5 Tips Meminta Balik Hutang di Musim Raya

5 Tips Meminta Balik Hutang di Musim Raya

5 Tips Meminta Balik Hutang di Musim Raya. Assalamualaikum semua, musim raya 2017 sudah tiba. Bagi segelintir antara kita pasti teringat akan seseorang yang berhutang tapi tak pandai nak bayar bukan.

Sudah pasti teringat bukan kenapa, tetapi kelihatan hari raya mereka bukan main meriah, berbaju baru, kereta baru, makan mewah, beraya ke sana sini dan bercuti juga sana sini. Namun hutang kita katanya tiada wang nak bayar.

Dunia sudah terbalik, orang yang berhutang buat tak tahu tapi orang yang memberi hutang bermalu muka nak minta balik hutang kita.

5 Tips Meminta Hutang

Jadi, tanpa huraian yang panjang mari rakan rakan sekalian gunakan perkongsian ini untuk kutip balik hutang dengan cara yang mesra dan positif.

Peringatan Mesra Meminta Balik Hutang

Anda bolehlah dengan mesra menghantar SMS ataupun Telegram ataupun Whatsapp kepada peminjam takut takut dia sudah terlupa. Biasanya orang yang liat nak bayar pasti banyak alasan.

Mungkin mesej juga langsung tak dibalas ataupun hanya sekadar ‘bluetick’ sahaja.

Bertanya Tujuan Kegunaan Duit

Sebelum memberi hutang, lebih baik berhati hati iaitu tidak memberi hutang. Bak kata pepatah ‘mencegah lebih baik dari mengubati’. Namun jika sudah dipinjam boleh ikut tips ini.

Jika ada yang ingin meminjam duit kita contohnya untuk ubah suai kereta. Selepas beberapa hari bolehlah bertanya macam mana keadaan kereta itu. Adakah sudah dibaiki dan berapa kos terpakai.

Secara tidak langsung kita sudah boleh mulakan topik bilakah peminjam dapat bayar hutang kita.

Minta Bantuan Penghutang

Untuk memudahkan urusan kutipan balik hutang kita boleh gunakan cara ini mendapat balik wang kita.

Sebagaimana penghutang memohon pertolongan kita nak meminjam duit kita. Begitu juga cara yang boleh kita gunakan untuk dapatkan kembali wang kita.

Kita boleh cakap yang kita perlukan duit itu sebab ada kesulitan dan duit ini boleh memudahkan urusan kita.

Minta Penghutang Bayarkan.

Ini pula tips bagi hutang yang kecil kecil. Sekiranya kita ada pergi kedai makan bersama sama atau melepak bersama gunakanlah peluang ini dapatkan kembali wang kita.

Contohnya dengan membayar makanan kita, tambah nilai kredit telefon ataupun apa sahaja yang mampu memudahkan urusan kita.

Beri Syarat Mudah Kepada Penghutang

Untuk penghutang yang masih sulit untuk melangsaikan hutang. Boleh dijadikan alternatif dengan mengutip hutang secara ansuran.

Biasanya jumlah wang yang besar tidak mampu dibayar secara terus. Jadi bolehlah tentukan cara melalui fixed deposit melalui sistem online banking ataupun berian tunai setiap bulan.

Sudah pasti ini langkah yang baik untuk mengurangkan jumlah hutang tersebut.

Kesimpulan

Laluilah susana raya dan ramadan kali ini dengan pertambahan silaturahim. Jom gunakan cara berhikmah untuk dapatkan kembali perkara yang menjadi hak kita.

Selain itu jangan lupa berpuasa enam sempena syawal ini.

Sekian terima kasih.

 

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook