sedar Sempurna Hidupku Disini
Malaysia ku Terhutang Budi

**chorus**
===========================================

Aku Negaraku
dihati ku negaraku
Sememangnya Negaraku Maju
Negaraku Tanah Tumpah Darahku

Aku Negaraku
dihati ku negaraku
Selamanya Aku Negaraku

Satu

=============================================

Kita Bersama Membina Masa Depan
Semangat Setinggi Angkasa
Kita Bersama Bersyukur Pada Tuhan
KepadaNya kita Berserah

Ulang **Chorus x1

Ku laungkan Namamu Keseluruh dunia
Malaysia Aku Bahagia

Ulang **Chorus x 1
Aku Negaraku

Pekeliling Mengenai Nyanyai Lagu Aku Negaraku di Perhimpunan Sekolah

Masalah & Ketidaksuaian Lagu Aku Negaraku di Nyanyikan di Perhimpunan

Lagu Aku Negaraku wajib untuk dinyanyikan dlm perhimpunan sekolah. Kalau sekolah saya ada 4 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.

Ulasan saya untuk Lagu Aku Negaraku sangat tidak sesuai dinyanyikan dlm perhimpunan sekolah. Kenapa?

  1. Rentak lagu yang terlalu laju. Tempo lagu terlalu laju sangat tidak sesuai dengan lagu perhimpunan. Mahu tidak mahu murid dan guru kesusahan apabila perlu menyanyi lagu berentak laju. Adalah sangat janggal menyanyikan dalam keadaan berdiri tegak. Oleh itu, lagu ini tidak sesuai utk dinyanyikan diperhimpunan.
  2. Nyanyian berlapis-lapis. Semua sedia maklum lagu ini lagu duet. Jadi, diperhimpunan nak ikut penyanyi satu atau penyanyi kedua? Lirik belum habis nyanyi dah masuk chorus “Aku Negaraku.. Aku negaraku..” Sangat tidak sesuai dinyanyikan diperhimpunan.
  3. Tiada rentak patriotik. Lagu perhimpunan sedia maklum berentak patriotik. Ia memberikan semangat untuk dinyanyikan. Untuk lagu Aku Negaraku sama sekali tiada rentak patriotik. Ada part lagu penyanyi berteriak panjang. Jadi, lagu ni tidak sesuai dinyanyikan diperhimpunan.
  4. Lirik lagu entah apa-apa entah. Aku cuba dalami isi lirik lagu ini memandangkan aku guru muzik, guru bahasa melayu dan penulis lirik lagu. Aku tak faham apa yang nak disampaikan. Aku baca, baca, baca dan baca. Ke isinya terlalu mendalam? Oleh kerana murid yang menyanyi lagu ini. Adalah sangat penting mereka fahami dan menghayati lirik lagu tersebut. Tapi? Lagu ini tidak sesuai untuk perhimpunan.
  5. Saya mencadangkan lagu tersebut digugurkan dalam lagu perhimpunan. Kalau nak juga tambah lagu, saya cadangkan lagu “Satu Malaysia” Lim kok wing punya lagu. Lagi bagus dan ada penghayatan.

Setakat itu sahaja ulasan peribadi saya untuk lagu “Aku Negaraku”.
#cikguadiwira, Abdullah Alif Dahlan

Tuliskan Sesuatu. Tinggalkan Komen Anda.