Ujian UPT Sains Tingkatan 3

Ujian Pertengahan Tahun 2017 Tingkatan 3 Sains
Ujian Pertengahan Tahun 2017 Tingkatan 3 Sains

Ujian UPT Sains Tingkatan 3. Sila dapatkan UPT bagi Sains Tingkatan 3 pada posting Sistem Guru Online pada kali ini.

Ini merupakan satu daripada contoh ataupun Bank Soalan Ujian Pertengahan Tahun UPT Tingkatan 3 yang telah dikongsikan oleh SGO.

Kami ingin memaklumkan terlebih dahulu, setiap soalan kebanyakannya tidak termasuk skema jawapan. Kami amat hargai jika ada sesiapa dari kalangan pelawat ingin memberi sumbangan bahan yang lengkap dimana soalan + skema jawapan.

Soalan Sains bagi Ujian Pertengahan Tahun Tingkatan 3 adalah agak fleksibel. Ini kerana pelajar pelajar Tingkatan 3 bakal menghadapi Ujian PT3 secara keseluruhan.

Oleh itu, bab yang ingin dipilih kepada soalan UPT kali ini boleh mencakupi silibus tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3. Bukankah ia selari dengan panduan Kementerian Pendidikan Malaysia?

Bahagian Sains Tingkatan 3

BAB 1 : RESPIRASI

BAB 2 : PEREDARAN DARAH DAN PENGANGKUTAN

BAB 3 : PERKUMUHAN

BAB 4 ; PEMBIAKAN

BAB5 : PERTUMBUHAN

BAB 6 : TANAH DAN SUMBERNYA

BAB 7 : KEELEKTRIKAN

BAB 8 : PENJANAAN ELEKTRIK

BAB 9 : BINTANG DAN GALAKSI

BAB 10 : PENEROKAAN ALAM SEMESTA

Contoh Soalan UPT Sains Tingkatan 3

3. Baca petikan di bawah ini

1 3

Objek dapat dilihat apabila objek memantulkan cahaya yang mengenainya. Cahaya akan bergerak dan memasuki kornea. Kornea akan membiaskan cahaya ke gelemair dan gelemair akan membiaskan cahaya ke anak mata.

Anak mata akan mengawal jumlah cahaya yang memasuki kanta mata. Kanta mata pula akan memfokuskan sinar cahaya ke retina melalui gelemaca. Kemudian gelemaca akan membiaskan sinar cahaya ke retina yang peka cahaya.

Di retina, imej yang songsang akan terbentuk. Impuls saraf daripada retina akan dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak akan mentafsir impuls saraf dan memberitahu apa yang dilihat oleh pemerhati

(a) Lengkapkan laluan mekanisma penglihatan dari objek ke otak
2 5

[3 markah]

(b) Hayati sering membaca di dalam bilik kurang cahaya. Apakah yang berlaku pada penglihatan jika aktiviti ini berterusan pada jangka masa panjang?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

[1 markah]

(c) Rajah di bawah menunjukkan satu kecacatan yang biasa di alami oleh rakyat Malaysia.
3 3
Cadangkan bagaimana masalah ini dapat di atasi. Terangkan jawapan anda.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

[ 2 markah]

 

Dapatkan Ujian Pertengahan Tahun UPT Sains Tingkatan 3 disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Download : 

MRSM SAINS PT3 [2015]

PRA PERT 2017

SBP SAINS PT3 [2015] (+skema)

Trial PT3 pahang Sains 2016

 

Sekian terima kasih dan semoga bermanfaat.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum