Ujian Pertengahan Tahun UPT Sains Tingkatan 2

Soalan sains upt form 2
Soalan sains upt form 2

Ujian Pertengahan Tahun UPT Sains Tingkatan 2. Posting ini merupakan perkongsian Sistem Guru Online bagi Ujian Pertengahan Tahun Sains Tingkatan 2.

Perkongsian ini merupakan sebahagian daripada Bank Soalan UPT Tingkatan 2. Soalan Soalan yang dikumpulkan disini adalah bersumberkan dari pelbagai tempat.

Kami sekadar mengumpulkankan sahaja namun kami yakin soalan yang disediakan adalah selari dengan garis panduan Kurikulum Sains bagi Tingkatan 2.

Objektif Kurikulum Sains Tingkatan 2

OBJEKTIF KURIKULUM SAINS
Kurikulum Sains untuk sekolah menengah membolehkan murid:
1. Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semulajadi dan pengalaman harian.
2. Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian.
3. Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
4. Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

5. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi.
6. Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.
7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
8. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat.
9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.
10. Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan akal.
11. Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam pemuliharaan dan pemeliharaannya.

Contoh Soalan UPT Sains Tingkatan 2

2 (a) Jadual di bawah menunjukkan perbezaan penglihatan stereoskopik dan monokular.

Jenis penglihatanStereoskopikMonokular
Jenis haiwanPemangsaMangsa
Kedudukan mata di kepalaDi hadapanDi sisi
Pembentukan imejImej tiga dimensiImej mendatar
Kelebihan penglihatan(i)(ii)

 

Berdasarkan jadual di atas, isikan perbezaan kelebihan penglihatan stereoskopik dan monokular.

(1 markah)

(iii) Jenis penglihatan yang manakah sesuai untuk seekor helang? Terangkan jawapan anda.

(3 markah)

(b) Tumbuhan menunjukkan beberapa gerak balas pertumbuhan terhadap rangsangan persekitaran. Salah satu daripada gerak balas itu adalah pergerakkan nasti iaitu gerak balas yang berlaku terhadap rangsangan sentuhan.

Untitled 6

(i) Apakah yang berlaku kepada tumbuhan dalam Rajah 3.1 selepas disentuh?

(ii) Apakah kebaikan gerak balas ini kepada tumbuhan di atas?

Dapatkan Ujian Pertengahan Tahun UPT Sains Tingkatan 2 disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘Words’

Download : 

UPT Sains Tingkatan 2

 

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum