Mari Lakukan Ujian Personaliti Anda.

Ujian Personaliti
Ujian Personaliti

Mari Lakukan Ujian Personaliti Anda. Sistem Guru Online kali ini akan berkongsikan ujian personaliti yang ternyata tepat bagi menggambarkan diri kita yang sebenar.

Perkongsian ini dibuat sekadar ingin membantu guru guru mengenal pasti peribadi anda masing masing dengan lebih mendalam. Seterusnya jadikan personaliti itu sebagai kekuatan untuk memajukan diri dan menambah keyakinan diri.

Ianya juga boleh membantu anda memilih kaedah untuk mendekati seseorang supaya disenangi dan dengan lancar sekali.

Selain itu, jika anda membaca posting ini semasa di Sekolah ataupun di Pejabat anda mampu mengenal peribadi rakan anda dengan bertanyakan soalan berdasarkan imej diatas dan tafsirkan sendiri peribadinya melalui jawapan jawapan yang diberikan di bawah.

Cara Lakukan Ujian Personaliti?

Caranya mudah sahaja.

Sila lihat gambar yang ditunjukkan di atas, pada sekilas pandangan anda apakah gambar pertama yang anda lihat? Bagi setiap jawapan itu, sila baca penerangan mengenainya seperti di bawah.

A. Budak perempuan

Peribadi Individu:

Anda merupakan seorang yang berhati lembut, memahami orang lain, senang didekati orang lain, seorang pendengar yang baik dan berupaya menaikkan mood rakan rakan ataupun kenalan anda.

Rakan rakan anda pula jarang mendapati anda merungut mengenai masalah peribadi anda. Namun sebenarnya anda sangat sensitif dengan emosi dan lebih cenderung untuk membahagiakan orang lain.

Pandangan Rakan kepada Anda:

Rakan rakan anda melihat anda orang yang senang dan kaya, emosional namun masih rasional. Anda seorang yang simple, jujur dan pandai mengambil hati ataupun romantis.

Mereka suka mencari anda kerana anda pendengar masalah mereka selain punyai sifat semula jadi yang mudah didekati. Ianya merupakan faktor anda boleh mesra kepada sesiapa sahaja tidak kira generasi muda mahupun tua.

Pandangan Keluarga kepada Anda:

Mereka melihat anda seorang yang relax, tidak cepat marah, tenang dan pentingkan kebahagiaan individu sekeliling anda.

Sikap ini juga menyebabkan anda seorang yang sangat setia bahkan tidak berkira untuk keluarkan duit kepada orang lain, sanggup memikul tanggungjawab bersama sama sahabat, rakan, pasangan, keluarga, adik beradik dan lain lain lagi.

 

B. Tengkorak

Peribadi Individu:

Anda seorang yang bersikap klasik, berfikir secara logik dan suka berkomunikasi dengan masyarakat luar kerana ingin mengenali latar belakang individu yang berbeza beza.

Anda juga punyai dual personaliti iaitu kadang kala sangat mesra dan kadang kala terus berdiam diri. Ini menyebabkan orang lain di persekitaran anda merasakan anda penuh dengan kejutan.

Pandangan Rakan kepada Anda:

Personaliti anda adalah ketara dari segi dalaman dan luaran. Anda mampu menjadi dinamik dan pendiam, realiti dan imaginasi, dan bertindak melakukan keputusan bergantung kepada situasi semasa.

Orang lain akan garu kepala kerana karakter ini sukar diduga dan juga punyai naluri yang kuat. Anda seorang yang friendly namun tidak terpengaruh kepada sesiapa.

Pandangan Keluarga kepada Anda:

Mereka melihat anda seorang yang relax, tidak cepat marah, tenang dan pentingkan kebahagiaan individu sekeliling anda.

Sikap ini juga menyebabkan anda seorang yang sangat setia bahkan tidak berkira untuk keluarkan duit kepada orang lain, sanggup memikul tanggungjawab bersama sama sahabat, rakan, pasangan, keluarga, adik beradik dan lain lain lagi.

 

C. Rama-rama

Peribadi Individu:

Personaliti anda adalah ketara dari segi dalaman dan luaran. Anda mampu menjadi dinamik dan pendiam, realiti dan imaginasi, dan bertindak melakukan keputusan bergantung kepada situasi semasa.

Orang lain akan garu kepala kerana karakter ini sukar diduga dan juga punyai naluri yang kuat. Anda seorang yang friendly namun tidak terpengaruh kepada sesiapa.

Pandangan Rakan kepada Anda:

Anda merupakan seorang yang multi-personaliti. Berfikiran panjang, misteri dan sangat menarik.

Anda seorang yang ringkas dan meluahkan segalanya secara terus terang, senang bergaul dan sanggup berkorban apa sahaja untuk orang yang tersayang. Disebabkan perkara ini ianya juga boleh menjadi punca orang mengambil kesempatan kepada anda.

Pandangan Keluarga kepada Anda:

Anda punyai kebolehan artistik, pekerjaan anda teratur dan senang bergaul dengan orang baru dikenali.

Anda pendengar baik walaupun di dalam mana mana situasi dan nasihat anda amat bernilai. Kebolehan ini membuatkan anda mampu menyelesaikan masalah dengan mudah sekali dan kerana itu anda punyai ramai rakan rakan.

D. Labah-labah

Peribadi Individu:

Anda seorang yang suka meneroka dan inovatif. Anda tidak suka kekal pada konsep sedia ada.

Oleh itu, semangat revolusi anda adalah tinggi dan lebih memandang ke hadapan berbanding orang lain. Tidak ramai individu yang mampu melakukan perkara sebegitu bak kata pepatah ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’.

Pandangan Rakan kepada Anda:

Anda punyai kebolehan artistik, pekerjaan anda teratur dan senang bergaul dengan orang baru dikenali.

Anda pendengar baik walaupun di dalam mana mana situasi dan nasihat anda amat bernilai. Kebolehan ini membuatkan anda mampu menyelesaikan masalah dengan mudah sekali dan kerana itu anda punyai ramai rakan rakan.

Pandangan Keluarga kepada Anda:

Keluarga anda melihat anda seorang yang periang dan penuh dengan sikap positif. Anda mampu menyalurkan tenaga positif itu kepada individu sekeliling anda.

Selain itu, anda seorang yang sentiasa ceria dan mengawal emosi dengan baik. Tidak lupa anda juga sentiasa memikirkan sesuatu dengan mendalam dan rasional.

Dalam erti kata lain, anda adalah seorang yang serius tetapi boleh menghiburkan orang lain dan menghidupkan suasana yang ceria.

Dapatkan update terkini dunia pendidikan dan Menarik Melalui SGO!!!

Follow kami di Telegram | Facebook | Forum

telegram sistem guru online