Cuti Panjang di Malaysia bagi Cuti Tahun 2018

Cuti Tahun 2018
Cuti Tahun 2018

Cuti Panjang di Malaysia bagi Cuti Tahun 2018. Para sahabat guru dan pembaca laman Sistem Guru Online, mari lihat dan merancang Cuti bagi Tahun depan iaitu 2018. Ini khas untuk mereka yang ingin merancang percutian atau majlis-majlis tertentu. Jika ingin melancong, pastikan bercuti di Malaysia kerana banyak tempat menarik di Malaysia ini.

Lihat : Peta Tempat Menarik di Malaysia

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum dan berbilang bangsa. Setiap bangsa dan kefahaman mempunyai pelbagai perayaan dan sambutan tradisi. Diantara sambutan itu, ada yang disertai cuti umum dan juga cuti negeri. Oleh itu, amat penting bagi kita mengetahui lebih awal jadual cuti bagi merancang percutian pada tahun 2018.

Terutama sekali cuti yang panjang, jika kita telah mengenal pasti tarikh tersebut lebih awal, sudah pasti kita boleh membuat tempahan tiket pesawat dengan lebih awal dan jauh lebih murah dari harga pasaran.

Tempahan tiket bagi Cuti Tahun 2018?

Sekarang juga, apa kata kita lihat setiap tarikh yang berpatutan untuk mendapatkan cuti panjang.

Lebih lebih lagi jika kita merancang ke luar negara, harga tiket yang dapat dibeli amatlah berbaloi tidak kira ianya dibeli dari laman Air Asia, Malaysia Airlines ataupun dari mana mana syarikat penerbangan sekalipun.

Tawaran Harga Runtuh.

Selain itu, kadang kadang syarikat penerbangan akan membuat ‘offer’ pada harga runtuh. Sekiranya anda sudah siap mencatat cuti cuti bagi tahun 2018, anda pasti mampu memberi respon dalam masa yang tepat untuk tawaran tawaran seperti ini.

Sudah pasti tawaran seperti ini amat terhad. Dan hanya yang bertindak pantas sahaja mampu menikmati tawaran tawaran yang berbaloi seperti ini.

Dapatkan Rekod Cuti Tahun 2018 disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila lihat rajah di bawah.

Cuti 2018: 

19366261 1377710088981202 2267185755494851669 n

 

 

Senarai Cuti Panjang Tahun 2018.

  1. Cuti Panjang 1 (Cuti Tahun Baru)
    • 30, 31 Disember, 1 Jan 2018
    • Sabtu, Ahad, Isnin
  2. Cuti Panjang 2(Thaipusam)
    • 31 Jan, 1,2 Feb 2018
    • Rabu, Khamis, Jumaat
  3. Cuti Panjang 3(Hari Wilayah)
    • 1,2,3,4, Feb 2018
    • Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad
  4. Cuti Panjang 4(Tahun Baru Cina)
    • 16,17,18 Feb 2018
    • Jumaat, Sabtu, Ahad
  5. Cuti Panjang 5 (Hari Pekerja)
    • 28,29,30 Apr, 1 Mei 2018
    • Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa
  6. Cuti Panjang 6 (Hari Wesak)
    • 26,27,28,29 Mei 2018
    • Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa
  7. Cuti Panjang 7 (Hari Raya Puasa)
    • 15,16,17 Jun 2018
    • Jumaat, Sabtu, Ahad
  8. Cuti Panjang 8 (Hari Raya Haji)
    • 22,23,24,25,26 Ogos 2018
    • Rabu – Ahad
  9. Cuti Panjang 9 (Hari Kebangsaan)
    • 31 Ogos, 1,2 Sep 2018
    • Jumaat – Ahad
  10. Cuti Panjang 10(Awal Muharam)
    • 8,9,10,11 Sep 2018
    • Sabtu – Selasa
  11. Cuti Panjang 11 (Hari Malaysia)
    • 15,16,17 Sep 2018
    • Sabtu, Ahad, Isnin
  12. Cuti Panjang 12 (Deepavali)
    • 3,4,5,6 nov 2018
    • Sabtu – Selasa
  13. Cuti Panjang 13 (Maulidur Rasul)
    • 17,18,19,20 Nov 2018
    • Sabtu – Selasa
  14. Cuti Panjang 14
    • 22,23,24,25 Dis 2018
    • Sabtu – Selasa

Penginapan Sempena Cuti

Sekiranya anda adalah staf sektor awam ataupun anda berasal dari pantai timur ataupun hendak menjengah ke pelbagai tempat menarik di negeri pantai timur, SGO mempunyai cadangan bagi destinasi penginapan anda.

Untuk itu, sila layari Rumah Peranginan Persekutuan yang terdapat bagi Staf Sektor Awam ataupun Senarai Homestay Murah di Kelantan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan membantu anda semua merancang cuti bagi tahun depan. Sekian terima kasih dan teruskan menyokong kami di SGO.

 

 

Dapatkan update terkini dunia pendidikan dan Menarik Melalui SGO!!!

Follow kami di Telegram | Facebook | Forum