
Hukuman Rotan Murid Dilaksana 2017, adakah berita ini benar? Sudah diedarkan surat pekeliling mengenai hal ini? Sebelum ini hukuman rotan hanya diberikan kuasa kepada guru besar sahaja di sekolah. Guru-guru lain tidak boleh menggunakan rotan sesuka hati dalam memberi denda kepada murid. Sekiranya didapati guru melanggar peraturan ini guru boleh dikenakan hukuman.
Pada masa kini guru perlu lebih berhati-hati dalam mengenakan hukuman kepada murid. Hal ini kerana ibu bapa cepat melatah dan mencari kesalahan guru. Terdapat banyak kes dimana ibu bapa menyaman guru kerana memberi hukuman kepada anak mereka. Namun demikian, sekiranya guru tidak memberi hukuman, murid-murid tidak akan mengubah perlakuan negatif yang ada dalam diri mereka.
Adakah Hukuman Rotan Murid Dibenarkan?
Utusan Online, bertarikh 10 Mei 2016 ada menyiarkan mengenai hukuman rotan akan dibenarkan mulai tahun 2017. Pengetua atau guru akan diberi kuasa penuh untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah.
Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon berkata, huÂÂkuman tersebut baÂgaimanapun tidak diÂbenarkan dilakukan di depan khalayak ramai semasa perhimpunan, sebaliknya di dalam bilik. Menurutnya, cadangan tersebut merupakan antara penambahbaikan peraturan disiplin pelajar yang bakal dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2017.
Adakah perkara ini telah dijalankan seperti yang telah diwar-warkan? Surat pekeliling mengenai hal ini sudah diedarkan di semua sekolah? Perkara ini masih lagi samar-samar selagi surat pekeliling belum diedarkan di sekolah.
Namun yang demikian, sekiranya benar hukuman rotan dibenarkan, guru-guru tidak boleh menggunakan kuasa itu sesuka hati. Cara merotan juga perlu sesuai dengan tahap umur murid dan jangan sampai meninggalkan kesan yang boleh memudaratkan kesihatan murid. Seperti yang telah berlaku kepada pelajar tahfiz baru-baru ini sehingga membawa kepada kematian.
Adakah Hukuman Rotan Murid Kaedah Terbaik Mendisiplinkan Pelajar?

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid membuka diskusi di akaun Twitternya dengan menyatakan hukuman rotan mungkin salah satu kaedah yang wajar untuk mendisiplinkan pelajar.Walau bagaimanapun, beliau berpendapat ia bukanlah penyelesaian terakhir untuk mendisiplinkan pelajar.
Pada masa sama, Mahdzir memaklumkan ada pengguna di Facebook yang mencadangkan kepada beliau agar pelaksanaan hukuman dibuat dengan kehadiran waris.
Seorang pengguna Twitter berpendapat tindakan tersebut adalah wajar namun kaedah hukuman berkenaan harus dilakukan secara berperingkat.
“Fasa 1, kaunseling di sekolah, kemudian diikuti dengan fasa 2 iaitu kaunseling di sekolah di hadapan ibu bapa serta persetujuan bertulis akan dihukum rotan jika mengulangi kesalahan,” kata pengguna Twitter itu.

Bagi pandangan admin pula, hukuman rotan ini merupakan cara tradisi untuk mendisiplinkan murid. Murid akan takut dengan ugutan guru untuk merotan mereka jika membuat sebarang kesilapan. Namun, pada zaman sekarang hukuman rotan tidak lagi digeruni oleh murid-murid lebih lagi pelajar-pelajar sekolah menengah. Bagi mereka sakit hanya sekejap sahaja dan mereka tetap melakukan kesalahan.
Mereka juga sekarang sudah dibela oleh ibu bapa. Sekiranya guru merotan mereka, ibu bapa akan memarahi guru kerana memukul anak mereka. Oleh yang demikian, admin berpendapat hukuman rotan boleh dilaksanakan dengan memanggil ibu bapa murid itu sendiri. Jalankan hukuman rotan dihadapan mereka atau ibu bapa sendiri yang merotan mereka.
Pembentukan disiplin remaja harus menjadi tanggungjawab semua pihak sekiranya kita mahu melahirkan modal insan kelas pertama dengan memfokuskan kepada pembinaan insan bersahsiah tinggi. Sebagai contoh, cerita yang telah admin siarkan sebelum ini mengenai ibu bapa membenarkan guru merotan anaknya punca anaknya berjaya.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook