Mengapa Kejar Gelaran Guru Cemerlang?

Guru Cemerlang
Guru Cemerlang

Mengapa Kejar Guru Cemerlang. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelawat laman Sistem Guru Online.

Posting kami kali ini ingin bercerita tentang ‘Guru Cemerlang’. Mungkin ramai antara kita tidak tahu apa itu Guru Cemerlang dan apa yang bakal didapati dengan menjadi seorang guru cemerlang.

Sila baca penjelasan mengenai guru cemerlang ini. Artikel asal ini bersumberkan kepada laman Cikguhailmi di http://www.cikguhailmi.com/2014/08/7-kelebihan-menjadi-guru-cemerlang.html.

Kelebihan Jadi Guru Cemerlang

Sebagai penjelasan ringkas, guru cemerlang diumpamakan ‘pakar’ dalam bidang perubatan dan ‘specialist’ dalam bidang industri.
Golongan ini merupakan sumber manusia yang amat penting dalam sesebuah organisasi namun mereka bukanlah sebahagian daripada ahli pentadbiran.
Mari baca apakah yang bakal menanti sekiranya anda seorang guru cemerlang! Kami yakin bila anda sudah bergelar guru cemerlang, anda pasti tidak mengapa untuk menangani laman SAPS bagi mengisi data murid bukan.

 

1. Cepat Naik Pangkat

Sebagai contoh yang dikongsikan oleh cikgu ini, dia hanya mengambil masa selama 11 tahun untuk mencapai DG48 dari peringkat asas iaitu DG 41.

Kebiasaannya, kita perlukan 8 tahun perkhidmatan untuk menaikkan tangga gaji ke DG44 melalui time-based yang cemerlang. Namun jika anda memohon dan diterima sebagai calon Guru Cemerlang, anda perlukan 6 tahun sahaja untuk mengecapi DG 44.

time based 1
Contoh Laluan Masa Menjadi Guru Cemerlang

Dalam jadual ini, guru ini telah dilantik DG44 awal 2 tahun berbanding laluan guru lain.

2. Gaji Lebih Besar

Sudah pasti dalam pekerjaan, pendapatan memainkan peranan penting dalam memotivasikan diri.

Itulah kelebihan menjadi Guru Cemerlang. Seiring dengan kelulusan, anda terus dinaikkan pangkat menjadi guru bergred DG 48.

Biasanya anda memerlukan kurang lebih 16 tahun tempoh perkhidmatan untuk layak mendapat DG 48 secara time based.

Mari lihat nilai gaji terkini bagi gred DG48 iaitu sebagaimana yang diisytiharkan pada tahun 2016 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Gaji DGApabila anda mencapai gred DG48 ataupun DG48 yang lebih awal, bukan sahaja gaji pokok yang akan naik, kadar kenaikan gaji juga tidak sama dengan DG 41 dan DG 42.

Sebagai contoh, pada tahun ke- 8 gaji pokok DG44 sudah berjumlah RM 4,000 +500 = RM 4,500 berbanding laluan biasa RM 2,188 + 1,575 = RM 3,763 bagi gaji pokok.

Perbezaan anggaran ini sudah hampir RM 1,000 bagi permulaan posting tahun yang sama. Bukankah ini amat menarik?

3. Gelaran Guru Cemerlang

Dengan gelaran ini, ianya jelas menunjukkan status anda yang diiktiraf secara rasmi dan bukan sekadar panggilan yang syok sendiri sahaja.

Ini kerana, mungkin ada guru yang self-proclaim mereka adalah guru cemerlang namun tiada bukti rasmi dia mendapat gelaran itu dan ianya sekadar omong kosong sahaja.

4. Bebas Dari Pentadbiran

Bila layak mendapat gelaran ini, anda sudah bebas dari bidang pentadbiran. Kerana anda adalah pakar dalam mengajar pelajar dan perlu fokus dalam kaedah dan kerja mengajar sahaja.

Pentadbiran yang dimaksudkan adalah hierarki yang tinggi iaitu contohnya Ketua Bidang, Penolong kanan, Penolong HEM, dan sebagainya.

Sebahagian daripada guru lumrahnya tidak gemar menjadi golongan pentadbiran. Dan sekiranya ahli pentadbiran dianugerahkan gelaran Cemerlang, mereka perlu melepaskan jawatan sedia ada.

Dengan fokus kerja pada pelajar sebagai guru yang cemerlang, anda hanya perlu mengurus pelajar sahaja dan tidak perlu terbabit dengan mengurus cikgu cikgu sekolah yang lain.

5. Berkongsi Pengetahuan

Tujuan skop guru ini salah satunya untuk berkongsi pengetahuan. Anda merupakan mentor dan guru guru lain sebagai mentee. Konsep berkongsi ini adalah bersama sama meningkatkan sistem keberkesanan mengajar bersama guru lain.

Bukanlah mengajar guru lain namun sama sama memberi idea untuk mencari kaedah mengajar yang berkesan.

Sebagai Guru Cemerlang, perkongsian ini tidak dilimitkan pada sekolah anda sahaja bahkan anda boleh ke sekolah lain untuk membuat perkongsian dan bengkel kaedah mengajar yang sama.

Ianya merupakan platform yang baik iaitu memberi peluang kepada kita menambah ilmu, berkongsi ilmu, dan mengenali kaedah guru guru lain dari sekolah yang pelbagai.

6. Motivasi Bekerja Lebih Kuat

Gelaran Guru Cemerlang ini juga boleh menjadi sumber motivasi kepada kita untuk bekerja dengan lebih kuat. Sudah tentu kita nak menghasilkan sesuatu yang lebih luar biasa bagi memenuhi tanggungjawab sebagai Guru Cemerlang.

Secara tak langsung ini mendorong kita untuk menghasilkan kaedah mengajar, teknik, dan inovasi yang lebih berkesan dalam pdp. Perkara ini kemudiannya dikongsikan dengan rakan guru yang lain dan dapat juga menggalakkan rakan guru untuk turut serta menghasilkan perkara-perkara luar biasa.

7. Idola Kepada Rakan Guru Lain

Setelah anda perolehi gelaran ini, sudah pasti kerja yang dihasilkan amat baik dan menjadi contoh kepada rakan guru yang lain.

Dengan niat yang ikhlas untuk menyebarkan ilmu sudah pasti gelaran ini memberi kepuasan dan ganjaran baik di dunia dan di akhirat. Disamping, anda berjaya menyampaikan legasi ilmu dan memanfaatkan seluruh masyarakat pendidik di Malaysia umumnya.

Gelaran ini sebenarnya bukan permit bahawa kita sudah boleh duduk selesa dan tidak bekerja keras lagi. Namun ianya sebaliknya.

Amanah dan tanggungjawab yang diberi perlu disampaikan dengan ketelusan dan niat yang betul.

Dapatkan Indeks Jadual Gaji Min-Max Perkhidmatan Awam Malaysia disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Indeks Jadual Gaji Min-Max Perkhidmatan Awam Malaysia

 

 

Sebagai kesimpulan, walau apa pun kelebihan yang ingin dikejari pastikan ianya menjadi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Seterusnya usah berputus asa dalam mendapat gelaran ini dan anda pasti akan berjaya jika konsisten berusaha mendapat pelantikan ini. Sekian terima kasih.

Dapatkan update terkini dunia pendidikan dan Menarik Melalui SGO!!!

Follow kami di Telegram | Facebook | Forum