Adakah Anda Tahu Apa Itu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)?

panduan akses saps

Adakah Anda Tahu Apa Itu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)? SAPS merupakan analisis peperiksaan sekolah yang dibangunkan untuk menyimpan, mengumpul dan menganalisis data keputusan peperiksaan murid di sekolah.

Sistem ini dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Dengan adanya sistem SAPS, ianya akan memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak mereka hanya memasuki laman web ini.

Sistem semakan SAPS ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas memudahkan ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.

Cara Menggunakan SAPS

Guru

  1. Buka laman SAPS yang utama  – KLIK SINI
  2. Di menu utama, terdapat login untuk guru masukkan nama pelajar.
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Masukkan kata laluan
  5. Klik log in
  6. Halaman seterusnya akan dipaparkan
ty
Paparan Untuk Guru

Ibu Bapa

1. Taip “SAPS” di google search  – KLIK SINI
2. Pilih semakan ibu bapa
3. Masukkan kad pengenalan ataupun sijil anak-anak
4. Pilih sekolah menengah atau sekolah rendah
5. Pilih tahun
6. Pilih jenis peperiksaan apabila profil dipaparkan
7. Pilih pada analisis markah yang terdapat slip keputusan/markah peperiksaan
8. Slip keputusan/markah peperiksaan telah dipaparkan

gh
Paparan Untuk Ibu Bapa

Kelebihan SAPS

Antara kelebihannya ialah prestasi pelajar/murid sekolah dapat diikuti tanpa mengira kawasan sekolah. Dengan mengisi markah dalam SAPS sekolah dapat mengukur pencapaian sesuatu ujian dan dapat mengesan kelemahan murid kerana saps dapat mengeluarkan data yang telah dianalisis.

Data juga senang diperolehi kerana semua guru matapelajaran akan memasukkan markah dalam sistem. Oleh yang demikian guru kelas tidak perlu untuk menagih markah daripada semua guru. Guru kelas hanya meminta guru matapelajaran mengisi markah ke dalam SAPS sebelum keputusan dianalisis secara automatik.

Guru kelas juga tidak perlu untuk analisis markah secara manual kerana segala data akan di proses oleh sistem SAPS. Ini sangat memudahkan kerja guru kelas. Guru kelas hanya perlu proses markah murid dan keputusan akan diperolehi terus.

Daripada peringkat atasan samada sekolah, PPD, JPN dan KPM boleh terus melihat prestasi sesebuah sekolah dengan hanya membuka SAPS. Pihak atasan tidak perlu lagi untuk menagih keputusan kerana semuanya telah terkandung di dalam SAPS. Ibu bapa juga boleh menyemak markah di SAPS tanpa perlu pergi ke sekolah.

Kelemahan SAPS

SAPS juga terdapat kelemahan iaitu kadar masa untuk memasuki sistem ini purata seorang guru terpaksa log in sebanyak 3 hingga 10 kali kerana sistem ini biasanya akan “CRASH” atau bermasalah sekiranya ada lebih dari 1000 orang guru cuba memasuki sistem SAPS. Kelemahan SAPS juga boleh menyebabkan berlakunya kesesakan trafik.

Selain itu, bagi sekolah yang berada jauh di pedalaman akan mengalami masalah untuk mengisi markah dalam sistem SAPS. Mereka terpaksa keluar mencari line internet untuk mengisi markah. Hal ini akan menjadi semakin parah sekiranya berlaku kesesakan trafik kerana semua guru membuka sistem ini.

Sekiranya seorang guru tidak mengisi markah dalam SAPS, markah tidak dapat diproses. Oleh yang demikian, keputusan jga tidak dapat diperolehi. Guru kelas terpaksa sentiasa meminta guru mata pelajaran mengisi markah. Mendatangkan masalah lagi jika terdapat guru yang buta IT yang tidak tahu menggunkan sistem SAPS. Sekiranya berlaku, guru lain terpaksa membantu bagi mempercepatkan proses kemaskini markah dalam sistem.

Sebelum ini, admin ada menulis artikel mengenai masalah guru-guru untuk mengisi SAPS yang mendapat komen daripada guru-guru.

Kesimpulan

Sistem yang dibangunkan oleh KPM ini sebenarnya adalah untuk membantu guru. Namun yang demikian, setiap sistem ada kebaikan dan kelemahan. Sekiranya ada kelemahan pihak yang bertanggungjawab harus mencari jalan penyelesaian bagi memastikan sistem ini benar-benar membantu guru. Apakah pendapat anda di luar sana?

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook