
Ujian UPT Sains Tingkatan 1. Perkongsian ini adalah sebahagian daripada siri koleksi bank soalan ujian pertengahan tahun UPT bagi Tingkatan 1.
Subjek sains juga merupakan subjek yang wajib diambil oleh pelajar tingkatan 1 dan merupakan subjek penting dalam penilaian PT3 nanti.
Soalan Peperiksaan ini boleh dijawab dengan lengkap sekiranya pelajar membuat ulangkaji yang cukup dengan membuat rujukan pada nota nota yang berkenaan.
Soalan Sains seharusnya menepati objektif KSSM Sains bagi tingkatan 1. Apakah itu objektif KSSM bagi mata pelajaran sains?
Objektif KSSM Sains Tingkatan 1
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut:
- menggunakan pendekatan inkuiri untuk memenuhi sifat ingin
tahu dan minat terhadap sains. - memperoleh pengetahuan dan pemahaman untuk menerangkan fenomena secara saintifik.
- berkomunikasi mengenai maklumat berkaitan sains dan teknologi secara bijak dan berkesan.
- mereka dan menjalankan penyiasatan saintifik, menilai evidens dan membuat kesimpulan.
- mengaplikasikan pengetahuan sains, pengetahuan prosedur dan pengetahuan epistemik dalam mengemukakan soalan, menginterpretasi data, penyelesaian masalah dan membuat keputusan dalam konteks situasi sebenar.
- membina kesedaran bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam ke arah mencapai kesejahteraan hidup.
- membina kesedaran bahawa perkembangan sains dan teknologi memberi implikasi ke atas moral, sosial, ekonomi dan alam sekitar sama ada dalam konteks tempatan ataupun global.
Contoh Soalan UPT Sains Tingkatan 1.
6. Rajah 6 menunjukkan dua sistem yang terdapat dalam badan manusia.
(a) Dalam Rajah 6, namakan sistem K dan L dengan menggunakan perkataan-perkataan yang diberi dalam petak di bawah.
2 markah
(b) Nyatakan fungsi bagi sistem K dan L.
K:___________________________________________________________________
L :__________________________________________________________________
2 markah
(c) Berikan satu contoh organ yang terdapat dalam sistem K dan L.
K : __________________________________________________________________
L :___________________________________________________________________
2 markah
11 Dalam perkhemahan unit beruniform di sekolah, peserta telah dibekalkan dengan dua jenis periuk untuk memasak.
(a) (i) Namakan bahan api fosil yang boleh digunakan oleh peserta perkhemahan untuk memasak.
_____________________________________________________________________
1 markah
(ii) Nyatakan sama ada periuk tanah liat sejenis unsur, sebatian atau campuran? Berikan alasan anda.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
2 markah
(iii) Makanan dalam periuk manakah yang lebih cepat masak? Jelaskan jawapan anda.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
2 markah
Periuk Tanah Liat
Periuk Aluminium
Karbon
Aluminium
(iv) Periuk manakah yang lebih sesuai untuk mengekalkan kepanasan makanan untuk jangka masa yang lebih lama? terangkan jawapan anda.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
2 markah
Dapatkan Ujian UPT Sains Tingkatan 1 disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Download :Â
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum