PTPTN Menanti Tiada Lagi Elaun Sara Hidup Pelajar IPG PISMP

elaun pelajar pismp dihapuskan

Tiada Lagi Elaun Pelajar IPG dan PTPTN mungkin jalan terbaik untuk yang memerlukan. Percaya atau tidak itulah berita yang baru diterima. Walaupun ianya pernah kedengaran pada satu masa dahulu namun tidak disangka ianya diputuskan untuk dilaksanakan juga.

 

Status Bayaran Elaun Pelajar IPG

Bagi Pelajar PPISMP

  • Elaun Sara Hidup RM430.00
  • Yuran Pengajian RM8,963.00
  • Tambang tidak melebihi RM500.00 sekali setahun berdasarkan tuntutkan sebenar perjalanan.

Bagi Pelajar PISMP

  • Tiada sebarang bayaran Elaun.
  • Yuran Pengajian ditanggung RM27,831.00
  • Pinjaman PTPTN untuk sara hidup bagi yang memerlukan.

PTPTN Menanti Tiada Lagi Elaun Sara Hidup Pelajar IPG PISMP

Tiada Lagi Keistimewaan Masuk IPG Nak Jadi Cikgu

Bermula kemasukan pada tahun ini, Institut Pendidikan Guru tidak lagi akan menawarkan bantuan elaun kepada pelajar-pelajarnya. Elaun hanya diberikan ketika foundation sahaja. Setelah memasuki PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan), pelajar tidak lagi diberikan elaun.

Cuma katanya penginapan disediakan percuma sepanjang tempoh pengajian. Namun kita tahu, penginapan tidak akan mencukupi untuk semua pelajar. Profesion guru kini sangat mencabar dan silap setting boleh burnout.

Guru oh guru. Cikgu Loh

elaun pelajar pismp dihapuskan

Kisah Pelajar IPG

Belum pun senyap dengan isu Pelajar Ipg yang belum lambat mendapat posting diberi maklum, hari ini mendapat info bahawa selepas ini bermula Tahun pertama Ijazah (PISMP) di IPG ELAUN SUDAH TIDAK LAGI diberikan kepada para Guru Pelatih. Mungkin benar ada justifikasi yang berpatutan dengan isu ini.

Saya mendapat berita lebih kurang 300 Guru Pelatih dalam SJKT masih belum mendapat posting. Walaupun rakan rakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sudah memulakan tugas. Kenapa Hal ini boleh berlaku? Bolehkan pencerahan diberikan untuk hal ini? Saya berpendapat menjadi satu kerugian jika selepas latihan dan berapa banyak dihabiskan kepada Guru Pelatih, mereka tidak ditempatkan secepat mungkin.

Mereka adalah individu yang sangat bersemangat untuk menyumbang kepada anak bangsa,berikan mereka peluang ini. Saya yakin Rata rata Graduan IPG akan dapat melaksnakan amanah mereka sebaik mungkin. Sekarang panggilan Temuduga Baharu diterima pada 4 Julai 2017. Saya secara peribadi mengharapkan penempatan ini secepat mungkin untuk memastikan semua Pelajar ini dapat berkhidmat.

Kedua, berkenaan Elaun PISMP Yang tidak lagi diberi saya fahami tuntutan Kewangan mungkin menjadi sebab utama. Namun dalam makluman saya, ambilan pelajar IPG dewasa ini adalah sekitar 3000 orang untuk seluruh Negara. Maka jika dibanding dengan ambilan sebelum ini, bilangan ini ternyata sedikit.

Mungkin jalan penyelesaian terbaik adalah untuk dikurangkan dan bukan dihapuskan terus pemberian Elaun PISMP. Walaupun semasa PPISMP iaitu tahun persediaan ia diberi namun mengikut pengalaman apabila masuk ke sekolah untuk Praktikum dan sebagaianya. Guru Pelatih akan terlibat dengan implikasi Kewangan yang sangat besar.

Maka saya mohon pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan usaha dan inisiatif terbaik untuk Anak Anak IPG yang sememangnya Produk Kementerian yang sangat inklusif dan Sistematik dengan Latihan Yang Lengkap ini.

Nukilan
Mohd Nazrin Faiz
Ahli Parlimen Belia Malaysia merangkap Yang Dipertua GPMS Kepong

telegram sistem guru online