Egtukar : Suara Hati Guru

isi-hati-guru-dukalara-gagal-egtukar

Egtukar : Suara Hati Guru. Keputusan Eg Tukar baru sahaja diumumkan bagi fasa satu iaitu pertukaran sesi Jun. Guru yang dapat bertukar meluahkan perasaan gembira mereka di media sosial. Harapan mereka untuk berpindah akhirnya menjadi kenyataan. Namun yang demikian, masih ramai lagi guru yang mengharapkan berpindah untuk hidup bersama keluarga masih lagi belum tercapai.

Ada guru-guru yang menyuarakan rasa tidak puas hati apabila guru yang baru sahaja berkhidmat, permohonan mereka telah diluluskan. Adakah ini kerana pengaruh politik mereka ataupun mereka dipindahkan atas sebab-sebab yang tertentu? Bagaimana nasib guru yang sudah lama berada di pedalaman Sabah dan Sarawak yang tinggal berjauhan dengan keluarga yang masih tidak dapat berpindah? Apakah yang perlu mereka lakukan?

Komen Guru
Komen Guru

Bagi guru yang berada bersama keluarga namun masih berada di negeri orang terutamanya Sabah dan Sarawak juga mengharapkan perpindahan. Ramai juga yang menyuarakan rasa tidak puas hati hanya kes dukalara sahaja yang diberi perhatian. Mereka yang telah lama berada di Sabah dan Sarawak ini juga mahu berpindah berkhidmat di kampung halaman memandangkan rumah sudah siap dibina disana.

Komen guru

Tiket Kapal Terbang Punca Guru Bekerluarga Isi Egtukar

Ramai guru yang memohon dan memberi komen kepada Menteri Pendidikan Malaysia untuk berkolaberasi dengan syarikat penerbangan Malaysia. Harga tiket terlampau tinggi dan kadang-kadang tidak masuk akal terutamanya musim perayaan dan musim cuti sekolah. Guru yang bekeluarga yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak perlu menanggung beribu ringgit untuk membeli tiket kapal terbang untuk pulang ke Kampung.

Walaupun isteri dan anak-anak sudah bersama, namun yang demikian keluarga lain juga perlu diziarahi seperti ibu, ayah dan adik beradik. Disebabkan hal inilah, guru-guru di borneo mahu berpindah selain daripada alasan duka lara. Wang gaji habis membeli tiket pulang ke semenanjung. Terdapat juga guru yang terpaksa berhutang membeli tiket kapal terbang menggunakan kad kredit.

Mereka bekeluarga juga mahu pulang ke kampung kerana sudah mempunyai kediaman di sana. Guru tidak akan membeli rumah di borneo kerana mereka mahu berkhidmat di kampung sendiri. Oleh yang demikian, mereka akan terus berusaha untuk memohon perpindahan.

Rasa tidak puas hati dengan harga tiket

Kesimpulan

Guru-guru yang masih lagi belum berpindah diharapkan bersabar dan terus berusaha. Jangan sesekali cepat putus asa dan mengalah. Masih terdapat dua lagi peluang untuk berpindah pada tahun ini. Permohonan akan diproses pada bulan Oktober dan Disember yang dihebohkan di status Menteri Pendidikan Malaysia di dalam Facebook.

Status Menteri Pendidikan

Oleh yang demikian, bersama-sama kita menunggu keputusan. Disini admin juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah dapat berpindah.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook

Tuliskan Sesuatu. Tinggalkan Komen Anda.