Cuti Raya 2017 Diawalkan Bagi Kumpulan B.

Cuti Raya 2017 Diawalkan
Cuti Raya 2017 Diawalkan

Cuti Raya 2017 Diawalkan Bagi Kumpulan B. Semalam Menteri Pendidikan, Tan Sri Mahadzir Khalid mengumumkan bahawa cuti sekolah diawalkan iaitu pada;

Tarikh : 23 Jun 2017.

Negeri Kumpulan B : Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor.

Kenyataan ini telah dibuat secara rasmi dalam laman web sosial Facebook milik Menteri Pendidikan ini.

cuti 1

 

Perkhabaran ini sudah pastinya merupakan berita baik bagi segolongan daripada kita yang telah merancang untuk pulang dengan kenderaan sendiri.

Rayuan Memohon Cuti Raya Diawalkan ini telah dikongsikan sebelum ini di SGO. Alhamdulillah, nampaknya secara tak langsung permohonan ini telah diterima baik oleh kementerian.

Cuti Raya 2017 Diawalkan – Cuti Berganti 17 Jun

Cuti ini merupakan cuti berganti. Didalam kenyataan Menteri Pendidikan yang telah dibuat dalam Kosmo!, beliau menyatakan sekolah haruslah menggantikan persekolahan ini pada 17 Jun 2017 kelak.

Dalam ramai ramai, sudah pasti keputusan ini bermanfaat pada sesetengah golongan dan tidak pula bagi sesetengah guru.

Sudah pasti kerana keputusan ini agak lewat diputuskan. Jadi agak sukar untuk sebahagian para guru mengubah suai jadual perjalanan kerana tiket sudah dibeli atau perjanjian untuk pulang bersama ahli keluarga atau kawan yang lain telah ditetapkan.

 

Cuti Raya 2017 Diawalkan – Pandangan Guru Guru?

Hari ini merupakan 8 Jun 2017 dan berbaki kurang 3 minggu sahaja lagi sebelum cuti perayaan Aidilfitri.

Berhubung dengan cuti raya diawalkan ini, SGO berpendapat masih ramai yang mampu memanfaatkan sehari awal ini kerana memandu sendiri untuk pulang ke kampung.

Namun tidak kurang bagi guru guru yang sudah menempah tiket penerbangan terutama dari Sabah dan Sarawak, mungkin cuti ini boleh dimanfaatkan dengan bercuti di tempat mastautin anda sahaja.

Apa pandangan guru guru sekalian? Apa kesan cuti ini kat anda?

SGO berharap semoga cuti ini bermanfaat kepada sesiapa sahaja di luar sana sama ada secara langsung ataupun tidak. Kami mendoakan perjalanan anda pulang ke kampung dilindungi dan selamat sampai ke destinasi!

Ayuh Balik Kampung!!!

Sekian terima kasih dan teruskan bersama SGO.

Dapatkan update terkini dunia pendidikan dan Menarik Melalui SGO!!!

Follow kami di Telegram | Facebook | Forum