
Peringatan KPM kepada Guru dalam Memberi dan Menerima Hadiah. Mari baca panduan lengkap dari KPM mengenai Peringatan Berkenaan Pemberian Dan Penerimaan Hadiah.
Tahukah anda? Jun lalu Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu pekeliling khusus memberi peringatan dalam menerima dan memberi hadiah?
Anda mungkin boleh didakwa sebagai menerima rasuah sekiranya terlepas pandang atau tidak mematuhi protokol ini.
Kedudukan Guru semasa Waktu Kerja
Menurut pekeliling ini, guru ataupun penjawat awam dilarang sama sekali menerima sebarang bentuk hadiah sewaktu dalam urusan kerja.
Ini kerana ianya dikhuatiri mempunyai unsur unsur rasuah bagi kepentingan peribadi pihak ketiga. Ataupun jika guru ragu-ragu akan niat pemberi tersebut mengandungi niat memberi rasuah.
Dengan itu, Guru adalah dinasihatkan agar mengisi borang menerima hadiah dan memohon kelulusan dari pihak pentadbir dahulu bagi menerima hadiah tertentu.
Selain dari peringatan tentang Menerima dan Memberi hadiah, guru juga perlu ingat akan pengisytiharan harta bagi elak terlibat rasuah.
Ringkasan Kandungan Pekeliling Menerima dan Memberi Hadiah
- Guru dilarang menerima hadiah yang berkait dengan tugas awam
- hadiah dari individu, persatuan, orang, atau kumpulan orang
- nilai hadiah tidak sepadan dengan maksud hadiah diberikan
- Guru boleh menerima hadiah tertakluk kelulusan Ketua Jabatan
- Perlu mengisi borang Mendapat Kebenaran Seperti Lampiran A.
- Ketua jabatan berhak membuat keputusan membenar  atau menyimpan sendiri hadiah tersebut.
- Menerima hadiah jadi kesalahan jika
- terima secara niat rasuah
- hadiah ada hubungan dengan kerja rasmi
- hadiah dengan niat jenayah
- Jika penerimaan hadiah adalah berunsur rasuah, guru wajib melaporkannya.
- Boleh memberi dan menerima keraian yang tidak berkaitan dengan tugas rasmi guru.
- Sekolah perlu melaporkan kepada KPM jika ada tawaran dari mana mana pihak luar sekolah sama ada dalam dan luar negara.
Dapatkan Peringatan KPM kepada Guru dalam Memberi dan Menerima Hadiah disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :Â
PERINGATAN-BERKENAAN-PEMATUHAN-PERATURAN-PERATURAN-BERKAITAN-PEMBERIAN-DAN-PENERIMAAN-HADIAH
Pandangan Mengenai Memberi dan Menerima Hadiah?
Sebagai guru sudah pasti kita sinonim dengan memberi dan menerima hadiah terutama kepada pelajar pelajar dan juga ibu bapa pelajar.
Lebih lebih lagi bila tiba waktu hari guru, selepas keputusan peperiksaan diumumkan, ataupun menjelang peperiksaan.
Selain itu, guru guru juga mengambil inisiatif pemberian bentuk hadiah sebagai motivasi kepada pelajar pelajar agar lebih tekun dalam pembelajaran.
Janganlah kerana perkara perkara seperti ini ia bakal mengundang pertuduhan rasuah kepada guru guru kerana kami percaya ianya langsung tidak mengandungi unsur rasuah.
Selain itu, memberi dan menerima keraian adalah dibenarkan. Keraian itu dimaksudkan dengan hal menghormati seseorang dgn mengadakan jamuan atau keramaian.
Semoga pelaksanaan ini dilaksanakan dengan betul dan menepati niat sebenar dalam mencegah rasuah terutamanya dalam penjawat awam.
SGO yakin guru di Malaysia bebas dari unsur rasuah. Mungkin pekeliling ini lebih tertumpu pada tugasan penjawat awam dan kerajaan yang lain.
Dapatkan update terkini dunia pendidikan dan Menarik Melalui SGO!!!
Follow kami di Telegram | Facebook | Forum