UPT Sejarah Tingkatan 1 KSSM

UPT Sejarah Tingkatan 1 KSSM
UPT Sejarah Tingkatan 1 KSSM

Ujian Pertengahan Tahun UPT Sejarah Tingkatan 1 KSSM. Pendidikan Sejarah merupakan subjek wajib bagi sukatan pelajaran Tingkatan 1.

Soalan Peperiksaan Pertengahan tahun, UPT bagi Tingkatan 1 ini sebenarnya boleh diperolehi dari Bank Soalan UPT Tingkatan 1.

Ujian pertengahan tahun seharusnya tepat mengikuti panduan KSSM agar objektif pendidikan dan pemahaman yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar dicapai.

Objektif KSSM Sejarah

  1. Menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan seharian dengan mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah;
  2. Menerangkan kepentingan mengamalkan semangat perpaduan dalam usaha pembangunan dan kemajuan negara;
  3. Mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan murid melalui kajian kes;
  4. Mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi dalam melahirkan murid untuk bersaing di peringkat global;
  5. Menghuraikan usaha dan sumbangan tokoh tanah air dalam memperjuang dan mempertahankan kedaulatan negara;
  6. Membincangkan perkembangan sejarah masyarakat dan negara bagi membina jati diri;
  7. Membincangkan kepentingan dan peranan kepelbagaian kaum dan etnik dalam pembentukan negara bangsa;
  8. Meningkatkan kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta idea melalui fakta sejarah yang tepat;
  9. Membina minat terhadap sejarah sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik; dan
  10. Membina semangat patrotisme dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Contoh Soalan Peperiksaan UPT Sejarah Tingkatan 1

2 (i)   Gariskan pernyataan yang tepat.

(a)     Setelah kemerosotan Kesultanan Melayu Melaka, putera Sultan Mahmud Shah yang digelar (Sultan Ahmad Shah / Sultan Alauddin Riayat Shah II) dilantik sebagai Raja Ujong Tanah atau sultan (Johor / Perak).

(b)     Usaha Johor menguasai (Pahang / Melaka) tidak pernah berhenti.

(c)     Tokoh yang paling berpengaruh di Johor iaitu (Bendahara Tun Habib Abdul Majid / Laksamana Tun Abdul Jamil) bersama Tun Sri Lanang berjaya mengusir Portugis keluar daripada Melaka dengan bantuan (Belanda / Inggeris).

(d)     Akhirnya (Johor / Belanda / Inggeris) dapat menduduki kerajaan Melaka.

[6 markah]

2 (ii)  Johor, Acheh dan Portugis telah bersaing antara satu sama lain bagi menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka. Peperangan ini dikenali sebagai Perang Tiga Segi berlaku selama seratus tahun. Perincikan Perang Tiga Segi dari segi faktor terjadinya peperangan ini.

 

Dapatkan Ujian Pertengahan Tahun Sejarah Tingkatan 1 KSSM disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Download : 

Peperiksaan Sejarah Tingkatan 1

SEJARAH Tingkatan 1 Soalan & Latihan 

 

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum