
Rayu Cuti Aidilfitri Diawalkan Untuk Mengurangkan Kesesakan Jalan Raya – KGMMB. Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) membuat rayuan agar cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri diawalkan.
Berita ini telah diwar-warkan oleh portal Berita Harian pada 5 Jun semalam. Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad selaku presiden KGMMB membuat kenyataan apabila dia merujuk pada jadual asal cuti sekolah.
Negeri :-
Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor  – 23 Jun (Jumaat)
Negeri-negeri lain – 24 Jun (Sabtu)
Hari Raya Aidilfitri – 25 Jun
Anda boleh rujuk kalendar tahunan 2017 di sini. Kalendar Gaji dan Cuti Tahun 2017
Tarikh sebenar bagi perayaan hari raya aidilfitri mengikut falak adalah jatuh kepada 25 hb Jun 2017. Hari ini hanyalah berjarak satu atau dua hari sahaja dari tarikh diatas.
Oleh itu, sudah pasti berganda-ganda lagi kesesakan lalu lintas yang akan berlaku terutama hari Sabtu nanti sebab ramai orang hendak pulang ke kampung halaman masing masing.
Apa yang dimohon hanyalah sekadar cuti sekolah diawalkan sehari atau dua bagi mengurangkan kesesakan jalan raya nanti.
Jumlah guru kira kira 421,828 guru dan 5.1 juta pelajar termasuk 70 sekolah berasrama penuh. Cuba anda bayangkan, kesemua jumlah ini ditambah kepada pengguna jalan raya yang ingin pulang ke kampung yang sedia ada.
Mengikut pengalaman admin SGO sendiri, cuti sekolah berjarak sehari dua dengan hari raya sebenar ini jarang berlaku. Lalu, sekurang kurangnya para guru sekalian dapat merancang jadual pulang ke kampung dengan lebih baik.
Kali ini, sedangkan menjelang raya kita biasa dengar ramai saudara saudara kita tersekat di dalam trafik 10 jam, 12 jam, dan 13, 14 jam terutama mereka yang ingin pulang ke pantai timur.
Jika bertindan lagi dengan para pendidik semua bersama sama warga swasta yang lain mungkin lebih lamalah waktu kita akan terlekat dalam trafik.
Rayu Cuti Aidilfitri Diawalkan – Bagi Mengelakkan Kesesakan, Guna Alternatif Lain?
Pulang ke kampung melalui pesawat juga bukan alternatif yang baik. Ini disebabkan admin meneliti tiket lebih awal iaitu sebulan awal dari KLIA ke Kota Bharu umpamanya. Harga tiket sudah mencecah > RM 430 bagi LCCT dan > Rm 700 bagi pesawat nasional.
Ianya bukan alternatif yang baik kerana harganya berganda ganda mahal dari normal yang biasa.
Menurut Berita Harian lagi, Presiden Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KGLMSM), Anuar Husin juga memohon kepada kementerian supaya cuti ini awal diberi dan pihak sekolah boleh menggantikannya nanti.
Rayu Cuti Aidilfitri Diawalkan – Bagaimana dengan Perkhidmatan Bas?
Begitu juga dengan pengangkutan Bas. Hampir kesemua tiket sudah habis dijual apabila tiket bas sempena balik kampung dibuka di kaunter masing masing. Yang tinggal hanyalah tiket selepas hari raya dan sebelum cuti sahaja.
Oleh itu, peluang balik raya menggunakan kaedah alternatif juga sudah tertutup.
Kesimpulannya, cadangan dari rayuan KGMMB ini amatlah berpatutan kami rasakan. Apa pendapat guru guru sekalian? Adakah rayuan ini akan berjaya atau anda tidak setuju dengan cadangan ini?
Sekian terima kasih dan teruskan bersama SGO.
Dapatkan update terkini dunia pendidikan dan Menarik Melalui SGO!!!
Follow kami di Telegram | Facebook | Forum