Ujian Pertengahan Tahun UPT PJK Tingkatan 3

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Soalan PJK Tingkatan 3 UPT 2017
Soalan PJK Tingkatan 3 UPT 2017

Ujian Pertengahan Tahun UPT PJK Tingkatan 3. Pada posting ini Sistem Guru Online akan berkongsikan Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 3.

Soalan UPT PJK ini adalah salah satu subjek yang anda boleh dapati daripada Bank Soalan kami iaitu Bank Soalan UPT Tingkatan 3.

Bagi tujuan peperiksaan PJK format soalan yang dikenakan hanyalah ruangan objektif sahaja. Oleh itu, aras kesukaran bagi subjek PJK adalah mudah dan merupakan subjek penolong bagi markah murid murid.

Garis Panduan Peperiksaan Pendidikan Jasmani

Antara garis panduan untuk mencipta soalan peperiksaan Pendidikan Jasmani adalah seperti berikut. Ianya menepati Kehendak KSSM bagi Peringkat Sekolah Menengah tahap Menengah Rendah

1. Memahami amalan pemakanan yang tidak sihat;
2. Memahami peranan dan tanggungjawab ahli keluarga berdasarkan gender;
3. Menjelaskan fungsi nutrien dan kesan kekurangannya;
4. Memahami cara mengurus stres;
5. Menjelaskan kesan pengambilan dadah;
6. Memahami akta dan undang-undang penderaan kanak-kanak; dan
7. Mengaplikasi prinsip dan prosedur Talk, Observe, Touch, Active, Passive dan Skills (T.O.T.A.P.S.).

Contoh Soalan UPT PJK Tingkatan 3

Tunjang : GAYA HIDUP SIHAT
PEMAKANAN

1 Kandungan kuantiti tenaga yang terkandung dalam makanan disukat dalam unit

A joule
B kalori
C kelvin
D kilogram.

2 Keperluan pengambilan makanan bagi setiap individu adalah berbeza-beza.
Faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan adalah

I umur
II jantina
III aktiviti
IV saiz badan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

3 Dalam penyediaan diet harian, kita perlu memilih corak pemakanan yang baik.
Antara panduan yang bukan dijadikan rujukan adalah

A gizi seimbang
B mengikut selera
C piramid makanan
D saranan Pengambilan Makanan (RDA)

4 Antara berikut adalah bukan kebaikan menggunakan piramid makanan dan RDA
sebagai panduan pengambilan makanan adalah seperti berikut

A mengurangkan masalah malnutrisi
B dapat mengurangkan stress dan tekanan
C seseorang individu mengambil makanan dalam kuantiti yang mencukupi
D menjadikan sesebuah negara produktif dan kos penjagaan kesihatan menurun.

PENGURUSAN KONFLIK

1. Kesan Eustres antaranya

A bertenaga
B kekecewaan
C kebimbangan
D berasa tidak berguna.

2. Tindakan yang mesti diambil bagi mengurangkan stres semasa peperiksaan

A persiapan yang cukup
B tersalah jadual peperiksaan
C lewat tiba di tempat peperiksaan
D tertinggal dokumen penting atau slip peperiksaan

3 Apakah tindakan yang tidak sepatutnya diambil dalam persediaan menghadapi peperiksaan ?

A Sediakan jadual ulang kaji
B Tetapkan sasaran dan objektif
C Makan berlebihan untuk dapatkan tenaga
D Bincang topik yang sukar difahami dengan rakan.

4 Antara berikut, yang manakah bukan reaksi fisiologi terhadap stressor ?

A Rasa mengantuk
B Kadar nadi bertambah
C Tekanan darah meningkat
D Meningkat gelombang otak

5 Berikut bukan strategi pengurusan stress

A bersenam
B pengasingan diri
C pengurusan masa
D mengamalkan pemakanan seimbang

Dapatkan Ujian Pertengahan Tahun UPT PJK Tingkatan 3 disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Download : 

Koleksi Soalan PJK Ting 3

Semoga bermanfaat dan sekian terima kasih

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook