
Soalan Peperiksaan UPT Sivik Tingkatan 3. Sila dapatkan sampel soalan peperiksaan yang sesuai bagi ujian pertengahan tahun bagi subjek Sivik Tingkatan 3.
Soalan peperiksaan UPT Sivik Tingkatan 3 ini merupakan sebahagian daripada koleksi Bank Soalan UPT Tingkatan 3 di laman web SGO.
Sepertimana subjek pendidikan seni visual PSV, subjek Sivik juga bukanlah antara subjek teras yang dikira di dalam Pentaksiran Tingkatan 3 PT3.
Format Soalan UPT Sivik
Bagi soalan UPT Sivik, format yang digunakan adalah 1 kertas dan juga 1 bahagian. Dalam 1 bahagian ini pula, kesemua bentuk soalan adalah berupa format objektif dan terbahagi kepada sejumlah 50 soalan.
Contoh Soalan UPT Sivik Tingkatan 3
30 Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan keluarga?
A Bapa. Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â B Ibu bapa.
C Anak-anak. Â Â Â Â Â D Setiap ahli keluarga.
31 Memelihara kesejahteraan alam merupakan tanggungjawab
A kerajaan         B setiap individu
C pemimpin        D majlis perbandaran
32 Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan sungai kita?
I Supaya kita mendapat bekalan air yang bersih
II Untuk menjaga imej negara
III Supaya kita dipuji oleh orang lain
IV Agar terhindar daripada penyakit
A I, II dan III Â Â Â Â Â Â Â B I, II dan IV
C I, III dan IV Â Â Â Â Â Â D II, III dan IV
33 Antara berikut yang manakah merupakan peranan dan tanggungjawab Jabatan Alam Sekitar?
A Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran
B Menggalakkan penebangan pokok secara berleluasa
C Melakukan pembakaran secara terbuka
D Menggalakkan pembuangan sampah di merata-rata tempat
34 Bagaimanakah cara untuk memelihara dan memulihara alam sekitar?
I Penanaman semula pokok
II Penebangan pokok secara berleluasa
III Membuang sampah di merata-rata tempat
IV Saling bekerjasama membersihkan alam sekitar
A I dan II Â Â Â Â Â Â Â B II dan III
C I dan IV Â Â Â Â Â Â D III dan IV
35 Antara berikut merupakan jenis-jenis pencemaran alam dan bencana alam kecuali
A penanaman semula pokok B jerebu
C tanah runtuh D kemarau panjang
36 Pencemaran alam boleh berlaku apabila kita
I membuang sampah di tempat yang disediakan
II menanam pokok
III melakukan pembakaran terbuka
IV membuang sampah di merata-rata tempat
A I dan II Â Â Â Â Â Â Â B I dan III
C II dan IVÂ Â Â Â Â Â D III dan IV
37 Antara berikut merupakan punca pencemaran udara kecuali
A asap-asap daripada kilang        B asap-asap daripada kenderaan
C tumpahan minyak daripada kapal  D asap daripada pembakaran terbuka
38 Pencemaran air akan mengakibatkan
I kemusnahan habitat laut
II air berkelodak
III meningkatkan tahap kesihatan manusia
IV udara berdebu
A I dan II Â Â Â Â Â Â Â B II dan III
C III dan IV Â Â Â Â Â D II dan IV
39 Antara berikut merupakan langkah yang dapat diambil oleh penduduk sesebuah bandar dalam usaha menghijaukan alam sekitar kecuali
A menanam pokok di kawasan sekitar
B menghalang penebangan pokok
C menanam bunga-bungaan di taman
D menebang pokok yang baru ditanam
40 Kemarau berpunca daripada
A kandungan lembapan tanah yang berkurangan kerana ketiadaan hujan
B berlakunya limpahan air yang berlebihan bagi satu-satu saliran
C letupan gunung berapi
D ketidakstabilan lereng atau cerun tanah tinggi
Dapatkan Soalan Peperiksaan UPT Sivik Tingkatan 3 disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘Words’
Download :Â
Format soalan yang dikongsikan adalah didalam Microsoft Words. Oleh itu soalan ini boleh diubahsuai untuk menepati kehendak anda masing masing.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan terima kasih kerana menyokong kami di SGO.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum