eSPKWS Online Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah KPM

login-espkws

eSPKWS Online Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah KPM ialah satu lagi kejayaan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menjadikan sistem perakaunan sekolah menjadi lebih mudah, teratur dan bersistem. Sebenarnya, sistem online eSPKWS ini ialah sistem untuk mengemaskini segala urusan perakaunan kumpulan wang sekolah yang boleh dibuat secara online. Kali ini, Sistem Guru Online ingin berkongsi sedikit info dan penerangan ringkas tentang sistem eSPKWS ini agar guru-guru boleh turut mengetauinya dengan lebih lanjut.

eSPKWS Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah

Sistem eSPKWS Online KPM ini boleh dimasuki atau log in melalui link dibawah :

Login eSPKWS KPM

Modul Penggunaan dan Nota Hands On Mengenai eSPKWS KPM

Sila download nota dan modul berikut bagi membantu anda cara penggunaan eSPKWS ini :

Update Terbaru eSPKWS

MAKLUMAN 03.07.2017

  • Video dan Pamplet Awareness Kumpulan Wang Amanah Sekolah (KWAS)
    Bersama-sama ini dilampirkan maklumat berkaitan Video dan Pamplet Awareness KWAS untuk edaran kepada Warga KPM terutama JPN, PPD dan Sekolah-sekolah yang terlibat dalam proses Tranformasi Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah.

MAKLUMAN 23.02.2017 

  • Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 9/2016 – Pelaksanaan KSSM Secara Berperingkat Mulai Tahun 2017
    SPI KPM Bil. 9/2016 bertarikh 2 November 2016 adalah dirujuk. Lampiran 1 – Reka Bentuk dan Teknologi di bawah MATA PELAJARAN WAJIB Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi Menengah Rendah bermula dengan Tingkatan 1 termasuk Pendidikan Khas.

MAKLUMAN 23.01.2017

  • 10 MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS (MPEI)
    Surat Edaran BKEW, KPM berkaitan Panduan Penggunaan Peruntukan Bantuan Geran Perkapita bagi 10 Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) Bermula Tahun 2017 di Bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) rujukan no. KPM.800-4/1/4 Jld 12(16) bertarikh 6 Januari 2017 adalah dirujuk. Dimaklumkan bahawa mata pelajaran tersebut telah diwujudkan pada sistem eSPKWS mengikut kumpulan mata pelajaran. Pihak sekolah diminta merujuk kepada manual pengguna eSPKWS bagi prosedur Pindah Peruntukan.