Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 bil.5 2017. Para guru dan lepasan Institusi Pendidikan Guru (IPG) ataupun lepasan Universiti bidang pendidikan kini sudah boleh membuat semakan Penempatan PPP DG41.

Pada hari ini, iaitu bertarikh 13 Jun 2017, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi dalam web rasminya tentang Semakan PPP.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 yang dikeluarkan kali ini adalah untuk calon yang menduduki sesi temuduga bagi sesi bil.5 tahun 2017.

Ini adalah keputusan semakan yang terbaru selepas keputusan semakan penempatan pegawai PPP bagi sesi yang lalu.

Semakan ini dapat dibuat bagi kedua dua kategori iaitu bagi Sekolah Menengah dan juga bagi Sekolah Rendah.

Waktu Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Semakan ini adalah bermula pada hari ini dan ianya seperti kenyataan berikut;

  • Waktu Semakan Penempatan : 12 a.m.
  • Tarikh Mula : 13/06/2017
  • Tarikh Akhir : 01/08/2017
  • Tarikh Penempatan : 07/03/2017

Semakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 bil 5. 2017


Disini admin nak kongsikan pautan bagi melakukan semakan tersebut. Sila klik pada pautan yang telah disediakan.

Klik : Semakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat di manfaatkan sepenuhnya dan membantu mereka yang menantikan keputusan ini dengan penuh debaran.

Semoga pengambilan kali ini memberi impak yang signifikan kepada institusi perguruan di Malaysia yang mana masih memerlukan sebilangan penambahan guru guru terutama kepada sekolah sekolah di kawasan pedalaman yang tertentu.

Respon anda Mengenai Pengambilan Pegawai Penempatan Pendidikan

Adalah sedia maklum bahawa pengambilan bagi sekolah rendah biasanya lebih ramai daripada pengambilan sekolah menengah.

Sejak kebelakangan ini, kita sedia maklum bahawa tidak semua lepasan graduan dari universiti berjaya dipanggil bagi pelantikan sekolah guru menengah.

Perkara yang sama dikatakan juga berlaku bagi calon lepasan IPG bagi pengambilan guru sekolah rendah.

Boleh para guru sekalian berkongsi apakah situasi pengambilan guru bagi sekolah menengah dan sekolah rendah terkini?

Adakah pengambilan guru amat menjamin sebilangan besar lepasan graduan aliran ‘pendidikan’? Ataupun masih ramai yang terus menunggu panggilan temuduga dan penempatan guru guru?

Menurut makluman kini telah berlaku lambakan guru di Malaysia. Disebabkan itu, pengambilan guru telah dikurangkan dari semasa ke semasa.

Dapatkan update terkini dunia pendidikan dan Menarik Melalui SGO!!!

Follow kami di Telegram | Facebook | Forum

 

Tuliskan Sesuatu. Tinggalkan Komen Anda.