Ujian Pertengahan Tahun UPT Sejarah Tingkatan 2.

soalan sejarah form 2 upt
soalan sejarah form 2 upt

Ujian Pertengahan Tahun UPT Sejarah Tingkatan 2. Posting ini akan berkongsikan ujian pertengahan tahun bagi subjek sejarah untuk tingkatan 2

Sila rujuk kotak download yang telah disediakan oleh kami dibawah. Soalan UPT Sejarah Tingkatan 2 ini merupakan sebahagian daripada perkongsian SGO bagi Bank Soalan UPT Tingkatan 2.

Soalan sejarah ini telah dikeluarkan berdasarkan topik topik pembelajaran sejarah tingkatan 2

UPT Sejarah Tingkatan 2

Soalan bagi subjek sejarah yang disediakan dibawah terbahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian adalah objektif dan satu lagi bahagian subjektif

Kami telah mendapat sampel soalan ini umpamanya dari sebuah sekolah yang terletak di Kluang, Selangor. Terima kasih atas perkongsian yang dibuat ini.

Contoh Soalan Peperiksaan UPT Sejarah Tingkatan 2

1 Pernyataan berikut berkaitan dengan pengertian sejarah oleh seorang tokoh.

  • Membicarakan tentang masyarakat manusia
  • Peradaban manusia
  • Perubahan-perubahan yang berlaku

Siapakah tokoh tersebut?

A Herodotus
B Ibn Khaldun
C Muhd. Yusuf Hashim
D Muhd. Yusof Ibrahim

2 Pernyataan berikut berkaitan dengan ciri-ciri sejarah.

  • Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan

Apakah ciri sejarah yang melibatkan peristiwa tersebut?
A Fakta yang tepat dan benar
B Penting dan bermakna
C Sebab dan akibat
D Mengapa berlaku

3 Apakah maksud ‘fakta sejarah’?
A Fakta yang boleh direka
B Fakta yang boleh ditokok tambah
C Fakta yang tidak pasti sumber dan kesahihannya
D Peristiwa, tempat, tokoh dan tarikh yang terbukti benar

BAHAGIAN B
(20 markah)
(Masa Dicadangkan : 25 minit)

1- Tuliskan BETUL pada pernyataan yang benar dan SALAH pada pernyataan yang salah.
(a) Istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘syajaratun’ yang bermaksud pohon, pokok, salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul.
(b) Setiap warganegara tidak perlu memahami dan menghayati sejarah negara.
(c) Di Malaysia, tiga Zaman Prasejarah ialah Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam.
(d) Manusia Perak ialah rangka manusia Zaman Paleolitik yang dikebumikan dengan kaki terlipat.
(e) Kerajaan agrarian ialah kerajaan yang menjalankan aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan laut.
(f) Candi ialah bangunan tempat raja memerintah.
(g) Pengasas Kesultanan Melayu Melaka yang pertama ialah Temagi.
(h) Binatang yang dikaitkan dengan sejarah asal usul Melaka ialah harimau.
(i) Bahasa Melayu ialah lingua franca (bahasa perantaraan) dalam urusan perdagangan di Melaka.
(j) Ciri-ciri pemimpin yang bijak ialah mempunyai wawasan dan strategi.

[10 markah]

Dapatkan UPT Sejarah Tingkatan 2 disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘Words’

Download : 

UPT Sejarah Tingkatan 2 2016

Peperiksaan Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2

 

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum