Apa itu APDM?

e Kehadiran APDM Kehadiran Murid
e Kehadiran APDM Kehadiran Murid

Apa itu APDM?  Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) merupakan satu aplikasi secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid. Segala maklumat di dalam APDM akan digunakan ketika mengisi aplikasi SAPS.

Tanggungjawab untuk mengemaskini maklumat murid adalah tanggungjawab guru kelas. Guru kelas perlu mengemaskini murid dari semasa ke semasa. Maklumat peribadi murid dan penjaga murid perlu dikemaskini. Maklumat juga telah diambil daripada sistem Jabatan Pendaftaran Negara. Guru kelas hanya masukkan nombor kad pengenalan sahaja.

Bantuan yang disalurkan kepada murid juga diambil maklumat daripada APDM. Oleh yang demikian, guru kelas perlu memastikan maklumat pendapatan penjaga adalah betul supaya tiada murid yang akan tercicir daripada menerima bantuan.

eKehadiran di APDM

Selain update maklumat murid di dalam APDM, guru juga perlu login APDM setiap hari untuk mengisi kehadiran murid, kerana kehadiran kini sudah di ‘link’ dengan APDM yang dipanggil sebagai eKehadiran.

Guru kelas perlu kemaskini kehadiran pada setiap hari dengan membuka APDM. Ini bermakna guru kelas perlu mempunyai capaian internet untuk kemaskini kehadiran. Guru kelas akan menjadi masalah apabila capaian internet perlahan atau traffic terlalu sibuk kerana setiap hari guru kelas di seluruh Malaysia akan membuka APDM.

Dengan adanya eKehadiran ini, pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM boleh mengetahui peratusan kehadiran dengan hanya membuka APDM. Mereka juga akan mengetahui sekolah mana yang mempunyai peratusan kehadiran murid yang terlalu sedikit.

Mengapa perlu Update Maklumat Murid di APDM?

Sebenarnya perkara ini selalu diutarakan oleh guru-guru, Buku Kedatangan kena isi, secara online pun kena isi, manual pun kena isi. Maklumat gaji penjaga pun kena isi, maklumat dalam inilah digunakan untuk mengenalpasti murid-murid yang layak mendapat bantuan seperti, KWAPM, bantuan RM100, biasiswa, bantuan zakat dan sebagainya.

Namun yang memenatkan guru adalah Aku Bukan Robot, pada permulaan wujudnya I’m not robot ni ramai guru yang tertekan, setiap kali login kena selesaikan puzzle, perkara ini pun admin dah cerita pada post yang lepas. Ia sebenarnya untuk ‘security’, kerana banyak data penting dalam APDM tersebut. Mungkin kena guna ‘security’ yang lebih mesra pengguna lepas ni.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook