Tahniah!! Guru Cemerlang DG48 Untuk 11 Tahun

RG
Guru Cemerlang DG48

Tahniah!! Guru Cemerlang DG48 Untuk 11 Tahun. Rezeki beliau pada bulan Ramadhan telah menerima Guru Cemerlang DG48 dalam masa 11 tahun berkhidmat menjadi seorang guru. Target beliau pada tahun 2023 untuk menyandang guru cemerlang ini namun rezeki Allah siapa yang tahu, rezeki ini hadir 6 tahun leih awal.

Kisah beliau ini perlu dijadikan teladan kepada semua guru di luar sana. Guru muda tidak semestinya tidak boleh mengambil jalan singkat untuk naik gred. Ini telah dibuktikan oleh Cikgu Hailmi. Semangat dan jalan kehidupan beliau menjadi seorang guru harus dijadikan sebagai contoh.

Nazir ada bertanya kepada beliau, adakah beliau layak untuk menerima guru cemerlang DG48 dengan usia yang terlalu muda? Cikgu Hailmi dengan senyum menjawab, “Sebab saya mahu jadi contoh dan inspire other young teachers, bahawa kalau mereka kuat berusaha dan berusaha dengan betul, inshaAllah akan ada jalan pintas juga untuk mereka.” Jadi beliau telah buktikan.

Disini Cikgu Hailmi telah buktikan bahawa dengan usaha yang gigih pasti akan membuahkan hasil. Jika kita mahu menuju ke arah kejayaan maka usaha juga perlu luar biasa ke arah kejayaan. Jika kita hanya mahukan kejayaan yang tinggi tetapi tiada usaha ke arah itu pasti ianya hanya sia-sia sahaja.

srt
Surat Lantikan Guru Cemerlang DG48

Kisah Ke Arah Guru Cemerlang

Cikgu Hailmi mula ditempatkan pada tahun 2007, di SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak. Tempoh 5 tahun pertama digunakan sebaik mungkin untuk beliau menimba ilmu dan pengalaman sebagai guru baharu, bagi mengenalpasti potensi bakat dan kelebihan beliau dalam bidang perguruan.

Setelah cukup syarat memohon, tahun ke-6 (2012) beliau memohon sebagai Guru Cemerlang Sains, juga atas ‘desakan’ dan galakan tuan Pengetua Mr Tan Hock Sang bagi mencemerlangkan semua guru-guru di sekolahnya.

Meskipun asalnya beliau merupakan guru Kimia (yang juga mengajar Sains), tetapi beliau telah memilih subjek Sains sebagai subjek kepakaran bagi laluan Guru Cemerlang kerana:
1. masa mengajar yang lebih banyak berbanding subjek Kimia
2. lebih banyak bahan, aktiviti dan program yang dijalankan bagi subjek Sains

Alhamdulillah rezeki beliau dihalakan melalui laluan ini, maka pada tahun 2013 beliau menerima surat lantikan sebagai Guru Cemerlang Sains DG44 (KUP). KUP atau Khas Untuk Penyandang itu membawa maksud, gred yang beliau perolehi boleh dibawa bersamanya ke mana-mana tempat saya berkhidmat, sama seperti gred timebased.

Persiapan Ke Arah Guru Cemerlang

Sepanjang tempoh 2013 hingga 2015 itu beliau gunakan dengan sebaiknya bagi mengumpul lebih banyak tugasan berprofil tinggi (penyertaan peringkat negeri dan ke atas) serta program berimpak tinggi kepada akademik, terutamanya kepada anak muridnya.

Dokumentasi bertulis dan bergambar adalah sangat penting dalam membuktikan bahawa, beliau telah menjalankan program / aktiviti tersebut. Segala aktiviti yang dibuat perlu didokumentasi sebagai bukti pelaksanaan.

Beliau mantapkan juga kaedah mengajar dengan sentiasa membenarkan pengajaran dan pembelajaran (pdp) dipantau dan diberi maklum balas oleh guru lain melalui sesi seperti Lesson Study dan Peer Coaching. Mesti sentiasa terbuka untuk kritikan membina. InshaAllah sangat membantu!

Penghasilan modul, inovasi, penulisan seperti Kajian Tindakan yang memberi impak kepada kemenjadian murid juga haruslah diberi perhatian. Murid yang cemerlang, datangnya juga daripada guru yang cemerlang, dan sentiasa progresif untuk belajar.

Pada tahun 2015, permohonan pertukaran beliau balik ke negeri Kedah berjaya. Beliau ditempatkan di sebuah sekolah yang baru saja setahun beroperasi, iaitu SMK Jerlun. Di Kedah, peluang untuk terlibat aktif menyumbang sebagai Guru Cemerlang berjalan dengan lebih rancak.

Pada masa rakan-rakan yang sama tahun penempatan, berkira-kira untuk memohon DG44 secara timebased pada tahun 2015, beliau sekarang sudah mula berkira-kira untuk memohon DG48 secara laluan kecemerlangan.

Rezeki tidak menyebelahi belaiau kerana pada tahun tersebut tiada iklan Guru Cemerlang yang dikeluarkan. Satu-satunya tahun tanpa iklan Guru Cemerlang. Namun itu tidak mematahkan semangat beliau malah datang pula rezeki lain untuk beliau menimba pengalaman sebagai Guru Pertukaran di Korea selama 3 bulan.

Tahun 2016, iaitu tahun ke-10 beliau dalam perkhidmatan pendidikan, iklan yang ditunggu tiba. Kali ini, memang cukup syarat dengan tempoh perkhidmatan lebih 3 tahun dalam gred semasa, DG44. Galakan tuan Pengetua, Haji Abdul Razak Mat juga banyak menyuntik semangat beliau.

Beliau gunakan peluang ini dengan sebaiknya, apatah lagi sumbangan beliau kini lebih banyak, hasil daripada peluang yang diberikan oleh PPD, JPN dan KPM sendiri. Peluang terbaik, yang tak sepatutnya dipersiakan.

Sekali lagi permohonan Guru Cemerlang  bagi gred DG48 pada kali ini juga berjaya. Mendapat perkhabaran dan pelantikan pada tahun 2017 iaitu tahun ke-11 beliau berkhidmat, merupakan satu rahmat buat apa yang telah diusahakan selama ini. Jika mengikut laluan timebased, beliau hanya akan perolehi DG48 pada tahun 2023.

Kesimpulan

Semangat dan usaha yang ditunjukkan oleh Cikgu Hailmi perlu dijadikan satu teladan kepada semua guru di luar sana. Bukan mahu mengejar title guru cemerlang tetapi mahu bekerja ke arah kecemerlangan untuk menghasilkan murid yang cemerlang. Kisah cikgu Hailmi ini mungkin boleh dijadikan suntikan semangat kepada guru-guru baru yang akan ditempatkan tidak lama lagi. Marilah sama-sama kita membantu Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merealisasikan Misi dan Visi Pendidikan negara.

Kredit kepada blog Cikgu Hailmi

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook