
Ujian Pertengahan Tahun – UPT PSV Tingkatan 1. Perkongsian ini adalah perkongsian Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 bagi Ujian Pertengahan Tahun.
Ini adalah sebahagian daripada Bank Soalan Ujian Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 1.
Bahan yang dikongsikan ini adalah selaras dengan keperluan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
KSSM merupakan pelarasan terbaru di dalam standard pendidikan sekolah menengah dimana ianya efektif bermula tahun 2017.
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Ujian Pertengahan Tahun ataupun UPT merupakan salah satu peringkat peperiksaan yang semestinya diuruskan oleh pihak sekolah sebelum cuti penggal dua.
Contoh Soalan UPT PSV Tingkatan 1
13. Gubahan kolaj dengan imej yang menggambarkan sawah padi menimbulkan kesan jalinan
A lembut
B licin
C sentuh
D tampak
14. Pasukan pakaian seragam apakah yang berharmoni dengan tumbuh-tumbuhan?
A Bomba
B Polis Diraja Malaysia
C Angkatan Tentera Malaysia
D Pasukan Bulan Sabit Merah
15. Berikut adalah hasil seni yang mementingkan keharmonian warna, kecuali
A ukiran
B tenunan
C poster
D songket
16. Penyamaran haiwan merupakan harmoni antara haiwan dengan
A rupa C bentuk
B warna D ruang
17. Kontra dalam penghasilan arca dapat diwujudkan melalui jalinan dan
A bentuk
B warna
C ruang
D rupa
18. Bagaimanakah cara yang mudah untuk menghasilkan kesan kontra dalam seni?
A Mempunyai perbezaan kecil dan besar
B Menggunakan unsur jalinan yang sama dan setara
C Menggunakan warna sejuk sahaja
D Menggunakan nilai warna yang sama
21 Prinsip rekaan apakah yang bertujuan untuk menarik perhatian dalam hasil seni?
A Kontra
B Imbangan
C Kepelbagaian
D Penegasan
22 Cermin mata mempunyai ciri-ciri imbangan
A simetri
B tidak simetri
C sama imbang
D serupa
23 Prinsip rekaan apakah yang dapat dilihat pada gubahan wau?
A Imbangan
B Harmoni
C Kontra
D Penegasan
Dapatkan UPT PSV Tingkatan 1 disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘Words’
Download :
Bahan ini telah diperolehi hasil perkongsian dari Sampel Soalan Peperiksaan PPD Hulu Langat.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum