Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

kwapm
kwapm

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). KWAPM merupakan bentuk bantuan dana wang yang dikhususkan kepada pelajar pelajar miskin bagi membantu meringankan beban pelajaran mereka.

Sistem ini merupakan sebahagian daripada sistem yang diperkenalkan daripada KPM kepada guru atau pelajar bagi memudahkan aktiviti aktiviti di sekolah.

Diantara sistem lain yang dimaksudkan adalah SAPS, dan juga APDM.

Pengenalan KWAPM

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin telah diperkenalkan pada tahun 2003 di bawah nama Tabung “Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.

Tabung ini telah memperolehi peruntukan daripada kerajaan dan sumbangan pihak luar bagi mengelakkan murid miskin di sekolah kerajaan/ bantuan kerajaan tercicir daripada pencapaian akademik.

Kadar Bantuan KWAPM

JENIS DATA / STATUS KEMISKINANBANTUAN AM PERSEKOLAHAN (BAP)
i. Data Sedia Ada (DSA-Permohonan Sekolah)

ii. eKASIH (Miskin dan Miskin Tegar)

iii. Data Murid Orang Asli (DMOA) (Miskin dan Miskin Tegar)

Sekolah Rendah = RM100 setahun

Sekolah Menengah = RM150 setahun

 

Nota: * Bantuan Am Persekolahan meliputi pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan murid.

Kelayakan Mendapat Bantuan

  1. Pelajar warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 1.
  2. Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau eDAMAK dan disahkan MISKIN atau MISKIN TEGAR.
  3. Pendapatan Keluarga di bawah PGK Nasional
  4. PGK2014
  5. Pelajar tidak menerima bantuan kewangan dari mana mana pihak lain.

Mari Bersama Membantu Dana Ini

Sekiranya anda berminat untuk menambah dana kepada pelajar miskin ini, sila ikuti cara di bawah.

MAYBANK NO. AKAUN : 5640 1611 7704*

*NOTA: Setelah kreditkan sumbangan, tuan/puan dipohon fakskan butiran diri dan transaksi (slip bayaran) kepada Unit KWAPM – Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, KPM di 03 – 8884 7611 / 7509 untuk cetakan resit rasmi.

Ataupun menggunakan Skim Potongan Gaji Bulanan Secara Sukarela dengan mengisi borang memotong gaji bulanan.

Ataupun menggunakan cek berpalang/wang pos/ kiriman wang kepada Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Alamat  Pengeposan ;

Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Kewangan
Aras 6-7, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8000 8000

Dapatkan Panduan Permohonan KWAPM disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

1. Carta aliran proses permohonan bantuan (permohonan sekolah) 
2. Borang permohonan bantuan  (permohonan sekolah) 
3. Borang kebenaran potongan gaji bulanan untuk sumbangan kepada tabung 
4. Brosur Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
5. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2017 – Bantuan KWAPM 
6. Manual Pengguna Permohonan KWAPM Melalui APB (Pengguna – Guru KWAPM)

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada para guru sekalian.

Dapatkan update terkini dunia pendidikan dan Menarik Melalui SGO!!!

Follow kami di Telegram | Facebook | Forum